Menahan rindu

23 5 4
                                    

Ku tenung langit nan biru,
tenang suasan menggamit qalbu,
Akan tetapi tidak perasaanku,
Yang bergelora dipukul bayu,
Walaupun luarannya tampak seperti air yang tenang,
Namun jiwaku yang menderita,
Dek menahan rindu yang dalam,
Umpama api yang takkan padam..

Sebuah peti yang menyimpan pelbagai memori kita,
aku singkap kenangan kita bersama,
suka duka silih berganti berjaya menghadirkan satu perasaan yang tak sebati dalam diriku iaitu cinta,
tapi semakin rasa ini menular dalam diriku,
semakin ku merasa jauh darimu,

Warkah yang pernah kau utuskan,
Bait bait yang pernah kau coretkan untukku,
Membuatkan perasaan rinduku semakin menggebu,
Dan kekeliruan semakin mengganggu..

Hati dan perasaan,
Haruskah aku turuti,
Atau hanya sekadar pendam di dalam hati,
Dan mengikut akal yang menidakkan semua ini..

Ku tak mampu lagi menahan rindu ini,
Ku rasa ini semua tak boleh terjadi,
Kerna ku takut hati ini semakin sarat menanggung sepi,
Hingga kehilangan kebahagiaan yang sepatutnya dirasai...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now