★10 ★

46 7 0
                                    

★★ 10  ★★

Syamimi menjalankan tugasnya seperti biasa. Tapi fikirannya melayang jauh. Ada kalanya dirasakan bagai berada di dunia yang lain.

"Kak~" Panggil Syahir apabila dia melihat Syamimi termenung jauh. Syamimi segara membetulkan duduknya agar dia kembali semula di dunia realiti.

Syahir menghela nafasnya perlahan simpati pada kakaknya. Pada mulanya,dia menuduh Syauqi adalah punca perubahan memdadak kakaknya.

"Akak janganlah sedih lagi. Abang Syabil dengan pakcik Zuhri sedang usahakan mencari Syauqi sebelum malam raya. Akak jangan risau. Fikirkan kesihatan kakak." Pujuk Syahir.

Syamimi merenung adiknya sayu. Dia tahu adiknya tahu bagaimana keadaannya sekarang ini. Tapi dia tidak mampu mentafsirnya.

Syamimi menerkup mulutnya supaya bakteria dari batuknya tidak tersebar. Syahir turut mengusap belakang Syamimi setelah mendengar Syamimi terbatuk-batuk. Dia tahu kakaknya kini kurang sihat.

"Kakak yakinkah kakak boleh tahan sampai berbuka puasa nanti?" Tanya Syahir risau.

Syamimi hanya mengangguk dengan wajahnya yang sedikit pucat. Syahir sekali lagi menghela nafasnya.

"Boleh, akak minta tolong kamu tak?" Tanya Syamimi dengan wajah yang tidak bermaya.  Syahir hanya mengangguk menanti apa bantuan, yang diperlukan oleh kakaknya.

"Boleh kamu belikan akak panadol dekat kedai Pak Daud dan bawa Syukri pergi bazar petang ni?" Tanya Syamimi sekali lagi.

"Boleh kak." Jawab Syahir sambil merenung tepat ke arah Syamimi. Dia tahu jarang sekali Syamimi meminta untuk membeli juadah berbuka di bazar ramadhan.  Kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan sahaja.

****
Rafiq merenung Puan Raudah yang sedang tekun bekerja di kebun sayur mereka. Biasanya dia hanya akan jadi pemerhati sahaja.

Pantas langkah diatur lalu menuju ke arah kebun sayur dibelakang rumahnya lalu membantu Puan Raudah apa yang patut.

"Eh,Rafiq!" ujar Puan Raudah sedikit terkejut dengan kehadiran anak tunggalnya disitu. "Kamu dah kenapa nak tolong ibu hari ni?"

"Salah ke Rafiq nak tolong ibu Rafiq sendiri." Jawab Rafiq sambil tangannya tekun mencabut sayur sawi dari tanah.

"Ibu." panggil Rafiq lalu menghentikan perbuatannya. Puan Raudah lalu gesa menoleh ke arah anaknya yang berada disisinya.

"Kenapa ujian itu datang?" Tanya Rafiq.  Puan Raudah hanya menghela nafas bagi mengumpul kekuatan bagi menjawab persoalan anaknya.

"Kenapa ujian itu datang? Allah pernah berfirman:'bagaimana engkau mengaku yang engkau  telah beriman sedangkan engkau belum diuji.' Rafiq… ujian ni datang bagi menguji keimanan kita pada Allah.  Sejauh mana keimanan hambaNya.

Tapi ujian hidup kita berbeza berbeza berdasarkan kesanggupan kita.  Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza sehingga dia tidak menyangkakan perkara itu akan menjadi ujian buat kita. "

Rafiq hanya menganggum mendengar penjelasan Puan Raudah.  Sedikit sebanyak persoalan yang bersarang dimindanya terjawab.

"Ibu, kematian juga merupakan satu ujian?Kenapa Rafiq tengok Syamimi tabah mengharungi ujian yang dilandanya dan adik, adiknya?"

Puan Raudah hanya mengangguk dengan persoalan Rafiq tadi.  Dia tersenyum dengan pertanyaan itu.

"Kematian juga adalah satu ujian. Allah nak lihat, sejauh mana kita tabah menghadapi kematian yang menimpa keatas keluarga kita. Allah  akan menguji hambaNya berdasarkan kesanggupan hambaNya. Allah tahu syamimi dan adik adiknya kuat hadapi kematian itu.

