Alasan Untuk Bahagia

27 5 0
                                    

Langit yang cerah,
menandakan ada sang mentari yang memberi sinaran,
langit yang mendung,
tidak semestinya sang mentari tak sudi memberikan sinaran,
namun ianya kerana menandakan,
akan ada hujan yang turun,
untuk memberi rahmat dan nikmat dari sang rabbul izzati,
untuk si sang penghuni...

Begitu juga dengan hati ini,
Tidak menerima mu,
tidak semestinya kerana kemahuan diri,
tapi itu adalah pilihan yang perlu dilalui,
kerna ku inginkan kebahagiaan yang hakiki,
bukan kebahagiaan yang sementara ini..

Tidak suka akan diri mu,
bukan bermakna membenci mu,
menjauhi dirimu,
bukan kerana tak sudi berteman dengan mu,
namun ini semua beralasan,
alasan untuk bahagia..

Berpisah dengan mu,
tidak bermakna akan melupakan mu,
namun memberi ruang kepada diri,
untuk mengenali cinta illahi,
yang telah lama di lupai...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now