☆☆ 4 ☆☆
Jam loceng berdering segera dimatikan oleh Syukri. Dia meraba bagi mencari punat agar jam loceng itu berhenti berbunyi. Dia berjalan melangkah menuju ke dapur.
Dia menguap beberapa kali namun masih dikuatkan diri untuk melangkah ke dapur bagi budak berusia 7 tahun ini.
Dia memisat matanya berkali kali. Setelah kakinya selamat memijak lantai dapur,dia terlihat Syamimi sedang membasuh beras.
Tanpa segan silu;lantas dia berlari memeluk Syamimi dari belakang.
"Awal lagi kan;pergilah tidur dulu. Nanti akak kejutkan," Syamimi tidak menghiraukan adiknya lantas menuju ke arah tempat memasak nasi.
"Adik kan dah kata yang adik nak tolong akak masak." Ujar Syukri sebelum melangkah memasuki bilik air.
Syamimi hanya menggeleng kepala dengan sikap adik bongsunya ini sambil meneruskan tugasnya menyediakan juadah sahur untuk mereka adik beradik.
'Hari ni hari pertama puasa. Horey!!' Sorak Syukri dalam hati setelah dia selesai membasuh muka dan menggosok gigi.
Dia keluar dari bilik air dan melangkah menghampiri Syamimi. Dia leka memerhatikan Syamimi yang sedang menggaul lima biji telur sekali gus.
"Apa yang adik boleh tolong?" Tanya Syukri apabila melihat Syamimi sepertinya tidak menyedari kehadirannya.
Syamimi hanya mampu tersenyum. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengelak bantuan dari Syukri namun dia gembira mempunyai adik seperti Syukri.
"Adik tengok akak goreng telur. Nanti senang adik nak buat sendiri nanti," ujar Syamimi sambil memasukkan minyak kedalam kuali lalu dipanaskan.
Setelah melihat minyak sudah panas;dia memasukkan telur yang sudah siap digaul kedalam kuali. Lima biji semuanya.
Dia menghulurkan senduk kepada Syukri lalu mengajar adik kecilnya itu cara membalikkan telur supaya permukaan telur itu tidak rosak.
"Lawanya telur adik," puji Syamimi setelah melihat permukaan telur Syukri licin dan gebu.
"Tengoklah siapa yang jadi cikgu adik," Syukri memeluk pinggang Syamimi. Lalu dia tersenyum manja.
"Pergi bangunkan abang-abang kamu. Akak nak siapkan tempat sekejap. Nanti akak datang." Pinta Syamimi meleraikan pelukan Syukri.
Syukri hanya mengangguk bersedia menerima arahan dari kakaknya. Dia menghulurkan kembali senduk ditangan kepada Syamimi sebelum melangkah kebilik tidurnya bersama abang-abangnya.
Syamimi pula membentangkan tikar yang menjadi alas tempat untuk mereka makan. Dia menyendukkan nasi yang sudah dipastikan masak ke dalam pinggan masing masing.
Syukri memasuki biliknya. Dia melihat abang abangnya yang sedang tidur dengan pulasnya. Ada yang sedang tidur terlentang. Ada yang sudah hampir terjatuh dari tilam. Ada juga yang tidur sambil memeluk bantal busuk. Siapa lagi jika bukan Syahir dan Syauqi.
Syukri menghampiri tilam dimana menjadi tempat tidur mereka empat beradik. Mereka berkongsi bilik kerana tidak mahu menggunakan bilik arwah mak abah mereka.
"Abang!! Bangun!! Sahur!!" Jerit Syukri. Tiada balasan. Dia menggerakkan tubuh Syabil. Lalu cuba dikejutkan abangnya itu.
"Abang Syabil,bangun sahur. Akak dah siap masak tu." Kejut Syukri. Tiada sebarang reaksi.
"Abang Syahir,sahur!!"
"Abang Syauqi!! Bangun!!"
Tiada sebarang reaksi.
Mereka masih meneruskan tidur dengan pulasnya.
"Syukri? Kenapa menjerit ni?" Syamimi sudah berada dihadapan pintu bilik mereka setelah melihat jeritan dari adik kecilnya ini.
