Bab 16

3.3K 88 2
                                    

TUSSSSHHH!

" kurang hajar la dia ni. " jeritku.

Aku dah marah, tak fikir apapa dah. Aku tahu aku membawa diriku kearah ajal, mungkin. Sara dah tersengih lihat aku. Aku marah sebab tu bob. Kereta aku. Ya, kereta proton yang aku beli pakai wang yang aku kumpul dulu. Proton aku. Bob aku. Pecah kot cermin belakang kereta aku tu. Kau fikir aku nak ganti cermin baru tu pakai kertas ke? Atau mungkin pakai daun? Memang tak lah. Aku mencuba untuk membuka pintu kereta. Tapi zed halang aku.

Laju je zed pecut kereta sambil sebelah tangannya memegang tangan aku. Oleh sebab aku tak puas hati tindakkan zed, aku mendiamkan diriku, taknak melawan, nanti jadi isteri yang tak taat lah pula.

" sayang ni dah kenapa? Sayang tau kan sara tu dah tak waras dah. Kenapa nak turun jugak? "

" biy tau ni kereta sayang. Mesti nak jaga elokelok kan. Tapi semua tu boleh diganti la. Kalau sayang yang kena tadi? Boleh diganti ke? " sambungnya lagi.

" kenapa diam ni? Jawap la. Dah tak sayang biy ke? Ke sayang bob lebih... "

Bagai disimbah air sejuk, macam tu juga lah katakata zed. Betul lah apa zed cakap. Banyak kali aku cuba istighfar. Baru nak sedar. Bob tu benda. Zed tu suami aku. Walaupun bob dan aku dah lama kenal. Tapi aku lebih sayangkan suami aku lah. Sorry lah bob. Suami aku tu, selalu jadi first choice aku.

" maaf. Tak sengaja tadi. Dah terlalu marah dah. Mestila sayang pilih biy. Takkan la nak pilih kereta kot. Biy suami sayang la. Apa la. " kataku.

" yeke ni? "

" haah la labu.. percayala.. " balasku sambil membuat bentuk hati dengan jari aku yang terlalu comel ini.

Tibatiba telefon bunyi lah pula. Siapa pula kacau kami nak besweetsweet ni? Telefon aku lah. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku jawap saja. Biasanya yang telefon aku ni keluarga kitorang saja, sebab tu aku selalu tak check. Tak pun mungkin erra yang tengah rindu aku sekarang ni. Baru tadi jumpa, takkan lah dah rindu. Kau ni kan erra, manis betul.

" assalamualaikum. " salam ku beri. Pembuka kata, bukan main bersemangat lagi.

Tapi semangat tadi menurun dan muka aku berkerut saat ini. Aku kalau dah dengar suara dia ni memang aku awal dah tua lah ni. Tak beradab betul lah dia ni. Dah lah salam aku tak jawap. Boleh pula dia bagi aku amaran lagi. Kau fikir amaran kau tu hebat sangat ke? Aku tak takut lah. Ok, aku takut sikit saja tadi. Siapa tak takut orang gila kejar dengan besi? Mustahil kau tak takut kan?

" eh dahdah la tu sara. Ingat sikit kau tu cikgu. Beradab la sikit. Kalau students kau tau ni.. belum lagi kalau principal tau. Kau nak ke dibuang kerja? " aku ugut dia sikit saja. Biar dia sedar. Kalau belum, tahu lah aku nak buat apa.

" kau nak suami aku. Tapi suami aku memang taknak kau. Malik kan ada. Dia sayang kau la. Jangan siasiakan dia. Zed tu suami aku. Suami. Aku. " balasku.

" kau fikir aku takut ke? Memang tak la. Sara kau jangan cabar aku tau. Kau belum tau lagi aku ni. " ni kali kedua aku nak bagi dia sedar.

" gila. " terus ku matikan panggilan. Zed dah nak buka mulut nak tanya aku apa sara kata. Sebelum zed bertanya aku dah sukarela nak bagitahu.

" sara tu dah gila. Betulbetul gila. Dia nak tunggu kat rumah. Dia kata nak bunuh diri kalau sayang tak bagi biy nikah dengan dia jugak. "

" jangan dengar kata sara tu. Dia tu tak waras. "

" betul la. Kita patut call malik kot? Ke parents sara? Dia tu dah over la biy. Sayang takut la kalau dia dah berani macamtu kat kita. Takkan la dia tak berani nak buat lebih dari tu. "

" biy je call malik. Sayang call parents sara la ye. Minta number diorang kat abi. "

Kami tak buang masa lagi. Zed tengah telefon malik. Manakala aku dah selesai dapat number parents sara dari abi. Nasib lah abi ni faham tak banyak tanya, tapi abi nak kitorang explain nanti kenapa sampai macamni. Aku cuba telefon ayah sara. Kalau aku call ibu sara, mestilah ibunya akan panik. Aku tahu. Semua ibu akan panik kalau dapat tahu perangai anak diorang macam sara ni. Lagipun, zed ada bagitahu kalau sara ni memang takut kat ayah dia. Ayah sara ni sangat tegas orangnya dan sangat mementingkan reputasi keluarga diorang.

Lama juga kami telefon, kami tahu kalau dari telefon saja takkan dapat menyampaikan apa yang dah berlaku. Jadi kami dah rancang nak jumpa lepas solat asar. Kitorang tak balik lagi, kitorang menumpang rumah erra saja untuk menunaikan kewajiban kitorang. Erra dan din memang terkejut kalau sara boleh ada niat macamtu. Lebihlebih lagi din, din kan rakan sekerja sara juga. Mestilah dia yang paling tak sangka.

Selesai saja solat, kami terus menuju ketempat yang kami dah rancang nak jumpa dengan malik dan ayah sara.

***

Kami fikir kami dulu yang sampai. Tapi ayah sara dengan muka serius nya tengah menunggu kitorang. Mungkin sebab aku tadi bagitahu dia kalau semua ini berkenaan dengan anak dia. Anak dia seorang saja kot, sebab tu lah. Duduk saja kami, kami memberi salam. Salam kami dibalas dan soalansoalan mengenai sara memang tak habishabis disoalkan. Kami hanya menjawap dengan

" kita tunggu malik ya uncle. Malik tu kan tunang sara. Dia pun kena tau ni jugak. "

" kejap lagi malik sampai kot uncle. Tunggu ya "

Sambil menunggu malik sampai. Kitorang memesan minuman yang ada kat sana. Sebelum tekak kitorang kering menjawap berdasdas soalan dari ayah sara dan malik.

Tak lama lepas tu. Baru lah timbul malik.

" sori late. Tadi ada kelas tambahan nak ajar. Sori ya. Sori uncle. " ujar malik. Ya. Malik kan rakan sekerja sara. Mestilah sibuk pagi petang. Lagilagi kalau dah nak masuk musim peperiksaan. Aku pun faham dan tahu rasa seorang cikgu susah payah nak pelajar dia lulus dalam peperiksaan.

" takpa. Kita dah boleh start kan sekarang? Zed? " kata ayah sara.

" malik nak order apapa tak? " sambungnya. Malik memesan minumannya lalu kami pun mula lah perbualan kami mengenai sara. Dari A sampai Z lagi kami ceritakan. Reaksi diorang memang agak terkejut. Seakan tidak percaya wanita ayu yang selama ini mereka kenali jadi seorang perempuan yang agak kurang waras disebabkan cinta. Cinta itu buta? Tapi sara bukanlah buta. Tak waras saja. Mungkin buta sikit kot tak nampak malik. Mungkin.

" betul ke ni zed? Nadra? " soal diorang serentak.
Kami mengangguk. Keadaan sunyi seketika mungkin sebab tengah berfikir solusi macam kami suami isteri ini. Keadaan yang sunyi tegang tadi tu berubah menjadi keceriaan bagi kami suami isteri tapi wajah malik menunjukan yang sebaliknya. Tapi kenapa?

" uncle. Kenapa? Uncle kena bincang dengan saya dulu. Bukan uncle sendiri je nak decide mana uncle nak. Kan ni involvekan sara. Sara tunang saya. Anak uncle. " tinggi nada suara malik. Tak hormat langsung dengan bakal ayah mertuanya.

Pengorbanan Seorang IsteriWhere stories live. Discover now