Rahsia hati

26 8 0
                                    


Aku manusia yang penuh dengan rahsia,
Samaada kisah hidupku,
Mahupun perasaanku,
Aku tak berdaya dan tak berkudrat untuk meluah rahsia hatiku ini...

Rahsia hati biarlah terus menjadi rahsia,
Biarlah Dia sahaja yang maha mengetahui isi hati ini,
Biarlah tikar sejadahku saja yang menjadi saksi rahsiaku ini..

Rahsia hati,
Tak mampu ku ungkapi,
Meski dengan sahabatku sendiri,
Kerna ku takut dikhianati,
Dan dicaci,
Bila diketahui rahsia hati...

Rahsia biarlah menjadi rahsia,
Sehingga suatu saat menjadi nyata,
Biarlah aku sahaja yang mengetahui bahawa itu sebenarnya rahsia hati,
Yang selama ini aku pendam di Lubuk  sanubari...

Entah mengapa rahsia yang satu ini,
Sukar untuk dikongsi,
Sukar untuk dibagi,
Yang hanya mampu menjadi rahsia hati,
Yang mungkin sahaja kekal abadi...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now