"Kak Mimi;abang tak nak bangun. Puas adik kejutkan." Adu Syukri lalu meraih tangan Syamimi lalu dibawanya kakaknya itu masuk ke dalam bilik.
"Sudah. Biar akak bangunkan abang abang kamu. Kamu tunggu dekat dapur." Syamimi menenangkan adiknya.
Syukri hanya akur. Dia meninggalkan kakaknya bersama abang abang yang masih tidur dengan enaknya.
Syamimi menjalankan tugasnya membangunkan adik adiknya ini supaya bersahur. Dia tahu hari ini Syabil dan Syahir ada latihan bola sepak yang menjadi wakil sekolah untuk pertandingan selepas raya.
Syauqi pula sibuk sepanjang bulan ramadhan kerana latihan nasyidnya. Dia akan ada pertandingan nasyid untuk majlis iktifal hujung ramadhan nanti.
"Syabil! Syahir! Bangun sahur. Kamu berdua ada latihan bola hari ini bukan? Kenalah makan kasi ada tenaga." Syamimi menarik tangan Syabil dan Syahir supaya mereka duduk.
Setelah memastikan bahawa dua adik kembarnya ini bangun barulah dia mengejutkan Syauqi pula.
"Syauqi! Bangun. Kata kamu ada latihan nasyid tengah hari ni? Kenalah makan sikit. Bangun sayang." Syamimi menampar pipi Syauqi lembut.
Syauqi menepis tangan Syamimi yang hinggap lembut dipipinya. Namun dia masih enggan bangun.
"Syauqi kata dia letih. Tak nak bangun sahur pagi ni," ujar Syahir sambil memisat matanya sementara Syabil sudah bergerak ke bilik air.
Syamimi menghela nafasnya. Tahulah dia bagaimana susahnya arwah emak mereka hendak bangunkan Syauqi sahur dahulu.
"Syauqi sayang,bangun sahur. Nanti tak ada tenaga nanti." Syamimi menarik tangan Syauqi memaksa agar adiknya ini duduk.
"Ishh,akak Syauqi penatlah," rungut Syauqi sambil matanya masih terpejam.
"Akak tahu,sahur dulu. Lepas sahur sambunglah tidur balik tapi jangan terlajak subuh." Pujuk Syamimi.
Syauqi hanya mengangguk kemudian bangun dan menuju ke bilik air.
"Akak nak nasi lagi."
"Akak,Syahir pun nak tambah juga."
"Akak,Syabil pun!"
"Kejap akak tengok ada lagi tak nasi dalam periuk tu," Syamimi bangun dari duduknya bagi melihat jikalau baki nasi yang dimasak tadi ada lagi.
Syamimi terdiam. Lebihan nasi yang tinggal hanyalah sedikit. Namun dia ada tiga orang adik yang mengadu masih lapar.
Dia terpaksa membawa periuk nasi itu lalu dituangkan lebihan nasi itu ke pinggan Syauqi.
"Mana boleh Syauqi je yang dapat tambah!" Rungut Syabil.
"Biarlah! Aku yang minta dulu nak tambah!" Syauqi cuba mempertahankan haknya.
"Kita orang ni abang kau. Kau kena patuh dengan kita orang!" Marah Syahir apabila melihat Syauqi melawan.
"Dah lah tu,jangan gaduh! Syauqi biar je makan nasi tu. Syabil dengan Syahir boleh ambil nasi akak. Lagi pun akak dah kenyang."
Perbalahan antara Syauqi,Syabil dan Syahir terhenti. Syauqi menyambung semula makannya manakala Syabil dan Syahir menghulurkan pinggan mereka yang kosong kepada Syamimi.
Syamimi pula membahagiakan lebihan nasinya yang masih penuh sama rata kepada adik kembarnya ini.
Melihat adik adiknya makan dengan berselera sekali. Dia membawa pinggan nasinya yang kosong ke sinki lalu dibasuh.
Dia hanya meminum segelas air dan buah tamar bagi mengalas perutnya sepanjang berpuasa hari ini.