☆☆ 6 ☆☆
Syamimi tekun membuat kerja yang diarahkan oleh Cik Kina kepadanya. Sebagai seorang pekerja;dia harus patuhi etika ketika bekerja. Dia tidak pernah ponteng malah melakukannya dengan tekun dan amanah.
Dia hanya akan mengikuti Cik Kina kepekan hanya pada hari sabtu Ahad dan cuti umum. Bila dihitung,hari ini sudah seminggu dia bekerja bersama Cik kina.
Ada pelanggan Cik Kina yang juga penduduk dikampungnya. Malahan setiap kehendak pelanggan dipenuhi dan dipatuhi dengan taat.
"Mimi! Sudahlah tu. Acik nak tutup dah ni. Dah petang dah. Kejap lagi nak buka puasa."
"Baiklah." Syamimi mengemas barang barangnya lalu keluar dari butik muslimah itu.
Dia tekun membantu Cik Kina mengunci pintu butiknya. Kemudian dia tunggu di kereta majikannya.
"Kamu nak singgah bazar,Mimi?" Tanya Cik Kina setelah mereka memasuki perut kereta.
"Tak payahlah Cik Kina. Terus balik jelah. Lagipun adik adik saya tu cerewet pasal makanan dekat bazar ni. Mereka lagi suka masak sendiri."
"Sempat ke kamu nak masak Mimi?" Tanya Cik Kina sambil fokus pada pemanduannya.
"Biasanya sempat lagipun adik adik saya tu rajin tolong saya masak."
Cik Kina hanya diam mendengar sahaja cerita Syamimi. Rasa kasihan juga pada anak kecil ini. Baru 12 tahun sudah kena uruskan semuanya seperti seorang ibu.
"Baik kau jaga sikit mulut kau tu Rafiq!! Sebelum aku tumbuk kau, kasi pecah muka kau!!" Ugut Syauqi.
"Kalau kau berani;cepatlah! Aku tak takutlah dengan budak kecik macam kau ni!!" Rafiq semakin mencabar Syauqi.
Berlakulah pergaduhan antara Syauqi dan Rafiq. Masing masing mempunyai jarak usia yang jauh berbeza. Rafiq satu kelas dengan Syamimi manakala Syauqi pula baru berada dalam darjah 2.
Riuh suasana dipadang dengan jeritan dan pergaduhan kanak kanak. Pada awalnya mereka semua seronok bermain bola bersama. Namun akhirnya permainan mereka menjadi sebuah pergaduhan.
"Syauqi sudahlah tu." Syabil cuba menenangkan adiknya yang panas baran ni. Dia tahu sekali Syauqi sudah mengamuk,mau meletop gunung berapi yang tak aktif.
"Apa masalah kau nak cari gaduh dengan kita orang ni Rafiq?" Tanya Syahir. Suasana mereka tegang.
Rafiq berjalan menghampiri Syahir lalu ditabik dada.
"Kau nak tahu sebab apa? Sebabnya kakak kau tu..." belum sempat Rafiq menghabiskan kata katanya dia sudah ditumbuk oleh Syauqi.
"Kau jangan nak libatkan kakak aku!! Tak guna!!"
"Kakak kau tu yang tak guna la bodoh!!"
"Kau tu yang bodoh sebab capak orang baik tu bodoh la bodoh!!"
"Syauqi! Cubalah istighfar. Infat sekarang ni bulan puasa." Nasihat Syabil cuba menenangkan keadaan.
Nasihat Syabil tidak dimakan oleh Syauqi. Berlaku pergelutan antaranya dengan Rafiq lagi. Semua pengikut Rafiq mula mengawal Rafiq supaya tidak memukul Syauqi lagi. Syahir dan Syabil pula berusaha menenangkan Syauqi.
Syukri pula hanya berdiam diri. Tidak mahu masuk campur hal pergaduhan ini.
"Syabil,Syahir,Syauqi dan Syukri! Kau orang tahu tak apa yang akak kau orang tu buat dekat pekan sana tu?" Tanya Rafiq dalam nada menyindir.
