Chapter 7

1.4K 135 13
                                    

Vell ditarik seseorang dan dibawa lari ke sebuah butik yang dekat dengan kawasan zombie tadi. Dia pun memandang si penyelamat itu dan ternampak lagi seorang seperti sedang menunggu.

"Awak okey?" Tanya si penyelamat.

"Aku okey je." Jawab Vell selamba.

"Okey, btw nama saya Amer dan yang awak nampak tadi kawan saya, aleen. " kata Amer lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Ehemmm." Vell berdeham lalu memandang Amer dengan tajam

Amer pun menurunkan tangannya tanda faham. Vell memandang Aleen dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Hai, aku Vell." Tangan Vell disambut oleh Aleen.

"Hai, saya aleen." Jawab Aleen dengan sopan.

"Ehmm, Vell. Takkan nak pakai baju Pj sekolah je? Taknak tukar baju ke?" Tanya Amer.

Vell memandang pakaiannya. Lalu tersengih.

"Pergilah cari baju kat dalam kedai ni." Kata Aleen.

Vell pun mencari baju yang sesuai dan terjumpa t-shirt hitam nike dan sepasang jeans biru gelap. Dia pun menukar baju itu di bilik persalinan. Vell sempat lagi rembat topi warna hitam dan pakai topi itu.

"Dah selesai? Jom pergi KL." kata Amer.

Vell memandang Amer dengan bingung.

"Buat apa pergi KL?" Tanya Vell.

"KL tempat semua Survivor berkumpul." Jawab Aleen.

Vell pun mengangguk faham.

"Jom, kita keluar dari neraka ni!" Jerit Amer dengan bersemangat.

~VN~

Suasana di dalam bas sangat sunyi disebabkan kehilangan ahli TIC.

"Janganlah sunyi macam ni." Tegur Ryu untuk memecah kesunyian.

"Kau yakinkah Vell dah mati?" Tanya Bella sambil mengangkat mukanya.

"Takkan lah dia boleh survive dalam keadaan macam tu?" Kata Ryu dengan tenang.

"Kalau sesuatu miracle terjadi,  dia masih hidup. Macam mana?" Tanya Ara.

Ryu terdiam sejenak.

"Jadi, kau nak suruh aku patah balik?"

Ara pandang ke bawah. Dia tahu Ryu tetap takkan patah balik semata mata untuk selamatkan Vell.

"Sudahlah Ara, mungkin ajal Vell sampai situ je. Sekurang kurangnya dia mati mencuba. Bukan mati sia sia." Kata Ira sambil memujuk Ara.

"Guys! We have a problem!" Jerit Ryu dari tempat pemandu.

Semua ahli TIC ke hadapan dan terkejut kerana dihadapan mereka ialah lautan zombie. Mustahil untuk mereka merempuh kesemua zombie.itu.

Shah mengalihkan pandangannya di sebelah bas mereka. Terdapat sebuah kedai senjata.

"Korang, jom masuk kedai senjata tu." Kata Shah sambil menunding ke arah kedai Senjata itu.

"Do you have an idea how to get there?" Tanya Mira.

Semua menggeleng.

Shah yang memandang ke setiap sudut bas ternampak tali yang kelihatan kuat untuk menampung mereka. Shah pun mengambil tali itu dan mengikat tali lalu naik ke atas bumbung bas.

Semua pandang Shah dengan pelik.

Shah melempar tali itu ke arah kedai itu dan berjaya terikat kemas di tiang(?) bumbung kedai itu.

Shah panjat tali itu dan mula kearah kedai senjata. Al maklumlah, dia wakil camping peringkat kebangsaan.

Sampai sahaja di kedai senjata, shah mengambil shotgun X 300 digalas Shotgun itu. (Shotgun tu ada tali)

"Kau rasa,  apa yang shah fikir tu?" Tanya Ira.

Ryu memandang Shah yang berada di bumbung kedai bersama shotgun X 300.

Shah memotong tali itu. Dia menggunakan shotgunnya lalu menembak ke arah hutan belantara.

Shah lalu membuat isyarat untuk gerakkan bas itu. Ryu mengangguk lalu memandu dan shah seperti tarzan bergayut di atas tali itu lalu menerjah masuk ke dalam tingkap.

Semua orang ternganga.

"Kau ni gilalah Shah!" Jerit Bella.

Shah tersengih.

"Kau memang gila tapi cara kau memang hebat." Kata ara sambil membuat Thumbs up.

Ryu membuka radio.

'Kepada semua survivor,  sila berkumpul di Menara Berkembar Kuala Lumpur.'

"Shall we go?" Tanya Ryu.

"Yeah!" Jerit semua ahli TIC.

To be continued

Abaikan nama shotgun tu sebab author main letak nama je ^-^"

Virus Nightmare [C]Where stories live. Discover now