Drama

19 7 0
                                    


Kau hadir dalam hidupku,
Dengan kesempurnaan yang kau tunjuk,
Kau berikanku sinar baru,
Dengan keunikan yang indah...

Kau kaburi mataku,
Dengan segala kebaikanmu,
Hingga ku tak tersedar akan kekurangan dirimu,
Itulah magisnya dirimu..

Kau hadir dalam hidupku,
Membawa keindahan yang tersendiri,
Dengan mengajar ku untuk lebih mendalami agama yang suci ini,
Mengajakku melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran..

Kau hadir dalam hidupku seperti mentari fajar,
Yang takkan pernah hilang walau dalam sehari pun,
Tapi takkan selalu ada di depan mataku,
Kerna kau bertempat di sanubariku...

Kau ibarat drama baru dalam hidupku,
Yang mengolah kembali cerita lamaku,
Kepada drama yang lebih indah,
Iaitu drama si pelangi senja....

Cerita kitaWhere stories live. Discover now