☆12☆

43 6 1
                                    

★☆12☆★

Syamimi terbatuk batuk ditempat solatnya. Terasa kepalanya sungguh berat ketika ini. Batuknya semakin menjadi jadi. Demamnya semakin teruk.

"Ya Allah…" Ucap Syamimi menahan gatal dikerongkongnya. "Kau kuatkanlah aku mengharungi sakit ini."

"Kak Mimi." Syabil gesa mendapatkan Syamimi yang masih memakai telekung  dan duduk di tempat solatnya.

"Syabil,tolong ambilkan panadol akak atas meja tu." pinta Syamimi.

Syabil akur lalu mendapatkan apa yang diminta oleh kakaknya. Dia mencapai panadol dan sebotol air kosong yang berada diatas meja tulis Syamimi lalu dihulurkan kepada Syamimi.

Syamimi menyambut huluran itu lalu ditelannya dua biji panadol itu. Setelah selesai dia meneguk air botol tersebut, dihulurkan kembali kepada Syabil.

"Kamu dan adik adik dah solat maghrib?" Tanya Syamimi setelah dia berasa sedikit lega.

"Sudah kak,kami solat jemaah tadi dekat bilik." Jawab Syabil.

"Tak pergi terawih? Malam ni malam akhir. Malam esok dah takbir. Lusakan kita dah raya." ujar Syamimi lagi.

Syabil hanya menggeleng menandakan jawapannya 'tidak' kepada pertanyaan Syamimi sebentar tadi.

"Akak sakit. Siapa nak jaga akak dekat rumah. Kami bertiga buat keputusan tak pergi tarawih. Kami nak jaga akak." ucap Syabil belum sempat Syamimi bersuara.

"Jangan risau tentang akak. Akak boleh tinggal dekat rumah. Kamu pergilah terawih dengan adik adik."

Syabil mengecilkan matanya memandang Syamimi. Tidak yakin dengan apa yang baru,diungkapkan oleh kakaknya sebentar tadi.

"Jadi macam mana?" Tanya Syamimi sambil melipat telekungnya untuk diletakkan ditempatnya semula.

Syabil terdiam dengan pertanyaan Syamimi. Dia tahu apa yang Syamimi maksudkan.  Syabil terkejut apabila mendapati Syamimi sudah rebah tidak sedarkan diri.

Syabil memapah Syamimi lalu diletakkan diatas tilam elok.

"Syahir! Syukri!" Syabil menjerit memanggil adik adiknya.

"Kenapa bang?" Syahir dan Syukri segera memasuki bilik Syamimi apabila dipanggil oleh Syabil.

"Hubungi PakCik Zuhri,Lekas! Kak Mimi pengsan!" Arah Syabil dengan wakah yang cukup cemas.

"Apa?!" Terjerit kecil dua beradik ini apabila mendengar berita itu lalu lantas Syahir menghubungi Zuhri agar membawa Syamimi segera kehospital.

***
Syauqi selesai menunaikan solat sunat. Dia duduk termenung sambil menenung kearah tempat solatnya.

' Ya Allah…apa yang aku dah buat ni? Aku telah melukakan hati seorang perempuan penganti  Tugas seorang ibu dan ayah?  Apa salahnya padaku? Dia hanya meminta aku bersabar hanya pada satu malam sahaja. Tapi mengapa aku melenting dan menengkingnya? Ya Allah…'

Tangis Syauqi  mengingatkan tentang salah dan silapnya kepada kakaknya,Syamimi.

Syauqi terasa seperti bahunya disentuh seseorang. Apabila dia menoleh terlihat Syamimi sedang memandang kearahnya sambil tersenyum.

"Kak Mimi?" Syauqi terkejut apabila melihat Syamimi yang sedang tersenyum sambil berpakaian serba putih.

Matanya dikelipkan beberapa kali seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia takut apa yang baru dilihatnya hanyalah ilusi dan bayangannya semata.

Tangan Syamimi lembut mengusap pipi Syauqi lalu dia menjalar pula ke kepala Syauqi. Syauqi masih lagi kaku tidak bergerak seperti patung.

"Akak sayang kamu sampai akhir hayat akak. Akak dah halalkan semuanya yang akak pernah beri pada kamu. Tak sabar akak nak jumpa kamu dekat sana nanti,Wahai adikku. Assalamu'alaikum."

Ramadhan Yang BermaknaWhere stories live. Discover now