ASRAMA #2

148 7 1
                                        

Uhh. I think it's not too late to wish Happy new year, is it? And Gong Xi Fa Cai!

Selamat menyambut 2023, semua :).

Tidak dinafikan saya ini seorang yang amat pemalas ya. Mungkin sebab I don't fancy wattpad like I used to be? Tapi macam budak zaman sekarang tergila-gilakan wattpad sejak pandemik.

Ah banyaknya iklan. Ok mari kita mula hahaha.

Cerita ni agak panjang sebab aku malas nak buat banyak part sebab semuanya berkaitan, so enjoy je lah.

Please excuse my ayat yang tidak gramatis :'|

Benda ni jadi a few years ago. Baru teringat nak sambung.

Aku lupa tahun bila, tapi masa ni aku di bilik 9. Asrama aku ni kecil je. Ada 12 bilik. Masa ni, bilik 12 jadi bilik store.

Kejadian ni berlaku dekat kawan asrama aku, bukannya aku. Kawan aku ni di bilik 11. Dorang semua ni kawan sekelas aku juga. Tapi ahli bilik dorang ni sebenarnya 4 orang je.

Masa tu dah lebih 12 tengah malam. 2 orang kawan sekelas aku dari bilik lain pun tidur kat bilik 11 nak siapkan kerja rumah.

Kalau tak silap masa tu dalam pukul 2 pagi.  Ada seekor kucing, we assume kucing liar. Kucing ni asyik masuk bilik 11 je. Kawan aku rimas sebab kucing tu masuk mengiau kuat sampai menganggu dorang.

Dorang dah banyak kali keluarkan kucing tu dari bilik, tapi kucing tu tetap masuk balik dari tingkap. One of them cakap, mungkin ada sesuatu yang ganggu kucing ni. Masa tu dorang fikir mungkin ada biawak ke apa.

Last last, my friend, Asha buka pintu sebab nak tengok ada apa kat luar bilik. Asha terus tutup pintu cepat cepat and muka dia sumpah pucat.

Rupa-rupanya Asha nampak ada budak kecil bertenggek kat koridor depan bilik. Rasanya itulah yang kucing tu nampak and sebab tu dia balik balik masuk bilik 11 tu.

Esoknya, dorang cerita benda ni kat kelas tapi masa tu aku tak berapa nak percaya. Sebab masa tu asrama memang aman damai takde gangguan.

After a few weeks, masa ni habis prep malam. Tiba-tiba ketua asrama suruh masuk bilik and tak boleh keluar. Masa ni cuak juga sebab dah lah malam. Budak bilik aku bagitahu yang mungkin 'benda' tu datang balik.

Ok, aku ni budak baru so aku tak tahu apa-apa.

Korek punya korek, rupanya ada pelajar form 5 kerasukan. Aku dengar, perempuan tu nampak sesuatu kat bilik dia, bilik 7. And, benda tu ikut dia sampai prep malam. Akhirnya dia pun kerasukan.

Masa ni aku tak berapa rasa nak takut sangat sebab benda ni taklah teruk. Setakat ni bilik aku memang aman damai takde gangguan. Alhamdulillah.

Beberapa bulan pun telah berlalu. Aku pun ditukarkan ke bilik 5 di tingkat bawah. Kawan baik aku, Zee pula dari bilik 10 ke bilik 7. Mula-mula takut juga dia dapat bilik 7 tapi takde apa pun jadi.

Hampir setahun berlalu, bilik 7 setakat ni masih ok. Aku pun selalu lepak dan tidur sana.

Nak dijadikan cerita, masa tu baru habis solat asar. So, me and my friends bersiap-siap nak makan malam and Zee ajak aku makan mangga kat bilik dia. Lepas aku bersiap, aku naik atas pergi bilik 7.

Aku pun ketuklah pintu dan masuk macam biasa. Aku tengok Zee tengah kupas mangga. Kipas pun tak buka. Dia punya gelojoh nak makan tu hahaha. Masa aku masuk, aku tengok muka Zee lain semacam. Aku pun tanyalah kenapa.

Zee cakap, "aku rasa aku dengar bunyi orang menangi."

Aku terkejut. "Hah?"

"Sumpah aku tak tipu. Tadi, lepas solat jemaah, aku terus lari naik bilik nak kupaskan kau mangga sampai aku lupa nak hidupkan kipas. Masa aku tengah kupas, aku dengar bunyi orang menangis. Aku fikir Ana (ahli bilik dia). Jadi aku pun buat tak tahu."

KISAH BENAR : SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang