☆☆ 8 ☆☆
Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan Syamimi yang sedang lena. Rasa takut menghantui dirinya. Digepengkan kepalanya berkali kali membuang semua fikiran negatif.
Aduh! Siapa atau 'apa' yang terjah depan bilik aku ni?
"Kakaka Mimi. Kakak." Sayup suara seseorang dari luar bilik. Syamimi mengamati suara itu. Sepertinya dia mengenali akan suara tersebut. Bunyi esakan kecil membuatkan dia semakin cemas. Digarunya kepala yang tidak gatal.
"Aku mimpi ke ni?" Tanyanya pada diri sendiri. Boleh jadi keadaan seperti ini berlaku. Dia kerasakan bahawa dia sedang terjaga walhal dia sedang lena beradu.
"Kakak Mimi,tolong adik. Sakit." Suara esakan kecil itu berubah menjadi sebuah rintihan. Dengan kudrat dan keberanian yang sedikit;diberanikan diri jua membuka pintu kamar tidurnya.
Ya Allah,bantulah hamba Mu ini. Lindungilah hamba Mu ini dari segala mahluk halus ciptaan Mu. Sesungguhnya hanya kepadamu aku memohon.
Doa Syamimi dalam hati. Sejujurnya dia sangat takut ketika ini. Sudahlah pada dinihari begini. Dikuatkan juga hati dan perasaannya lalu memulas tombol pintu biliknya.
Sepantas kilat tubuh kecilnya didakap halus. Syamimi menjerit kecil oleh kerana terkejut dengan tindakan drastik itu.
"Ya Allah Syauqi! Nasib baik akak tak ada sakit jantung! Kalau tidak dah keras akak dekat sini tau tak?" Marah Syamimi setelah melihat rupanya Syauqi yang mengetuk pintu biliknya tadi.
"Maaf kak. Tapi adik..dia.."
"Kenapa dengan adik?" Syamimi mulai risau memikirkan soal adik bongsunya.
"Adik! Badan dia panas!" Ujar Syauqi lalu segera menarik Syamimi menuju ke bilik tidurnya.
"Apa?" Syamimi seakan tidak percaya. Dia mengikuti gerak langkah Syauqi yang membawanya menuju ke arah bilik adik adiknya.
Syamimi gesa meluru pantas kearah Syukri yang sedang mengigil lemah diatas tilam. Dia meletakkan belakang tapak tangannya kedahi Syukri. PANAS!
"Syabil tolong ambilkan kain dengan sebesen air." Pinta Syamimi. Syabil akur dengan permintaan Syamimi. Dia keluar dari bilik melangkah ke dapur bagi mengambil apa yang Syamimi pinta.
Syabil kembali semula bersama apa yang dipinta oleh Syamimi. Dia menghulurkan sebesen air dan sehelai kain kepada Syamimi. Syamimi mencelupkam kain itu kedalam air. Lalu kain basah itu diletakkan ke atas dahi Syukri.
Perbuatan itu diulang beberapa kali. Syabil,Syahir dan Syauqi berada disekeliling Syukri. Mereka memerhati perbuatan Syamimi. Syamimi melakukannya secara berhemah dan lemah lembut.
Mereka memandang sesama sendiri sambil tekun memerhatikan perbuatan Syamimi terhadap adik bongsu mereka. Senyuman terukir dibibir mereka tiga beradik.
"Kamu semua kenapa tengok akak begitu?" Tanya Syamimi apabila menyedari pandangan adik adiknya.
"Kita orang tengok akak. Kerja yang akak buat sangat lemah lembut. Layanan akak pada kami juga baik." Puji Syahir sambil senyuman terukir dibibirnya.
Syamimi hanya mengukir senyum. Tidak tahu mahu dibalas apa pada pujian adiknya ini. Dia sendiri malu apabila dipuji begitu. Bunyi ayam berkokok menghentikan lamunannya. Jam didinding dilihatnya.
"Astaghfirullahal 'azim. Dah pukul 4:30! Nanti tak sempat nak sahur. Kau orang tengokkan adik. Akak nak pergi panaskan nasi dengan lauk semalan yang masih ada tu." Ujar Syamimi sebelum bergegas menuju ke dapur.
Dia segera memanaskan juadah berbuka puasa mereka yang masih berbaki. Tidak mahu terlepas waktu sahur. Susah dia bila adik adiknya letih dan tidak bermaya. Dia tidak mengapa. Boleh tahan lapar.
Setelah membenatang tikar tempat untuk mereka duduk. Adik adiknya dipanggil.
