Benci

32 10 4
                                    


Aku tak ingin kau wujud dalam diriku,
Aku tak mahu ada perasaan benci terhadapmu,
Aku tak ingin memiliki penyakit hati,
Yang sukar diubati..

Aku tak mahu membenci,
Tapi hatiku merintih,
Kerna perilakumu,
Yang seperti ibu tiri,
Aku tak layak mengetahui dirimu,
Jadi cukup menyakitiku..

Aku tak pernah membenci
Malah tak juga memarahi,
Tapi tak tahu kenapa rasa ini menghantui,
Di kala hati ini tak kuat lagi..

Cukuplah sampai di sini aku tersakiti,
Aku tak ingin terlalu membenci,
Kerna ku tak mahu sejarah berulang kembali,
Membenci orang yang tak tahu menghargai..

Aku bukanlah berhati batu,
Yang tak tahu terkilan dengan perilakumu,
Aku sejenis hati tisu,
Yang selalu merintih,
Mengikut hati yang pedih..

Sudahlah cukup sampai di sini,
Walaupun aku tahu sunnah Rasulullah mengekalkan silaturrahim,
Tapi patutkah aku mengekali hubungan yang sangat menyakiti hatiku ini...

Izinkan ku berlalu pergi,
Tak ingin lagi aku membenci,
Biarlah aku jauh membawa diri,
Merawat hati yang telah sarat tersakiti...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now