Alkisahnya, masa ni aku form 1. Baru form 1, lek ah. Boleh lagi layan korea sampai tengah malam. Haha
Ok aku ni jenis suka menangguhkan kerja. Hahahaha tangguh-tangguh pun siap juga tau.
Masa ni, malam khamis. Aku ni bukanlah jenis tidur lambat. Memang dari kecil aku kena didik tidur awal. Lagipun aku ni ada migrain. Kadang-kadang je lah.
Sebelum mula, aku nak bagitahu sesuatu, aku ni kadang-kadang boleh nampak 'itu'. Tapi aku tak pernah nampak depan-depan lah. Cuma sekilas pandang ja.
Masa ni, hujung tahun. Ni lah masa yang saat paling bermakna. Apalagi, layan korea lah. Aku pula melayan sampai lupa esok sekolah. Dah lah belum iron baju sekolah.
[So sorry sebab banyak guna perkataan 'masa ni']
Bila aku tengok jam dah nak pukul 12 malam, apalagi kelam-kabut aku iron baju sekolah. Semua family aku dah tidur. Aku ni bolehlah dikatakan berani sikit. Sikit je lah. Hahahaha
Ruang tamu, gelap. Dapur, satu lampu ja yang berpasang. Ok jadi aku buka lampu untuk iron baju. Memang aku rasa meremang tapi apa boleh buat takkan lah aku nak iron subuh-subuh? Kena bebel nanti huhu.
Untuk hilangkan rasa takut, aku menyanyi. Nyanyi lagu korea. Hahaha apa punya perangai.
Tak jauh dari tempat aku iron, ada meja panjang, sebelah kiri. Di sana ada akuarium dan sebagainya. Oh ya, ada kerusi juga.
Tengah iron ni, memang bulu roma aku tegak. Memang aku rasa something ah. Aku cuba tenangkan hati. Tarik nafas. Dah lah bilik jauh ni.
Entah kenapa hati aku terdetik nak toleh ke kiri. Tengok meja panjang di sebelah kiri. Aku dengan bodoh dalam berani aku toleh ke kiri.
Benda ni perkara yang paling aku tak boleh lupa. Aku nampak Ju-on[kalau salah eja, betulkan]. Oh damn aku terus pandang depan balik.
Hati aku dup dap dup dap. Sekarang ni terus aku baca surah yang aku hafal even tunggang-langgang. Pelan-pelan aku letak iron, aku tutup suis.
Apalagi, berlari la aku masuk bilik. Tinggalkan lampu yang berbuka, baju kurung yang tak habis iron atas iron board.
Masuk bilik, aku kunci pintu terus terjun katil. Masa ni katil aku masih di tepi tingkap. Aku tutup muka guna bantal. Aku tutup mata serapatnya.
Tapi, belum habis lagi. Tengah aku tenangkan hati, tiba-tiba katil aku bergoyang. Eh? Aku jadi pelik. Dari mula aku fikir aku berhalusinasi. Aku tak peduli. Makin erat aku tutup muka guna bantal.
Tiba-tiba gegaran tu berhenti. Aku lega. Tapi belum habis lagi! Tak lama lepastu dia bergegar lagi. Lebih kuat dari yang pertama. Aku terus pegang langsir kuat-kuat. Tapi aku takut langsir aku tercabut jadi aku pegang jeriji tingkap.
Yang aku ingat, gegaran tu tiga kali. Entahlah aku cuba fikir positif. Mana tahu gempa bumi? Tapi mustahil.
Dan, akhirnya aku terlelap. Esoknya, aku sedar terus buka lampu, buka pintu seluasnya. Aku ambil handphone lalu chat kawan aku, si Monyet.
Aku tanya, semalam ada gempa bumi atau tidak? Dia kata TIADA .
The End.
YOU ARE READING
KISAH BENAR : SERAM
Terror[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017