"Adik nak puasa juga ke? Larat tak ni?" Soal Syamimi apabila melihat susuk tubuh Syukri menuju dapur.
Syukri hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia mengambil tempat duduk disebelah Syamimi.
"Adik ni biar betul! Abang suruh tidur je tak mau!" Kata Syahir.
"Adik kuatlah. Lagipun sayanglah kalau ponteng puasa. Tinggal lagi beberapa hari je lagi Ramadhan nak pergi." Jelas Syukri.
"Yelah tu." Kata Syabil mengusik.
"Cuti sekolah pun dah start. Bolehlah kita kemas apa yang patut untuk raya." Kata Syahir pula terlebih teruja. Hari ini hari pertama cuti sekolah sempena Aidilfitri.
Wajah Syauqi berubah riak. Ada sesuatu yang masih dipendam olehnya lagi.
"Syauqi kenapa? Akak tengok macam ada masalah je?" Tanya Syamimi prihatin. Sebagai seorang kakak,dia perlu mengetahui masalah adik adiknya.
"Memang Syauqi ada masalah pun! Baju raya tak beli lagi. Kawan kawan Syauqi semua sibuk cerita pasal baju raya diaorang." Luah Syauqi.
"Ala pakai je baju tahun lepas. Lagipun baju raya kita tahun lepas tu elok lagi." Pujuk Syabil.
"Betul tu. Tidak diwajibkan pun memakai baju baru dipagi Syawal. Tapi disunatkan agar memakai pakaian yang bersih,kemas dan cantik." Terang Syahir pula turut memujuk adiknya.
"Tak nak! Syauqi nak tukar baju baru juga. Lagipun baju raya Syauqi tahun lepas tu semua dah tengok. Malu nak pakai balik."
"Mengada ngadalah abang Syauqi ni." Sinfir Syukri.
"Apa kau kata? Nanti kau nak beli juga baju baru nak pakai baju baru juga,kan?"
"Diamlah! Tak habis habis nak gaduh. Depan rezeki ni. Pasal baju raya tu nanti akak akan usahakan. InshaaAllah kita semua pakai baju baru pagi Syawal." Pujuk Syamimi setelah lama membisu.
Mereka yang lain turut terdiam. Ada kalanya terdetik mengapa mereka diuji begini. Sudahlah kehidupan mereka susah. Anak yatim piatu pula. Apa hikmah disebalik semua ni?
Syamimi berteduh dibawah pokok rambutan dibelakang rumah. Dibawah pokok itu sudah tersedia panking dan buaian untuk mereka lima beradik berehat. Arwah ayah mereka yang membuatnya untuk mereka. Setiap petang pasti mereka sekeluarga berkumpul bersama dibawah pokok rambutan itu.
Hampir seluruh kawasan rumah sudah siap dibersihkan. Dia menyapu dedaun kering dan dikumpulkan disatu tempat.
"Kakak! Kakak! Kakak!" Si kembar berlari mendapatkan Syamimi. Mereka melabuhkan punggung mereka disebelah Syamimi.
"Ish! Tak penat ke kamu ni! Cubalah duduk diam diam. Akak yang penat tengok kamu macam ni."
Sikembar itu hanya tersengih memandang Syamimi yang bersahaja.
"Mana nak penatnya,akak dah jampi makan sahur tadi. Sebab tulah kami semangat ni." Syahir menunjukkan bidang dadanya yang konon sasa.
"Mana ada jampi. Doa je supaya adik adik kakak ni bertenaga je." Syamimi menepuk bahu dua adik kembarnya.
"Eh mana Syauqi dan Syukri?" Tanya Syamimi setelah dia tidak nampak kelibat dua lagi adiknya bersama si kembar.
"Dia orang dekat surau. Tolong ustaz Wahid dan yang lain bersihkan surau."
"Kamu berdua?"
"Kami sepatutnya kena tolong tok bilal siapkan moreh malam ni."
"Sudah tu,kenapa balik?"
"Tok bilal kata bahan tak cukup. Dia suruh kami pergi beli ni." Syabil menunjukkan sehelai kertas yang mengandungi senarai bahan didalamnya.
"Kami berdua balik nak ambil basikal. Dari kedai Pak Man ke Surau jauh." Jelas Syahir menjelaskan tujuan kepulangan mereka.
"Oo.. hati hati. Nanti balik sekali dengan budak berdua tu. Dia orang pergi surau jalan kaki tadi." Pesan Syamimi. Setelah mengangguk dari pesanan Syamimi,si kembar itu berlalu menuju ke bawah rumah bagi mengambil basikal mereka.