Chapter 12

1.1K 123 7
                                    

"Eric, kau rasa masih ada survivor ke kalau keadaan dah macam ni?" Tanya lelaki di sebelah Eric.

"Entah, dalam alat pengesan aku nampak ada beberapa lagi survivor. Kenapa? Dah malas cari ke?" Kata Eric.

Lelaki itu mendengus.

"Macamlah aku boleh balik kem. Cepatlah cari, aku dah penat ni." Kata lelaki itu.

"Sabarlah Vin. Kau pun kena cari sekali." Kata Eric lalu menyeret badan Vin.

"Sakitlah. Aku carilah ni." Kata Vin lalu Eric melepaskan Vin

~VN~

"Amer, jauh lagi ke?" Tanya Shah.

"Kita sebenarnya dah dekat KL." Kata Amer membuatkan semua orang terkejut.

Shah yang duduk didepan terus sahaja memandang keluar.

"Apesal tempat ni tak serupa KL? Nampak lagi teruk dari tempat kita." Kata Shah.

"Mungkin sebab jumlah penduduk KL lagi ramai jadi zombie pun banyak." Kata Amer.

"Amer, kau kata ni KL kan? Mana Kem perlindungannya?" Tanya Ryu.

"Mana aku tahu. Apa kata kita semua turun lepastu kita cari kem tu sama sama." Cadang Amer.

Semua mengangguk lalu turun dari Lori. Mereka mula menjenguk semua bangunan yang ada di situ. Ada juga bangunan yang runtuh habis macam bangunan KLCC.

"Zombie kat sini terlebih vitamin ke apa sampai KLCC pun boleh runtuh." Kata Ara.

"Mungkin sebab kat sini terlebih banyak asap perindustrian. Tulah zombie sini semua kuat." Kata Ira.

'Grrrgh'

Kedengaran bunyi itu datang dari runtuhan KLCC. Mereka semua memandang ke arah runtuhan itu.

'Grrrgh'

Sekali lagi mereka mendengar bunyi itu lalu mengundur ke belakang.

"Weh, macam mana ni?! Kita nak lari mana lagi?!" Kata Bella sedikit terjerit.

"Apakata aku guna cara yang sama macam dekat Aeon?" Semua orang kecuali Aina memandang Vell dengan muka tidak percaya.

"Gila ke?! Kau ingat zombie dekat sini sama ke dekat sana?!" Kata Akira.

"Aku takkan buat benda ni sendiri." Kata Vell.

"Maksud kau?" Tanya Ara.

'Grrrgh'

Zombie yang beribu ribu tiba tiba datang meluru ke arah mereka.

"Korang semua pergi lari selamatkan diri. Shah! Kau ikut aku. Tiada bantahan!" Kata Vell dengan tegas.

Shah membuntangkan matanya tanda terkejut tetapi dia masih berlari ikut Vell.

Vell dan Shah berlari ke arah satu kedai alatan tangan.

"Shah, kau ambik senjata kau cepat!"

Dengan cepat Shah mengambil pedang yang berdekatan dengannya.

"Ini rancangan aku...."

To be continued

Virus Nightmare [C]Where stories live. Discover now