"Kak Mimi kerjalah! Buat apa lagi?" Syukri bersuara. Tidak tahan dengan sindiran dan hinaan yang didengari tentang kakaknya.
"Mana kau tahu dia kerja bodoh! Kau ada ikut dia ke?" Sindir Rafiq lagi menaikkan angin Syukri.
"Memanglah kita orang tak ikut tapi kita orang tahu dia kerja. Bukan peminta sedekah!" Tempelak Syahir. Kini dia juga sudah naik angin.
"Kakak kau tu memang peminta sedekah!! Adik si peminta sedekah!" Sinis sindiran Rafiq. Mahu sahaja muka Rafiq ni ditumbuknya lalu diblender lumat. Namun disabarkan jua hati dan jiwa raga ni.
"Kami bukan adik peminta sedekah dan kakak kami bukan peminta sedekah!!" Laung Syukri kuat. Sungguh dia tak mampu bersabar lagi.
Dia berjalan menghampiri Rafiq lalu disepaknya alat sulit Rafiq. Rafiq meraung kesakitan. Mahu sahaja dibelasahnya cukup cukup budak sekecil Syukri ini.
"Mimi kenapa kecoh dekat padang tu? Tu bukan adik adik kamu ke?" Gesa Cik Kina setelah keretanya memasuki kawasan kampung.
Syamimi meneliti kearah padang yang dimaksudkan. Dia meneliti sekumpulan budak lelaki yang sedang bergaduh. Matanya terbeliak luas.
"Cik Kina boleh turunkan saya disini saja."
"Kamu pasti?"
Syamimi hanya mengangguk. Risau juga apa yang sedang berlaku kepada adik adiknya. Setelah kereta Cik Kina berhenti lalu dia keluar dari perut kereta dan mengucapkan terima kasih.
Syamimi berjalan pantas melihat apa kejadian yang sudah menimpa ke atas adik adiknya. Takut adik adiknya terlibat dengan pergaduhan lagi.
"Astaghfirullahala'zim." Ucap Syamimi apabila dia melihat adik adiknya sedang bertumbuk dan disepak terajang oleh kumpulan Rafiq. Dia tahu Rafiq suka mencari gaduh dengannya. Tapi tidak tidak pernah melayan. Tidak sangka pula bahawa Rafiq akan mencari adik adiknya.
"RAFIQ!!! Sudah hentikannya!!" Tegah Syamimi berada ditengah antara pergaduhan itu.
"Oh,penyelamat dah sampai! Baru balik dari meminta sedekat dekat pekan ke cik kak Oi." Sindir Rafiq setelah dia disergah oleh Syamimi.
Syauqi mahu melulu kearah Rafiq namun sempat ditahan oleh Syamimi. Dia menghela nafasnya sebelum dia mula berbicara.
"Ya saya baru balik pekan. Ada sakit dimata awak ke Rafiq?" Tanya Syamimi menyindir Rafiq.
Rafiq berang. Mahu sahaja ditamparnya Si Syamimi namun ditahan kerana memikirkan bahawa Syamimi hanya seorang perempuan.
"Awak nak tahu tak? Saya tertanya apa yang awak buat dekat pekan sana tu? Minta sedekah atau awak minta simpati orang dekat pekan tu terhadap anak yatim macam awak." Sindir Rafiq.
Syamimi hanya tersenyum mendengar lontaran bicara Rafiq yang seterusnya sedangkan adik adiknya sudah 'naik minyak'.
"Awak tahu tak kenapa ramai orang kaya beri derma untuk anak yatim? Sebab mereka simpati! Mereka kesian terhadap anak anak yatim diluar sana tu termasuk awak dan adik adik awak!" Rafiq berkata dengan bangga.
"CUKUP!!" Syabil menjerit. Tidak tahan dengan hinaan yang dilontarkan terhadap kakaknya. Baginya;Syamimi adalah orang yamg patut dihormati dan disayangi selepas abah dan mak mereka.