☆2☆

95 8 0
                                    

☆☆ 2 ☆☆

Syamimi membuka kelopak matanya perlahan. Masih terlihat kabur pandangan lalu dikebil kebilkan matanya.

"Kakak,kakak okay?" Tanya Syabil. Sebagai anak kedua dia risau dengan keadaan satu satunya kakak yang dimiliki dalam dunia ini.

Syukri menghulurkan segelas air kosong kepada Syamimi lalu duduk bersila diatas tilam bersama Syamimi.

Dia meraih tangan kakaknya lalu digengamnya erat. Cuba menahan sendu dihati.

Syamimi cuba memahami situasi saat ini. Kali terakhir yang dia boleh ingat adalah ketika Zuhri datang bertandang kerumah buruk mereka ini.

"Syabil;mana pakcik Zuhri? Mana mak abah? Kenapa akak ada dekat sini? Kita kena jumpa mak abah,Syabil," kata Syamimi resah.

Syabil dan yang lain melihat simpati situasi yang melanda kakak mereka. Perasaannya masih belum stabil. Segera Syabil melutut dihadapan Syamimi diikuti oleh Syahir dan Syauqi. Dia memegang lembut kedua bahu Syamimi.

"Akak sekarang dekat bilik. Tadi akak pengsan masa pakcik Zuhri kata yang mak abah dah.."

"Syabil;kita kena tunggu mak abah balik. Kesian mak abah tunggu dekat luar tu. Cepat pergi buka pintu."

"Kak Mimi! Mak abah dah tak ada. Mereka dah meninggal. Pakcik Zuhri dah balik. Besok dia akan bantu kita uruskan jenazah mak abah. Jenazah mak abah akan dibawa pulang besok." Pujuk Syabil lembut. Dia sendiri juga bagai dipukul ombak besar.

Syamimi tersentak. Dia mengucap panjang. Dia beristighfar didalam hati. Rasa bagai tidak percaya. Rasa seperti baru pagi tadi mereka sarapan bersama orang tua mereka. Kini mereka sudah tiada. Mereka pergi bertemu sang pencipta.

Setelah berasa sedikit tenang. Syamimi memandang kearah adik bongsunya;Syukri yang memegang erat tangannya seolah meminta semangat darinya.

Dia menoleh pula kearah tiga lagi adiknya. Wajah mereka sugul. Mata mereka kuyu. Dia tahu bahawa adik adiknya lebih sedih berbanding dirinya.

Sekurang kurangnya dia berpeluang merasakan kasih sayang orang tuanya selama 12 tahun. Tapi bagaimana dengan adik adiknya yang lain? Bagaimana dengan Syukri yang baru tujuh tahun merasakan kasih sayang ibubapa.

Mimi,kau kena kuat. Kau  tak kasihankah dekat adik adik kau. Mereka lebih memerlukan semangat kau. Kasihan mereka. Mereka masih muda. Pasti mereka lebih sedih dengan berita ini berbanding kau. Ya Allah,kau berilah kekuatan kepada kami dalam mengharungi ujian hebatmu ini..

Syamimi membawa Syukri agar dekat dengannya. Tubuh itu dipeluk. Terhabur tangisan dari anak sekecil Syukri. Dia mengusap lembut kepala Syukri.

Dia menoleh kearah Syabil,Syahir dan Syauqi. Dia tersenyum lalu menghulurkan tangan bagi menyambut adik adiknya dikala jatuh.

Mereka tiga beradik datang kearah Syamimi lalu segera tubuh itu dipeluk.

Malam itu,mereka lima beradik tidur beramai ramai didalam bilik abah dan mak mereka. Syukri tidur sambil memeluk Syauqi dari belakang. Syabil dan Syahir masing masing tidur sambil memeluk kain pelekat Pak Syarif. Syamimi pula hanya tidur dilantai sambil memeluk telekung Mak Syahidah.

Keesokkan harinya,ramai penduduk kampung yang datang berkunjung ke teratak buruk mereka bagi membantu menguruskan jenazah arwah Pak Syarif dan Mak Syahidah. Ada juga yang mengucapkan takziah.

Melihat sekujur tubuh yang diselimutkan dengan kain putih membuatkan hati empat beradik ini diselubungi rasa pilu. Wajah Pak Syarif dan Mak Syahidah sangat berseri. Keluhatan seperti pasangan ini sedang lena beradu.

Syabil melihat Syukri yang dari tadi mengesat air matanya dengan hujung baju melayu biru yang disarungnya. Terasa sebak juga melanda dirinya. Semalam baru sahaja dia;kakaknya dan adik adiknya bergelak tawa bersama mak abah.

Tidak disangka bahawa insan yang paling disayangi didunia ini telah pergi meninggalkannya secepat dan seawal ini. Syabil memusing mencari kakaknya dalam kalangan para tetamu yang hadir dan sedang leka membaca surah yaasin buat jenazah mak abahnya.

"Kakak mana?" Tanya Syabil kepada Syahir yang sedang membaca surah Yaasin.

"Dalam bilik dia kot." Jawapan ringkas dari Syahir membuatkan Syabil sebak. Dari nada suara si kembarnya juga telah membuatkan dia tersepit. Pantas dia bangun dari dusuknya untuk menuju ke kamar beradu milik kakaknya.

Syabil memasuki bilik Syamimi mencari kakaknya. Terlihat kakaknya sedang membetulkan tudung dihadapan cermin panjang si sebelah meja belajarnya. Meja itu juga sudah kelihatan usang namun masih boleh digunakan lagi.

Syamimi hanya menoleh ke arah Syabil yang berdiri dihadapan pintu biliknya sambil tersenyum. Tahulah dia bahawa adiknya ini sedang mencari dirinya. Melihat saja senyuman Syamimi;pantas Syabil mendapatkan Syamimi lalu tubuh itu dipeluknya.

"Kakak,Syabil tak kuat kak. Syabil tak kuat. Syabil tak sanggup hadapi semua ni,"  rintih Syabil dalam pelukan kakaknya.

Mendengar rintihan dari sang adik,segera Syamimi membawa Syabil ke arah tilamnya lalu didukkan adiknya ini. Pipi mulus Syabil diusap. Jemari Syabil dipegang erat seolah menyalurkan sedikit semangat buat si adik.

"Allah tak akan uji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu untuk kita,hambaNya pikul. Allah tahu kita kuat. Allah tahu kita mampu untuk hadapi ujian ini,jadi sebab itulah dia uji kita dengan ujian sebegini," pujuk Syamimi,lembut.

"Tapi kenapa Allah uji kita begini? Allah tak sayang kita ke kak? Allah ambil mak abah dari kita,Allah tak sayang kita." Rintih Syabil lagi. Pantas jari telunjuk Syamimi singgah ke mulut Syabil. Tidak mahu agar adiknya ini terus menyalahkan takdir.

"Syabil sayang,Allah uji kita ada sebab. Sebabnya ialah Allah nak tengok kita benar benar hambaNya yang beriman atau tidak. Allah uji hambaNya,Allah uji kita tandanya Allah tu sayang kita. Allah bersama sama dengan orang selalu dekat dengannya. Allah tak akan biarkan kita terus terkapai kapai. Mungkin kita sayang mak abah,tapi Allah lebih sayangkan mereka." Syamimi masih terus memujuk.

Dia tahu,situasi ketika ini adalah banyak memerlukan agar dia sentiasa berfikiran rasional. Dia tidak boleh sama dengan adik adiknya. Dia harus menyalurkan semangat buat adik adiknya agar terus redha dengan ketentuan ilahi.

Syabil memandang wajah Syamimi yang sedang tersenyum. Wajah itu sangat tenang. Sepertinya tidak ada apa apa yang sedang terjadi.

"Syabil nak tahu,setiap ujian yang Allah limpahkan kepada kita,pasti akan dia balas balik dengan perkara yang lebih bermakna. Cuma kita kena sabar dan redha. Janji Allah itu pasti. Syabil janganlah salahkan takdir lagi ya sayang," Syamimi terus memujuk.

Syabil menghela nafasnya perlahan lahan. Dia menatap wajah tenang Syamimi. Dia kagum mempunyai kakak seperti Syamimi. Sentiasa tenang dan positif. Lama wajah itu ditenungnya.

Ya Allah;aku bersyukur kepada Mu kerana engkau berika aku kakak seperti insan dihadapanmu ini. Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu. Doa Syabil dalam hati.

"Syabil kena kuat demi adik adik. Fikirkan tentang Syahir,Syauqi dan Syukri. Bagaimana perasaan mereka jika mereka nampak abang mereka ni lemah. Syabil kena kuat demi mereka semua." Syamimi menyalurkan kata kata semangat buat Syabil.

Ya Allah;tenangnya engkau kak Mimi. Syabil tak sangka kakak akan jadi sekuat ini. Syabil tahu kakak lemah dlalam hadapi semua ini tapi demi Syabil dan adik adik,akak jadi kuat.

Ramadhan Yang BermaknaWhere stories live. Discover now