Muhasabah

17 7 0
                                    


Setiap yang berlaku di dunia ini,
Pasti ada sebabnya,
Takkan ada satu perkara pun yang berlaku tanpa tujuan,
Meskipun terkadang perkara yang berlaku tak seiring dengan kemahuan kita,
Tapi yang pasti itulah keperluan kita....

Mengapa Allah menuntut kaum hawa untuk menutup aurat,
Kerna Allah menaikkan martabat wanita,
Daripada menjadi hamba kepada kaum adam,
Seperti zaman jahiliah,
Allah menaikkan martabat seorang wanita seperti,
Dijadikan sebagai seorang isteri,
Sebagai seorang ibu,
Di mana kakinya terletak syurga buat anaknya....

Begitu mudah untuk seorang wanita menjadi penghuni syurga,
Hanya dengan patuh kepada suami ataupun menjadi isteri mithali,
Dan berbuat kebaikan,
Tapi wanita juga mudah untuk menjadi penghuni neraka,
Hanya kerana lidah yang sukar untuk dijaga...

Maruah seorang wanita begitu penting,
Kerana maruah seorang wanita ini ibarat perhiasan,
Yang perlu dijaga rapi,
Yang selalu disimpan di dalam peti,
Dan jangan biarkan manusia lain mencerobohi...



Cerita kitaWhere stories live. Discover now