Tandas. Ada orang yang tak pernah melalui peristiwa seram di tandas?
Mustahil tak pernah, kan?
Ni pun terjadi last year, hujung tahun. Masa ni petang around jam 2 - 3. Agaknya.
Tandas perempuan kat sekolah aku memang jauh sangat. Jauh gila. Dah lah kat belakang tu dah hutan. Sunyi pula tu sebab bengkel kat sana jarang kena guna masa petang.
Masa tu petang, mestilah sunyi. Tandas pun lengang. Lagipun masa tu ramai dah pelajar balik.
Aku masuklah tandas sorang. Dua orang kawan aku tunggu di luar.
Tengah aku nak flush, aku dengar ada orang menyanyi-nyanyi kecil lalu tutup pintu. Sumpah aku dengar. Dari mula aku fikir kawan aku atau murid lain yang masuk. Tapi memang aku dengarlah pintu tu tertutup tepat-tepat sebelah aku. Dan, dengar dia kunci pintu. Maknanya, tandas paling hujung dekat dinding. Lagipun, hanya tandas tu sahaja yang kuncinya besi. Yang lain semua plastik.
Aku pun jadi lega sebab ada juga orang masuk tandas. Yalah, seram kot sorang-sorang dalam tandas. Lampu dah lah malap.
Aku terus keluar cuci tangan dan betulkan tudung depan cermin. Dalam beberapa minit aku jadi pelik. Takkan orang tu belum keluar? Lagipun takde bunyi air apa semua.
Aku pun intailah dari cermin walaupun aku sudah fikir bukan-bukan masatu. Pintu terbuka sedikit. Oh wow. Kalau tak silap dia tutup pintu kot. Kuat lagi dia tutup. Siap berkunci lagi.
Aku dah mula rasa semacam. Dengan perlahan aku pusing ke belakang. Ok memang pintu tu terbuka sikit. Aku tarik nafas pelan-pelan.
Lepastu aku dengan penuh berani pergi ke tandas tu dan tolak pintu luas-luas.
Gulp!
Kosong dan kering.
Tiada sesiapa dalam tandas tu kecuali aku.
Tanpa toleh kiri kanan timur barat aku terus lari keluar. Nasib tandas tiada pintu.
Aku keluar dari tandas lalu mendapatkan dua orang kawan aku. Seronok ja dorang berbual macam tanpa menghiraukan kawan dia sorang-sorang dalam tandas ni.
Aku pun tanyalah dua orang kawan aku tu.
"Weh tadi ada orang masuk?" Tanya aku.
Kawan aku kerut dahi lalu menggeleng.
"Tiada"
"Sorang pun takde yang lalu" sambung kawanku.
Aku terus ambil beg dan tarik tangan kawan aku.
Bila dah jauh sikit baru aku buka mulut. Dua orang kawan aku terkejut gila. Masing-masing tidak percaya.
"Kau biar betul? Manada orang lalu tadi. Lagipun dah petang, semua dah balik."
Huhuhuhuhuhu.
Semenjak hari itu, aku insaf ke tandas seorang-seorang.
*Ceh macam tak pernah pergi tandas sorang-sorang lagi lepastu hahaha.
The End.
YOU ARE READING
KISAH BENAR : SERAM
Horror[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017