BANGUNAN

1.3K 79 5
                                        

Waktu ni aktiviti lepas UPSR. Lawatan Sambil Belajar di Seberang Lagud Tenom.

Kami naik bas. Sebelah aku ni, Martinez. Budak kelas sebelah. Dia duduk tepi tingkap. Dia ni bersemangat gila sampai bawa camera canon dia sekali.

Dah duduk tepi tingkap, apalagi gambar lah. Klik klik klik aku dengar. Biarlah kamera dia.

Masa lalu satu tempat ni, yang aku tak ingat dah nama laluan tu.

Ada satu bangunan yang belum siap. Terbiar. Entah apa rasuk aku, aku suruh Martinez gambar tu bangunan.

Martinez gambar lah. Tiga kali. Jadi kami tengoklah gambar tu. Memang lawa dia gambar. Tengah Martinez tengok, tiba-tiba dia jumpa sesuatu. Masatu aku sibuk makan hahaha.

"Apa benda ni?" Martinez tengok kameranya.

Aku tengok dia."Apa?"

"Ni, kau tengok ni." Martinez tunjuk cameranya. Gambar tadi sudah di zum.

Aku ambil. Tengok dengan teliti. Eh? Apa ni?

"Mar, apa ni?" Soal aku.

Ada satu lembaga, rambut panjang mengurai, mata merah ada macam ada bunga di tepi.

Seram. Serius.

Aku cek 2 lagi gambar. Aku zum. Memang ada. Oh bagus.

"Wey, tu hantu kan?" Tanya Martinez.

Aku cuma diam. Tengok gambar tu. Memang tak salah. Rasa menyesal pula suruh Martinez gambar.

The End.

Sorry guys aku tiada gambar tu. Aku tak tahu lah kalau dia masih simpan. Kalau dia masih simpan, harap dapat jumpa dia. Kalau aku dah ada gambar tu, nanti aku letak gambar tu kat sini. Tapi kemungkinan besar dia dah delete.

KISAH BENAR : SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang