Pesan

22 8 0
                                    


Ku memandang langit,
Ku terfikir sejenak,
Sedangkan langit pun bertukar warna mengikut masa,
Mengapa kita tak mampu menyesuaikan diri bila di tempat berbeza...

Ku menjenuhi seantero dunia,
Yang dihiasi dengan fatamurghana,
Yang dipenuhi oleh berbagai ragam manusia,
Hatiku di jentik seketika,
Mengapa sekarang manusia seperti berpecah belah,
Yang terlalu tamakkan dunia,
Yang mengabaikan kebajikan sesama manusia,
Dan meninggalkan bekalan akhirat...

Adakah ku sememangnya berada di kalangan umat akhir zaman,
Bila ku memandang kiri dan kanan,
Maksiat dan kemungkaran merata di tepi jalan,
Hatiku di datangani kesedihan,
Bila melihat saudaraku sedemikian,
Ibarat bangga dengan kemungkaran,
Dan menolak segala kebathilan..

Aku memohon kepadamu ya Rabb,
Berikanlah hidayah kepada saudaraku,
Jentiklah hati kami untuk berubah di jalanMu,
Ku tak mahu ada dikalangan kami menjadi penghuni nerakaMu,
Kerna ku mahu semua menjadi ahli syurgaMu...

Aku di sini hanya sekadar berpesan,
Bukan sahaja untuk orang ramai,
Tetapi untuk diri sendiri,
Kita takkan tahu apa yang berlaku di hadapan,
Oleh itu marilah kita bermunajat terhadap tuhan,
Agar sentiasa memberikan hidayahnya dan peluang untuk berubah ke arah kebaikan...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now