☆★11☆★
Syauqi keluar dari kereta persona pakcik Zuhri memandang pelik dengan suasana dirumahnya. Ada ramai tetamu yang datang bertandang tapi tidak mempamerkan senyuman atau, wajah, gembira. Hanya tangisan dan alunan bacaan yasiin sahaja yang kedengaran.
Syauqi memandang kearah pakcik Zuhri yang kini turut mengalirkan air matanya. Dia janggal dengan situasi ini. Kemudian,terlihat kelibat sikembar datang menghampiri mereka berdua.
"Abang Syabil! Abang Syahir!" Teriak Syauqi lalu berlari memeluk abang abangnya. Terasa rindu kepada abangnya ini kian memuncak.
Syauqi memandang wajah abang abangnya dengan wajah yang berkerut. Tidak faham dengan situasi sekarang.
"Abang,Syauqi rindu dengan semua orang. Syauqi rasa serba salah dengan kak Mimi. Syauqi nak minta ampun dengan kak Mimi. Mana kak Mimi,bang?" Syauqi melemparkan persoalan kepada abang kembarnya.
Terkedu Syabil dan Syahir dengan soalan yang diajukan kepada mereka. Tanpa disedari,air mata si kembar ini mengalir.
"Abang, akak baik baik saja, kan? Mana kak Mimi, bang? Kenapa dengan kak Mimi?" Syauqi tidak berpuas hati.
Dia mengoncangkan bahu abang kembarnya ini. Mahu jawapan dan penjelasan tentang situasi sekarang.
"Syauqi…" panggil Syabil dalam nada suara yang serak. Dia menoleh kearah Syahir yang sudah menangis. "Kak Mimi dah…meninggal." Sambung Syabil.
Bagaikan disambar petir Syauqi terkejut. Dia jatuh,melutut ditanah. Air matanya mengalir deras.
"Mustahil…" kata Syauqi sambil memandang abang kembarnya. "Akak tinggalkan Syauqi secepat ni."
Syauqi berlari menaiki tangga rumah melintasi orang ramai yang sedang membaca surah yasiin. Dia memandang kearah sekujur badan yang berselimut dengan kain putih. Wajah itu berseri seri.
Syukri yang sedang membaca surah yasiin menoleh kearah Syauqi yang sedang melutut memandang sekujur tubuh dihadapan mereka seakan tidak percaya.
"Abang dah balik…" Ujar Syukri sambil menutup naskah yasiin yang sedang dibacanya. "Kak Mimi tunggu abang. Kak Mimi pesan dia tak pernah benci abang walaupun abang benci dia. Dia sayang abang dan kita semua adik adik dia."
Syauqi memandang wajah adik bomgsunya. Terasa sebak dengan hajat terakhir kakaknya mahu melihat dia pulang sebelum kembali menghadap penciptanya.
"Kak Mimi…" panggil Syauqi sambil memandang wajah Putih bersih Syamimi. "Syauqi dah balik kak, akak bangunlah. Bukalah mata akak." Syauqi merayu. Namun tubuh kaku itu masih tidak, bergerak.
"Maafkan Syauqi kak…" Teriak Syauqi hilang kawalan. Emosinya terganggu. Dia memeluk tubuh yang kini diselubungi oleh selimut putih.
"Kak Mimi…Kak Mimi"
"Nak…nak"
Syauqi membuka matanya lalu bingkas bangun. Dia memandang wajah lelaki tua yang mengejutkannya tadi. Dia meraup mukanya dengan tapak tangannya.
Lelaki berjambang dan berserban serta berjubah menemung Syauqi tenang. Dia mengusap belakang anak muda itu bagi menenangkan emosinya.
"Bawa mengucap nak. Istighfar banyak banyak. Pakcik nampak anak mengigau tadi." Ujar Lebai Hassan.
Syauqi mengucap dan beristighfar didalam hatinya. Tidak sangka peristiwa tadi hanya mimpi semata.
"Pakcik, saya nak balik. Saya nak jumpa kakak saya. Saya nak minta ampun dari kakak saya." Rayu Syauqi sambil menangis. Dia takut mimpinya menjadi realiti. Takut tidak sempat meminta maaf pada kakaknya nanti.
Lebai Hassan hanya mengangguk sambil cuba menenangkan anak sekecil Syauqi. Dia mengusap belakang Syauqi lembut.
"Baiklah. Pakcik akan bantu anak balik. Tapi nak,mari kita sahur dulu. Dah nak imsak ni. Lepas tu kita solat subuh berjemaah sama sama ya." Ujar Lebai Hassan lalu dia bangun berganjak dari tempat pembaringan Syauqi. Dia berjalan menuju ke arah para jemaah surau lain yang bersahur disurau pagi itu.
Syauqi bersahur bersama para jemaah yang berada disurau pagi itu. Sewaktu sedang lari dari rumah, dia tersesat lalu tiba disebuah surau. Dia berbuka puasa dan bermalam disurau tersebut akhirnya.
Setelah usai solat subuh berjemaah,Syauqi masih lagi berada ditempat duduknya. Tidak mahu berganjak. Dia memikirkan peristiwa yang berlaku dari mimpinya. Adakah itu petunjuk Allah bahawa kakaknya sedang sakit? Adakah petunjuk Allah bahawa kakaknya jatuh sakit oleh kerana risaukan keadaannya?
"Ya Allah…" Syauqi menerkup muka dengan kedua tapak tangannya. "Kau ampunilah dosaku. Kau lindungilah kakak dan seluruh ahli keluargaku."
Satu tangan menyentuh lembut bahu Syauqi. Syauqi turut memandang gerangan itu. Lebai Hassan turut memandang Syauqi sambil tersenyum memberi semangat. Lalu, dia duduk disebelah Syauqi.
"Anak ini siapa nama?" Tanya Lebai Hassan memulakan bicara.
"Syauqi. Muhammad Syauqi." jawab Syauqi sambil memandang wajah lebai Hassan. Lebai Hassan hanya mengangguk sambil tersenyum.
Lebai Hassan menarik nafasnya sebelum dia mula berbicara.
"Pakcik, adakah mimpi yang buruPakcik merupakan petunjuk dari Allah?" Tanya Syauqi setelah lama keduanya membisu.
"Mimpi hanyalah mainan tidur. Tapi ada kalanya mimpi boleh jadi petanda sesuatu akan berlaku."
"Pakcik…" Syauqi memandang wajah Lebai Hassan dengan mata yang bergelinangan. "Saya mimpi yang kakak saya meninggal. Saya takut bahawa mimpi itu akan jadi realiti. Saya babyak buat salah dengan kakak saya. Saya nak balik."
Lebai Hassan menepuk bahu Syauqi berkali kali. "Pakcik akan bantu apa yang patut. Kalau anak rasa yang yang mimpi anak membawa petunjuk baik, banyaklah berdoa pada Allah. Hanya dia yang tahu dan maha pemberi petunjuk." ucap Lebai Hassan.
Dia beredar meninggalkan Syauqi sendirian disitu.