☆☆ 1 ☆☆
Syamimi hanya memerhati langit indah diwaktu malam yang dingin sejuk. Sesekali dia berpaling ke arah adik adiknya yang sedang rancak berbual sambil menonton televisyen.
"Syukri rasa yang Dash tu patut kena bunuh la," ujar Syukri sambil meluahkan pendapatnya pada skrin tv.
"Apa kau ni? Dash tu baik la. Mana boleh kena bunuh," marah Syauqi memarahi adik bongsu mereka.
Syabil hanya membiarkan sahaja dua orang adiknya saling bertikam lidah. Malas mahu dimasuk campur. Bak kata mak Syahidah;biasalah gaduh manja adik beradik.
Sesekali dia dan adik kembarnya,Syahir menggeleng kepala dengan perangai adik mereka,Syauqi dan syukri.
"Kau orang ni tak reti tidur ke?" Tegur Syamimi lembut. Dia yang menjadi penjaga adik adiknya kerana merupakan anak sulung.
"Mak abah tak balik lagi ke?" Soalan Syamimi dibalas soalan dari Syabil. Dia hanya menggeleng.
"Pelik,dari pagi tadi mak abah keluar ke pekan. Sepatutnya sekarang ni dah balik dah," kerisauan Syahir terluah jua.
"Kau ni jangan nak fikir yang bukan bukan!" Syabil memarahi adik kembarnya.
Gadis berusia 12 tahun tu hanya menggeleng kepala sahaja dengan sikap adik adiknya. Syabil dan Syahir mungkin kembar. Tapi sikap mereka jauh berbeza.
Syabil jelas kelihatan matang seperti seorang abang. Namun sikap Syahir seperti anak anak yang hanya tahu berseronok.
Syauqi pula seorang yang pendiam. Tapi bila sudah tiba dia bersuara jelas tidak mahu berhenti. Namun dia sangat manja dan baik sebenarnya.
Adik bongsunya pula;Syukri. Seorang yang sangat rajin. Dengan rela hati sanggup menghulurkan bantuan kepada mak adan abah mereka dikala memerlukan walaupun tidak diminta.
Syamimi pula seorang kakak yang amat mementingkan adik adiknya dalam membuat sesuatu keputusan. Walaupun ada kalanya dia bersikap tegas terhadap adik adiknya; namun jauh disudut hatinya tersimpan perasaan sayang kepada empat orang adik adiknya ini.
"Kau orang semua pergilah masuk tidur. Mak abah biar akak tunggu. InshaaAllah sekejap lagi sampailah," ujar Syamimi menenangkan kerisauan semua adik adiknya.
Dia tahu mereka risau dengan keberadaan ayah dan ibu yang disayangi. Sejak dari pagi mereka berdua keluar kepekan bagi melangsaikan bil bil dirumah.
Yang lain hanya mengangguk setuju. Mereka banun dari duduk dan berjalan menuju ke arah bilik yang dikongsi oleh mereka empat beradik. Hanya Syamimi sahaja yang punya bilik sendiri kerana rumah kayu lama mereka hanya terdapat tiga buah bilik sahaja.
"Assalamualaikum! Syamimi! Oh Syamimi!"
Sahutan itu mengejutkan mereka lima beradik. Segera Syamimi menyahut seruan orang yang memanggil namanya.Dari luar rumah kayu lama itu kelihatan sudah usang dan terlalu tua. Hampir semua perabot didalamnya seperti katil,meja makan sudah rosak dimakan anai anai.
Bagi Pak Syarif dan Mak Syahidah; ini adalah satu satunya rumah yang menyimpan 1001 kenangan dan mampu melindungi mereka sekeluarga daripada kedinginan hujan dan terik mentari.
Terlihat seorang lelaki yang bersongkok,berbaju melayu hitam serta berkain pelekat sedang berdiri sambil memegang penyokong anak tangga yang kelihatan sudah reput.
"Waalaikumussalam. Hah,Pak Cik Zuhri. Kenapa pakcik datang malam malam ni? Mak abah tak balik pekan lagi," cerita Syamimi,jujur. Dia kenal sangat pada kenalan rapat abahnya ini.
