"Amer!! Berhenti jap!! Aku nak melabur jap." Kata Shah.
"Dalam keadaan darurat macam ni pun ko nak pergi. Tak boleh tunggu sekejap ke?" Tanya Amer.
"Tak boleh nak tunggu lagi!! Panggilan alam harus dijawab!! Cepatlah berhenti!!" Jerit Shah sambil membuat pelbagai aksi.
Amer pun menekan brek secara tiba tiba membuatkan semua yg didalam lori jatuh tersembam mencium permukaan lantai..
"Woi!! Bagi signallah kalau nak brek!" Jerit Bella.
"Tu hah shah dah tak tahan. Siapa nak membuang baik pergi sekarang." Kata Amer.
Semua yang berada dalam lori lari macam tak cukup tanah. Sebenarnya semua nak membuang tapi takut..
~VN~
"Lalalalala!~" suara nyaring Shah kedengaran selepas membuang di sebuah tandas awam yang masih berfungsi.
"Bising lah mulut ko ni! Kalau zombie datang, aku tak tanggung." Kata Ryu
Shah terdiam terus.
'Huargghh'
"Arghhhh, zombieee!!" Jerit Shah lalu berlari menuju ke arah lori.
Akira keluar dari tempat persembunyiannya lalu ketawa terbahak bahak sampai kekuar air mata. Aleen dan Vell tidak ketinggalan juga ketawa.
"Bwahahahaha!! Shah.. pfft.. hahaha." Ketawa akira semakin menjadi jadi.
"Akira! Sudahlah ketawa tu! Kang zombie datang." Kata Vell.
"Vell! Masin betul mulut! Kalau datang betul betul macam mana?!!" Marah Akira.
"Ok ok. Tak cakap dah." Kata Vell..
'Huarggghhhh'
"Vell, kau kan yang buat bunyi tu?" Tanya Akira.
"Bila masa? Bunyi apa?" Tanya Vell pulak.
'Huarggghhh'
"Hah bunyi tu! " Kata Akira.
Akira memandang aleen. Aleen hanya menggeleng.
"Jadi siapa yang buat bunyi tu?" Tanya Vell.
'Tap' 'Tap' 'krekk'
Akira pandang ke belakang. Beberapa ekor zombie berada 1m dari belakang Vell.
"Vell!! Belakang kau!!" Jerit Akira.
Vell pandang ke belakang dan ternampak zombie itu.
Vell lari diikuti Aleen dan Akira.
Akira terlalu panik sehingga tidak perasan di depannya ada batu. Akira terlanggar batu lalu jatuh tersembam.
Zombie semakin hampir, Akira menutup mata. 'Pasrah'
Aleen pandang ke belakang. Dia ternampak Akira lalu berlari ke arah Akira..
"Akira!!" Jerit Aleen lalu menarik Akira ke tepi malangnya Aleen terjatuh dan ditarik oleh Zombie. Akira membuka mata dan terkejut melihat Aleen sedang dibaham oleh zombie itu. Segala isi dalaman Aleen dikeluarkan dan bau darah hanyir Aleen berada di merata rata.
Akira mengeluarkan butir air mata dan terasa lemah untuk berdiri.
"Akira!! Berdiri!! Kita kena lari!!" Jerit Vell.
Akira masih tercegat disitu melihat Aleen yang sedang dibaham.
Vell tiada pilihan lain, dia terus meluru ke arah Akira lalu menarik tangan Akira.
Akira seperti baru tersedar. Dia pun bangun dan lari bersama Vell meninggalkan Aleen.
Sampai di Bas..
"Cepat pergi dari sini!! Zombie menyerang!!" Jerit Vell.
"Mana Aleen?" Tanya Amer..
"Dia dah tak ada Amer." Kata Vell sambil memandang bawah.
"Hah!! Kenapa tinggalkan dia!! Korang pentingkan nyawa korang je!" Marah Amer.
"Dia tolong Akira tadi! Baik kau bawa lori ni cepat!" Kata Vell dengan geram.
Amer mendengus lalu melepaskan brek..
To Be continued...
YOU ARE READING
Virus Nightmare [C]
Horror★TIC Story Challenge★ Highest ranking #10 in horror [10.04pm/060417] #7 in horror [11.21am/080417] #8 in horror [01.09am/090417] Maaf readers sekalian, kalini author malas nak buat sinopsis. Cerita ni berdasarkan mimpi author sendiri dan watak yang...