"Weh kau tau haritu kan aunty aku cerita," kata Al.
"Hah apa? Kenapa?"
"Dia ada anak, masih kecil. Biasalah budak-budak kan boleh tengok 'benda' tu." Sambungnya.
"Lepastu?"
"Anak dia ni cucilah pinggan. Depan sink dorang ada tingkap, memang depan dia tingkap." Cerita Al separa berbisik.
"Oh macam di rumah aku."
"Ha'ah aku pun."
"Sambung." Arah aku.
"Anak dia cucilah pinggan tu malam-malam. Kau taulah budak-budak semua mau buat. Masa dia cuci tu, dia pandai depan. Ada pocong ah di depan tu. Depan-depan tingkap tu." Serius Al bercerita.
"The fuck? Apa jadi lepas tu?"
"Apalagi, anak dia jeritlah. Jatuh pinggan. Pecah terus. Gila seram. Sebab dia kata pocong tu tengok dia. Tepat-tepat."
Meremang bulu roma.
"Gila depan-depan?" Tanya aku. Kalau aku dah lama pengsan kot.
"Tingkap tu berbuka?" Monyet pula bertanya.
"Tutup."
"Dia di dalam ka luar?" Tanya aku lagi.
"Luarlah. Kalau dalam, pengsan kali sudah dia." Al tergelak kecil.
"Uish kalau aku, pengsan sudah." Ujar aku. Tak boleh bayangkan.
Selepas mendengar ceritanya, aku terus jadi takut nak cuci pinggan malam-malam.
Lagi-lagi si Monyet selalu cuci pinggan tengah malam.
By ; aeleeya_
The End.
YOU ARE READING
KISAH BENAR : SERAM
Horror[Based On Reality] Semua kisah yang diceritakan adalah pengalaman sendiri, sahabat handai, saudara mara dan lain-lain. Start ; 23.02.2017