Waktu ni, aktiviti selepas UPSR. Disebabkan kami batch akhir KBSM, jadi pihak sekolah buat Lawatan Sambil Belajar di Lagud Seberang Tenom selama 2 hari 1 malam.
Gila tak excited. Dipendekkan cerita, tempat peginapan kami ni memang hutan la, tapi best ada banyak jambatan gantung.
Sampai di Tenom, kami ada taklimat sebab di sana keras. Jadi dilarang la cakap benda-benda yang satu tu. Ada beberapa cikgu pengiring kami, membawa anak kecil mereka. Dalam umur 6 tahun ke atas lah.
Aku dan kawan lain pilih satu bilik ni. Satu bilik ada empat katil yang bertingkat tu. Apatah nama hehe. Jadi, ada 8 lah kan? Sorang satu lah. Aku pilih tingkat atas. Best friend aku di bawah aku.
Sepanjang lawatan kami di sana, akhirnya kami semua berkumpul dalam bilik 1[tempat bilik aku] sebab semua orang takut. Tarik lah tilam selimut semua. Beg pun.
Semuanya gara-gara anak kecil cikgu pengiring kami. Masa nak mandi malam, dia menangis. Kuat gila macam kena histeria. Fikir sebab memang karenah budak-budak. Rupanya, dia nampak hantu. Gila kau tak takut.
Kami pun berkumpullah dalam bilik 1. Satu katil, dua orang. Yang lain di bawah. Kalau dah berkumpul, confirm lah semua sibuk bergossip lah apa lah. Perempuan. Hoho
Aku ni rabun. So sebelum tidur mestilah buka spek. Masa tu dah nak tengah malam. Aku pun dah mengantuk. Best friend aku pun dah tidur. Tinggal beberapa budak kelas sebelah belum tidur.
Jadi aku pun bagitahu dorang yang aku tidur dulu dan jangan lupa tutup lampu kalau dorang nak tidur. Walaupun aku tahu dorang tak tidur[hahaha last2 tidur juga tapi jam 3]
Aku pun apalagi, buka spek lah. Aku letak spek dalam loker sebelah katil. Aku pusing. Tengok kawan-kawan yang belum tidur. Tapi!
Aku nampak satu lembaga hitam tepat-tepat sebelah kawan aku, budak kelas sebelah. Ohya, lupa nak bagitahu, waktu tu aku period[benda paling perempuan benci bila camping]
Aku fikir aku salah tengok. Yalah, aku kan rabun. Tapi taklah teruk rabun aku. Sebelah 200+ sebelah 300+. Aku ambil spek. Pakai. Aku tengok lagi kawan aku. Kosong. Eh? Aku buka. Pandang dorang.
Ada.
Lembaga hitam tu macam bersandar dekat dia. Aku? Cepat-cepat aku letak balik spek. Terus baring atas katil. Mata yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Damn.
Aku mengiring ke kanan menghadap best friend aku. Oh fuck dia memang betul-betul dah tidur. Dah lah aku period. Bagus sangatlah.
Sampai sekarang aku masih ingat lembaga hitam tu huhuhu.
The End.
YOU ARE READING
KISAH BENAR : SERAM
Horreur[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017