☆3☆

81 6 0
                                    

☆☆ 3 ☆☆

"Yahoo! Besok puasa! Besok puasa! Tak sabar rasanya nak puasa besok!"

"Kakak; besok jangan lupa bangunkan Syahir tau. Syahir nak puasa penuh tahun ni."

"Besok dah masuk bulan ramadhan,maknanya besok dah start tarawih dan tadarus alquran. Boleh khatam dalam masa sebulan."

"Kakak,besok Syukri nak tolong Kakak masak."

Syamimi hanya memerhati teletah adik adiknya sambil tersenyum. Sejak pemergian arwah ayah dan ibu mereka,Syamimilah yang menjadi pengalas tanggungjawab menjaga mereka.

Dia menoleh kearah tangga reput rumahnya. Di situlah dia menerima satu amanah baru dari arwah abah dan mak mereka bagi menjaga adik adiknya.

¤FLASHBACK¤

Hari terakhir kenduri tahlil untuk arwah Pak Syarif dan Mak Syahidah berjalan lancar. Syamimi bersyukur kerana ada pendusuk kampung yang sudi menghulurkan bantuan.

Tetamu sudah pulang. Adik adiknya sudah masuk tidur. Tapi Syamimi masih suka menghabiskan masanya duduk ditangga rumahnya. Surat amanah yang diberikan oleh Zuhri masih erat berada digengamannya.

Kata Zuhri,surat itu diberikan padanya ketika dia terserempak bersama arwah dipekan. Ketika itu arwah dalam perjalanan pulang ke rumah manakala dia pula dalam perjalanan menuju ke pekan.

Kata arwah ketika itu; "jika ada sesuatu yang berlaku pada kami berdua, kau Zuhri tolong berikan surat ini pada anak sulung kami Syamimi. Katakan padany ini adalah amanah dan harapan terakhir dari kami untuknya.

Syamimi membuka kembali surat yang diberikan kepadanya petang tadi. Dia masih belum sempat membacanya. Tapi melalui cara pemberian Zuhri tadi menunjukkan bahawa surat itu penting. Dia juga ada berkata bahawa dia akan membantunya dan adik adik setakat mana yanv termampu.

Syamimi tekun membaca isi surat tulisan tangan abahnya,Pak Syarif.

Kehadapan anakandaku yang tercinta,Nur Syamimi Binti Mohd Syarif,

Abah dan mak minta maaf atas segala kekhilafan abah dan mak menjaga dan membesarkan kamu dengan adik adik. Sesungguhnya abah dan mak hanyalah manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan dan dosa.

Abah dan mak minta maaf banyak banyak pada Mimi dan adik adik kerana sesungguhnya mati itu pasti. Jika Allah tidak mengizinkan abah dan Mak untuk berjumpa anak anak abah dan mak ini untuk kali terakhir,kami mohon sangat buatlah kebaikan didunia ini.

Syamimi,kamulah tonggak harapan keluarga. Kamulah kunci dan semangat buat adik adik kamu. Abah dan mak minta maaf dari kamu kerana terpaksa pergi meninggalkan kamu amanah besar menjaga adik adik kamu ini.

Abah dan mak percaya,kamu akan jaga mereka dengan baik. Abah dan mak yakin kamu akan didik mereka dengan baik seperti mana abah dan mak didik kamu. Abah dan mak juga percaya dan yakin kamu akan berikan kasih sayang pada adik adik kamu sepertimana kamu diberi kasih sayang dahulu.

Abah dan mak sekali lagi minta maaf. Semua dan segala dosa dan kekhilafan kamu sudah diampunkan abah. Mak pula telah mengampuni dosa dosa kamu lima beradik malah telah menghalalkan air susu yang mengalir didalam darah kamu itu.

Nur Syamimi Mohd Syarif,engkau adalah bunga yang mekar mewangi kehidupan kami.

Muhammad Syabil Mohd Syarif,engkau pokok yang tumbuh mekar disertakan buah buah yang masak ranum.

Muhammad Syahir Mohd Syarif,engkaulah ibarat matahari yang bersinar terang.

