TAMBAH SATU

1.7K 93 8
                                        

Cerita ni diceritakan balik oleh ustazah aku. Ustazah K[memang kena panggil gitu]

Waktu ni, malam jumaat. Tempat mengaji aku dekat-dekat dengan rumah aku. Cuma lain loronglah. Aku ada jiran, dia mengaji sana dah lama dari dia darjah tiga sekarang dah masuk latihan askar. Kalau tak silap umur dia 18 tahun. Kot.

Dia ada seorang kawan. Syahmi. Syahmi ni sekarang form 4. Kot la haha.

Dijadikan cerita, Ustazah K ni nak pergi Darusyifa(?) Memang dekat la dengan rumah aku. Lorong sebelah ja.

Ustazah aku minta teman dengan si AF[jiran aku] dan Syahmi. Jadi, AF dan Syahmi jalan depan. Ustazah K ni boleh nampak. Tapi tak tahulah nampak semua atau sikit-sikit.

Tapi dorang lalu bukan lorong rumah aku. Dorang lalu lorong belakang rumah aku sebab lorong aku tu banyak anjing.

Jalan punya jalan dengan satu lampu jalan di lorong tu akhirnya sampai di Darusyifa(?).

Masa ni AF dan Syahmi tunggu luarlah. Yalah, urusan Ustazah K. Masa Ustazah K nak masuk dia pusing lepastu tanya,

"Eh? Mana kawan kamu?"

AF dan Syahmi pelik.

"Kawan? Kita kan pergi bertiga ja." Jawab dorang.

"Hah? Bertiga? Bukannya kamu bawa kawan kamu ke?" Ustazah K tanya.

AF dan Syahmi pun terdiam.

* * *

Ok ni masa bila entah tapi masa aku tunggu ayah aku ambil, aku cerita-cerita dengan AF.

AF cerita, masa ni dia lepak dengan Ustazah K di luar duduk-duduk. Dah lah masa ni jam 9 gitu.[AF balik jalan kaki]

Tengah syok bercerita tiba-tiba Ustazah K tegur,

"Eh AF, siapa sebelah kau tu?" Tegur Ustazah K.

The End.

KISAH BENAR : SERAMTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang