KAMPUNG

744 49 3
                                        

Hello! Setelah sekian lama menyepi. Rasanya dah takde orang ni.

Okay, kisah seram kali ni terjadi kat kampung saya last year. Hehehe.

Masa ni, saya satu family bermalam kat kampung sebelah mama. Persekitaran rumah tu memang hutan. Tak lah hutan sangat tapi memang banyak pokok, semak lah semua.

Saya dan adik-beradik semua tidur dalam bilik yang sama. Masa tu, takde langsir, so tutup pakai kain je.

Tiba-tiba waktu tengah malam, saya terjaga dan tak dapat nak tidur. Kebetulan phone saya bercas masa tu and tempat cas tu dekat dengan tingkap.

Masa tu tak rasa takut sebab tak fikir apa-apa pun. Jadi, saya pun mainlah phone tengah-tengah malam.

Tengah seronok main phone, saya dengar ada ketukan. Mulalah saya takut. Sebab cuma saya seorang sahaja yang terjaga waktu tu.

Dengar punya dengar, rupanya ada ketukan dari tingkap dalam bilik tu. Memang tak boleh lupa la masa tu dah lah sunyi, gelap, lepastu tengah malam pula tu.

Tapi kali ni saya jadi penakut. Tak berani nak selak kain yang menutup tingkap tu. Kalau dulu, rasa-rasanya mungkin saya akan selak, nak tengok.

Takut punya pasal, saya terus berhenti main phone dan lari pergi tidur.

Sampai sekarang tak boleh lupa dan tertanya-tanya siapa yang ketuk sebenarnya..

THE END.



p/s : cerita ni dalam proses editing. Ada beberapa part yang saya dah edit. Selebihnya belum sebab tak mampu nak baca balik ayat entah apa-apa yang di karang dulu. Rasanya, sekarang ni ayat saya pun dah makin formal. Hahahahahaha.

Saya tak hiatus pun. Saya memang online je tapi tak tahu nak update cerita apa, sebab dah jarang mengalami pengalaman seram.

Kalau korang ada pengalaman seram nak dikongsi, boleh dm saya. Kesian buku ni tergantung sepi. Jangan risau, saya akan bagi kredit.

Dan, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca cerita seram yang tak seberapa ni dan terima kasih sebab sokong karya saya <3.

KISAH BENAR : SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang