Adakah aku sudah berubah?

65 11 5
                                    


Adakah aku sudah berubah,
Apakah maksud di sebalik perubahan itu,
Adakah hanya dengan menggunakan tudung labuh sahaja kita sudah berubah,
Ataupun dengan menggunakan purdah,
Aku sudah benar" berubah?

Adakah aku sudah berubah?
Jika solat pun di hujung waktu,
Ikhtilat pun diabaikan selalu..

Adakah aku sudah berubah?
Jika sering melayani drama"sahaja,
Al-Quran di almari berhabuk tak pernah di sentuh,
Tapi perkara-perkara yang tak berfaedah menjadi hobi diriku..

Adakah aku sudah berubah?
Jika hatiku sering lalai,
Fikiranku jauh menerawang,
Mengingati mereka yang tak sepatutnya...

Biarlah kita menjadi manusia yang selalu ingin berubah,
Agar riak di hati takkan wujud
Daripada kita sering berkata"aku sudah berubah",
Namun sebenarnya kita membawa diri kita ke arah kemungkaran,
Biarlah kita menjadi yang tawadduk,
Sentiasa ingin berubah,
Indah di mata Allah,
Bukan di mata manusia..

.................

Coretan untuk para sahabat dan diri sendiri🌼

Cerita kitaWhere stories live. Discover now