kisah kita

290 22 2
                                    

Kau jauh di sana,
Aku termanggu di sini,
Seperti pungguk merindukan bulannya,
Hatiku begitu gusar,
Bila dirimu,
Tiada khabar,
Kerana perkara yang paling mengembirakan ialah kewujudanmu..

Kisah kita,
Yang wataknya hanya terdiri dari kita berdua,
Tak kisah indah mahupun duka,
Yang pastinya semua itu bermakna..

Kau ukhuwah baruku,
Namun pun begitu,
Ku merasa kau begitu sebati dengan diriku,
Meski kita banyak perbezaan
Kerna di perbezaanlah wujudnya keharmonian dalam hubungan kita..

Kisah kita satu dalam seribu,
Yang diaturkan oleh Nya,
Yang maha merancang,
Begitu indah susunannya,
Menghadirkanmu dalam kisah ku yang dulunya dipenuhi dengan tangisan,
Tapi dengan kehadiranmu,
Kisahku menjadi kisah yang menggembirakan,
Dan hadirmu menjadi coretan baru dalam hidupku iaitu,
Kisah kita...

Cerita kitaWhere stories live. Discover now