Muhammad Syauqi Mohd Syarif,engkau adalah racun kami dan engkau jugalah penawar segala duka lara kami.

Muhammad Syukri Mohd Syarif,engkau si comel penutup kepada kebahagiaan yang semakin kelihatan selepas kelahiranmu.

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa tingginya rasa kasih dan cinta kamu kepada kamu berlima. Semoga Allah menemukan kita diSyurgaNya kelak.
In Shaa Allah,

Hamba Allah yang banyak Khilaf,
Mohd Syarif Zulkifli
Nor Syahidah Yaakop

Syamimi menatap surat tulisan tangan abahnya sebak. Dia tahu ini adalah ucapan terakhir dari lelaki bergelar ayah dan wanita bergelar ibu.

'Ya Allah;kau permudahkanlah urusanku menunaikan amanah ini. Abah mak inshaaAllah Mimi akan jalan tanggungjawab ini sebaiknya.'

Lamunannya terhenti setelah dia merasakan seseorang bersandar dibelakangnya. Dia tahu siapa insan tersebut. Lantas dia tersenyum.

"Adik pergilah masuk tidur. Esok nak bangun awal kan? Kata nak tolong akak masak," tutur Syamimi.

Tiba tiba dia terasa ada tangan yang melingkar ke pinggangnya lalu dipegang erat. Syamimi memegang tangan yang bercantum itu lalu diusapnya lembut.

"Kenapa adik akak ni? Macam ada masalah saja,cuba cerita dengan akak," pujuk Syamimi.

Pujukannya tidak diendahkan malah telinganya menangkap satu suara esakan kecil. Dia tidak sedap hati. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan adik bongsunya ini.

Syamimi melepaskan tangan Syukri yang memeluk pinggangnya. Lalu dia membawa adiknya ini agar duduk disisinya.

"Kenapa ni? Ceritalah dengan akak. Inshaa Allah kalau akak boleh tolong akak tolong. Cikgu suruh adik bayar yuran sekolah ke?" Syamimi mengusap lembut kepala Syukri.

"Adik rindu mak abah. Ini ramadhan pertama tanpa mereka berdua. Adik rasa lain puasa tanpa mak abah. Adik sunyi." Adu Syukri.

Syamimi tersentak. Fahamlah dia masalah yang sedang melanda adiknya ini. Benar dia juga akan rasa kelainan berpuasa tanpa orang tua mereka. Tapi apa kuasa yang dia ada. Dia hanya manusia biasa.

"Adik jangan macam ni. Kalau adik rindu mak abah,adik sedekahkan Alfatihah untuk arwah. Jujur akak cakap akak juga rasa kelainan ramadhan tahun ni tapi akak redha.

Kita bukan tuhan untuk menentukan hidup mati seseorang. Kita adalah insan biasa yang banyak dosa. Jangan merintih macam ni. Kesian arwah dekat sana.

Lagipun adik tak sendirianlah. Akak ada. Abang Syabil ada. Abang Syahir dan abang Syauqi pun ada. Adik tak sunyi. Jangan cakap adik sunyi sebab ramai orang disekeliling adik dan ingat satu perkara penting. Allah sentiasa ada. Alquran sentiasa teman kita. Kita bukan sendirian,Syukri."

Syamimi mengusap kepala Syukri lembut. Dia tersenyum memandang wajah adik bongsunya yang sedikit tembam.

Syukri hanya mengangguk setuju dengan kata kata kakaknya. Kakaknya memang seorang yang kuat.

Tangan kanan Syamimi diraih lalu dikucupnya. Terasa rindu pada arwah mak dan arwah abah kian menguasai dirinya. Namun dia redha dengan ketentuan ilahi.

Syamimi mengusap lembut rambut Syukri. Setelah tangan kanannya dilepaskan;dia mencium dahi Syukri.

"Maafkan adik kak,selamat malam. Assalamualaikum,Kak Mimi." Kata Syukri sebelum dia melangkah masuk kebilik.

"Waalaikumussalam," jawab Symimi sebelum dia juga melangkah masuk kedalam bilik beraduannya.

Ramadhan Yang BermaknaWhere stories live. Discover now