Allah tahu Syamimi kuat hadapi ujian dalam membesar dan mendidik adik adiknya.  Sebab itulah Allah uji dengan dengan ujian seperti ini."

Sekali lagi Rafiq memgangguk dengan penjelasan ibunya.  Dia mula kagum dengan ketabahan Syamimi bagi mengharungi ujian yang melanda dirinya.

"Cubalah belajar berbaik dengannya.  Ibu percaya Syamimi boleh jadi, sahabat baik kamu." ujar Puan Raudah lagi.

Kali ini dahi Rafiq sedikit berkerut. Tidak mampu otaknya memtafsir apa makna dari kata ibunya sebentar tadi.

"Maksud ibu apa?" Tanya Rafiq sedikit pelik.

"Maksud ibu, cubalah kamu berbaik dengannya. Ambil kekuatan yang ada pada Mimi supaya kamu lebih menghargai kehidupan ini. Cubalah.  Masih belum terlambat untuk kamu belajar erti sebenar Ramadhan ni." pujuk Puan Raudah. Rafiq hanya diam seribu bahasa.

***
Kereta persona Zuhri berhenti betul betul hadapan teratak buruk milik keluarga kenalan rapatnya.  Syabil keluar dari perut kereta milik, seseorang yang telah banyak membantu keluarganya selama ini.

"Esok kita sambung lagi pencarian kita.  Pakcik, rasa tak jauh dia pergi." kata Zuhri setelah anak muda itu berada betu betul disebalah cermin tingkapnya.

Syabil hanya mengganguk sebelum melihat kelibat kereta persona iu hilang dari pandangan mata.

Dia melangkah lesu menaiki anak tangga  rumahnya.  Sunyi.  Pastinya Syahir dan Syukri pergi kebazar bagi membeli, juadah berbuka puasa. 

Dia faham sejak akhir akhir ini Syamimi kurang bermaya untuk memasak dan melakukan tugasnya kerana demam teruk menyerang.

Syabil merebahkan tubuhnya diberanda rumah setelah selesai bersihkan diri. Dia memadang langit yang semakin membiru walaupun hari sudah menunjukkan jam 5 petang. Sesekali fikirannya tertumpu pada adiknya, Syauqi.

Syabil menghela nafasnya lagi.  Kemana sajalah adiknya ini pergi.  Hari ini sudah masuk tiga hari pencariannya mencari, Syauqi namun masih gagal.

"Syauqi, Syauqi.  Kemana sajalah kau pergi dik oi." keluh Syamimi.

"Tak baik mengeluh begitu." tegur seseorang membuatkan Syabil bangun dari pembaringannya.

Dia memandang kearah Syamimi yang sedang, tersenyum memandangnya.  Jelas sekali itu senyuman palsu.  Jelas kelihatan wajah pucat kakaknya.

"Sepertinya kita tak redha dengan apa yang Allah, uji kita." Nasihat Syamimi lembut.

"Ah…begini kak, Syabil bukan mengeluh tapi…" Syabil tidak dapat menghabiskan ayatnya.

"Tapi  Syabil menyesal dapat adik macam tu?" Syamimi memintas kata Syabil. Syabil hanya menelan liurnya tidak berkata. Dia tahu bahawa Syamimi pasti akan dapat membaca fikirannya.

Syamimi melabuhkan punggungnya disisi Syabil diatas beranda itu.  Bahu Syabil diusap lembut. Dia menarik nafasnya perlahan.

"Syabil tahu tak apa yang akak rasa sekarag ni?" Tanya Syamimi kepada Syabil.

"Mestilah, akak sedihkan sebab Syauqi lari?" Duga Syabil. Pantas Syamimi menggeleng kepala. Berkerut dahi Syabil dengan jawapan Syamimi.

"Memanglah kakak sedih sebab Syauqi lari, tapi Syabil kena ingat…jangan sesekali benci pada adik adik, Syabil.  Mereka darah daging kita."

"Kakak Mimi…Syauqi degil. Dia selalu merungut. Dia tak bersyukur dengan apa yang ada."

"Syabil sebagai abang bertanggungjawab mendoakan adik adik. Doa seorang, abang ni inshaa Allah makbul." Nasihat Syamimi lagi.

Syabil hanya mampu tersenyum.  Kagum dengan kesabaran kakaknya atas ujian dan sikap adik, adiknya yang lain.

Ramadhan Yang BermaknaWhere stories live. Discover now