☆☆ 7 ☆☆
Suasana semakin tegang di padang. Syamimi memandang wajah Rafiq yang marah itu tenang.
"Begitu rupanya pandangan awak terhadap anak yatim seperti saya dan adik adik saya. Baiklah jika benar saya keluar ke pekan minta sedekat dan simpati manusia disana,terpulang pada awaklah. Sesungguhnya Allah nampak dan tahu apa yang saya lakukan dipekan sana." Bicara Syamimi tenang.
Rafiq terdiam. Dia memandang wajah tenang Syamimi.
"Seperti apa yang awak cakap saya meminta sedekah dan simpati manusia. Baik,jika saya ni seorang peminta sedekah dan peminta simpati orang,adakah itu salah? Sekurang kurangnya saya tak minta sedekah dan simpati dari awak.
Saya tak minta satu sen pun dari duit yang awak ada. Saya tak harap wang awak,wang sesiapa atau simpati sesiapa untuk beri adik adik saya makan."
Rafiq diam seribu bahasa. Dari kata kata Syamimi tadi ada juga betulnya.
"Jika awak marah pada saya,lepaskan kemarahan awak pada saya. Jangan pada adik adik saya. Mereka masih kecil tidak tahu apa apa. Saya sebagai kakak mereka yang hanya layak terima cacian awak. Bukan mereka. Saya minta maaf dari pihak adik adik saya jika mereka buat salah pada awak."
Rafiq terkedu. Tidak tahu mahu dibalas apa dari kata kata Syamimi. Dia sangat menjaga adik adiknya bagai seorang ibu. Beginikah kasih sayang Syamimi pada adik adiknya?
Rafiq dan kumpulannya berlalu pergi begitu sahaja. Tanpa sebarang kata apatah lagi dengan ucapan maaf. Langsung tiada. Sunyi.
"Kamu semua tak apa apa?" Tanya Syamimi risau dengan keadaan adik adiknya.
Mereka hanya menggeleng kepala. Tahulah Syamimi apa jawapannya. Dia membantu adik adiknya membersihkan pakaian mereka yang kotor kerana tanah. Dia melihat wajah satu persatu adik adiknya yang lebam dan luka. Hatinya jatuh sayu.
"Kakak,okey tak ni?" Tanya Syauqi,hairan. Wajah Syamimi pucat lesi. Tiada lagi warna kemerahan dibibir gadis itu. Hanyalah warna pucat saja yang kelihatan.
"Okay,kenapa kamu semua bergaduh dengan Rafiq?" Tanya Syamimi menduga adik adiknya. Sedangkan dia tahu jawapan itu. Dia hanya mahu dengar dari mulut salah seorang adik adiknya.
"Se..sebabnya si Rafiq tu..hi.."
"Sebab Rafiq tu hina akak? Bukankah akak dah pernah cakap sebelum ni,biarlah apa yang orang nak cakap tentang akak,akak tak heran pun yang penting adik adik akak ni!"
"Tapi kak Mimi,kami geram sangat dengan si Rafiq tu. Dia tak habis habis nak jatuhkan maruah akak."
"Akak pernah cakap dulu. Sabar. Kenapa kamu semua tak sabar?! Kenapa kamu cepat sangat nak melenting! Bukankah Allah dah janji dia akan beri nikmat bagi orang yang sabar kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar." Jelas Syamimi.
Mereka terdiam. Tidak mahu berbalas kata dengan Syamimi. Takut hendak melawan. Syamimi sudah menjadi penganti arwah mak abah mereka. Syamimi menaiki anak tangga rumah perlahan. Dibiarkan sahaja adik adiknya duduk dibawah rumah. Bukan dia marah pada adik adiknya tapi dia tidak suka adik adiknya dikatakan buruk perangai oleh orang kampung.
Syabil dan adik adiknya hanya duduk dibangku bawah rumah berhampiran tempat letak basikal mereka. Mereka duduk termenung seketika. Benarlah kakak mereka seorang yang sangat penyabar.
Terdengar bunyi seseorang sedang memasak didapur. Tahulah mereka bahawa Syamimi sedang memasak juadah berbuka puasa mereka. Mereka menaiki anak tangga memasuki rumah. Semuanya berpusu pusu hendak memasuki bilik air membersihkan diri.
Suasana berbuka puasa mereka sunyi. Tiada gelak tawa dan gurau senda. Masing masing menikmati hidangan berbuka puasa mereka dengan tenang walaupun hanya sekadar sambal tempe dan nasi kosong.
"Kakak," panggil Syabil mematikan suasana sunyi tadi.
"Ermm?" Syamimi menoleh kearah Syabil yang menanggilnya.
"Syabil..Syabil.."
"Syabil nak tambah? Akak ambilkan?" Potong Syamimi belum sempat Syabil menghabiskan ayatnya.
"Bukan. Syabil dan adik adik nak minta maaf pada kakak. Kami tahu kami tak sabar. Kami cepat melenting dan marah. Kakak maafkanlah kami. Janganlah marah kami lagi. Kami hanya ada kakak seorang saja." Tutur kata Syabil dalam debaran dan getaran.
Syamimi sayu mendengar dengan rayuan maaf adik adiknya. Dia sedih dengan ayat terakhir dari mulut Syabil. Dia juga tahu selepas arwah mak dan abah mereka tiada;hanya kepadanyalah tempat kepada empat orang lelaki ini bermanja.
"Tak apa. Lepas ni pergilah solat maghrib. Lepas tu pergi solat terawih. Lepas habis terawih terus balik jangan melencong kemana mana." Nasihat Syamimi.
"Kakak tak ikut sekali ke?" Tanya Syahir.
Gelengan dari Syamimi membuatkan mereka mengerti dan memahami situasi Syamimi. Dia sedang 'cuti'.
"Kakak cuti ke?" Spontan Syahir mananyakan soalan. Pantas kepalanya diluku Syabil.
"Soalan kau biarlah cerdik sikit. Ish tak senonoh betullah perangai kau!" Marah Syabil.
"Ish suka kacau orang! Cepat habiskan makan lepas tu pergi solat. Nanti boleh akak tolong rawatkan lebam dekat muka kau orang tu." Marah Syamimi. Pantas Syabil,Syahir,Syauqi dan Syukri menghabiskan suapan terakhir mereka lalu bergegas untuk solat. Syamimi pula mengemas dapur.
"ADUH! Sakit kak!" Raung Syauqi apabila minyak gamat mengena pada kesan luka dan lebamnya. Setelah pulang dari Solat tarawih tadi Syamimi terus membantu merawat luka dan kesan pergaduhan diwajah adik adiknya.
"Tahanlah sikit. Minyak gamat memang akan sakit sikit. Kalau tak sakit macam mana nak cepat sihat." Ujar Syamimi masih dengan tugasnya. Setiap kali dia mendengar rintihan adik adiknya setiap kali dia menyapu ubat. Pasti jiwanya juga turut menangis.
Tidak sanggup melihat adik adiknya sakit begini. Jika dia mampu,mahu sahaja dia mengantikan kesakitan adik adiknya ini. Biarlah hanya dia sahaja yang menanggung semua sakit itu asalkan bukan adik adiknya.