Pendosa tanpa noktah

44 12 0
                                    

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Diri ini sangat jahil dahulu
Sangat jauh dari Allah disekian lalu
Sering melakukan dosa bertalu-talu
Tiada kesedaraan dan tidak malu

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Pantas masa berlalu meninggalkan kita
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Masih terbuai dalam kelalaian dunia
Tidak hirau keadaan sekeliling kita

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Hari keindahan sudahpun tiba
Kesedaran mula terkena
Terkena pada hati yang keras belaka
Menjadi lembut dan timbulnya suatu rasa

Aku Pendosa Tiasa Noktah,
Hidayah Allah mula terkesan di hati
Rahmat Allah digenggami
Tanpa lepas dan pergi
Inshaa Allah sampai ke hari akhir nanti

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Waktu itu Banyak ujian mula menyerang
Perasaan putus ada mula datang
Tapi aku harus berjuang
Seperti perjuangan Rasulullah ketika berperang

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Allah menghidupkan kita di dunia ini beralasan
Dan bukan tiada tujuan
Di dunia kita perlu mencari bekalan
Bekalan Pahala untuk syurga yang Jamil Jiddan

Aku Pendosa Tiada Noktah
Perjuangan harus diteruskan
Untuk membawa kebahagiaan
Kegembiraan dan keceriaan
Pada hidup ininyang penuh dengan kealpaan

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Allah amat menyayangi hambanya
Dan disebabkan itu Allah masih menghidupkan kita
Untuk terus menyembahnya
Dan perbetulkan kesalahan kita

Aku Pendosa Tiada Noktah,
Yang berusaha menjadi lebih berguna
Dan berusaha menggapai syurganya
Kerana Allah maha bijaksana
Dan semuanya hanya keranaNya

nalhm2



Cerita kitaWhere stories live. Discover now