Riak wajah Zuhri tiba tiba berubah. Tidak sampai hati mahu menyatakan tujuan kedatangannya kepada seorang gadis yang berusia 12 tahun ini.
Sudahlah hanya dialah satu satunya bunga didalam keluarga kenalan rapatnya ini.
"Kamu dengan adik adik sudah makan?" Tanya Zuhri. Tidak sangka bagaimana soalan yang tidak masuk akal ini terkeluar dari mulutnya.
"Sudah pakcik," jawab Syamimi ringkas. Tidak sabar mahu mendengar mengenai tujuan kehadiran lelaki sebaya abahnya pada lewat malam ini.
Syabil dan yang lain juga turut sama menyertai Syamimi berdiri diberanda rumah. Syauqi hanya memerhati dari jendela ruang tamu.
"Pakcik nak mula dari mana pun pakcik tak tahu;tapi pakcik harap kamu dengan adik adik kamu tabah dan redha dengan apa yang sudah terjadi. Ini semua takdir Allah."
"Pakcik ni kenapa? Apa yang dah terjadi sebenarnya? Cuba pakcik berterus terang saja," Syauqi bersuara sambil melangkah berdiri disebelah Syamimi.
Syamimi cuba menenangkan Syauqi yang kelihatan marah. Dia tahu adiknya yang seorang ini jenis yang kuat melenting dan marah.
Zuhri memandang wajah kesemua lima beradik ini. Hatinya berbelah bahagi. Dia buntu. Jika dia tidak beritahu perkara sebenar; kerisauan anak anak ini pada orang tuanya semakin menjadi jadi.
Sekiranya dia beritahu pula,apa penerimaan anak anak ini tentang perkara sebenarnya. Mereka masih muda dan terlalu kecil.
Syamimi yang paling tua pun baru berusia 12 tahun. Syabil dan Syahir 10 tahun. Syauqi pula 9 tahun manakala yang paling bongsu;Syukri berusia 7 tahun.
Mampukah mereka menerima hakikat ini?
Mampukah dia menjaga adik adiknya dalam usia yang sangat muda itu?
"Begini,sebenarnya Mimi. Mak abah kamu.." Zuhri tidak dapat meneruskan kata katanya.
Berkerut dahi Syamimi setelah mendengar ayat yang tersangkut dari Zuhri. Terasa debaran di dada apabila mendengar berita mengenai orang tuanya.
Segera dia menyediakan mental dan fizikalnya bagi menerima berita yang bakal disampaikan.
Zuhri menarik nafasnya dalam sebelum dihembuskan perlahan lahan. Mindanya ligat berfikir menyusun ayat supaya tidak mendatangkan kejutan kepada lima beradik ini.
"Pakcik harap kamu semua redha dengan apa yang terjadi. Semuanya takdir Allah. Tapi mak abah kamu terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari pekan. Mereka meninggal dunia ditempat kejadian," tutur Zuhri perlahan lahan. Jelas kelihatan genangan air mata ditubir matanya.
Sejurus mendengar berita itu;Syamimi tidak dapat mengawal emosinya. Dia terduduk diberanda lantas dibantu oleh Syauqi. Dia beristighfar didalam hati.
Zuhri yang melihat keadaan itu berasa serba salah. Tetapi apakah daya yang dia miliki. Keluarga mangsa harus mengetahui perkara ini.
"Pakcik! Janganlah main main! Ini libatkan nyawa orang pakcik!!" Tempelak Syabil. Jelas dia berada didalam keadaan separa sedar diantara percaya atau tidak.
"Demi Allah pakcik tak bohong. Pakcik ternampak sebuah motosikal tersadai ditebing jalan nak masuk kampung kita tu. Mulanya juga pakcik tak percaya;tapi lepas pakcik lihat betul betul jelas itu mak abah kamu." Zuhri cuba menjelaskan keadaan sebenarnya.
Oleh kerana keadaan yang lemah;Syamimi terus tidak sedarkan diri dipangkuan Syauqi. Makin haru keadaan adik beradik ini.
"Kakak!!"