☆9☆

40 8 0
                                    

☆☆  9  ☆☆

"Kakak! Bila kita nak pergi beli baju raya? Lagi berapa hari lagi nak raya. Syauqi tak nak pakai baju lama!" Bentak Syauqi mengejutkan Syamimi yang sedang mengulang kaji didalam bilik.

"Kan akak kata nanti akak usahakan. Sabarlah. Esok akak dapat gaji kerja dengan cik Kina tu. Kita pergi beli baju raya." Pujuk Syamimi lembut.

"Tak nak! Akak tipu! Dah berhari-hari start dari hari pertama cuti lagi akak dah janji! Tapi akak tipu!"

"Kali ni betul. Akak tak tipu. Esok malam akak minta tolong pak cik Zuhri bawa kita pergi pekan ya. Kamu janganlah marah." Syamimi memegang bahu Syauqi bagi menenangkannya.

Syauqi merentap pegangan Syamimi. Syamimi terkejut. Tidak pernah dia lihat sikap marah adiknya sampai ke tahap begini. Kali ini Syauqi betul betul marah.

"Sudahlah tu. Akak janji. Esok lepas kita buka puasa dan solat maghrib,kita pergi pekan beli baju raya." Syamimi terus memujuk.

Syauqi menolak Syamimi supaya menjauh darinya. Perbuatan itu membuatkan Syamimi tersentap. Hampir saja dia terjatuh oleh sebab ditolak Syauqi.

"Kak Mimi penipu! Kakak selalu janji akan jaga Syauqi dengan baik! Tapi akak tipu! Akak tak pernah bagi apa yang Syauqi minta. Kakak tak sama macam arwah mak dan abah!"

Ayat itu membuatkan Syamimi terkedu. Dia terdiam dengan kata kata Syauqi. Dia tahu Syauqi sedang meluahkan rasa hatinya. Syamimi hanya berdiam diri mendengar.

"Memang akak tak sama macam arwah mak dan abah. Sebab..sebabnya akak hanya kakak kamu."

"Syauqi benci kakak. Kenapa Syauqi dapat kakak macam akak?! Akak tahu semua kawan Syauqi ejek Syauqi adik si peminta sedekah. Syauqi malu kakak! Syauqi dah lama tahan sabar,tapi sekarang Syauqi dah tak dapat tahan! Syauqi benci orang yang menipu macam kakak! Syauqi benci!!"

Syauqi berlari keluar dari bilik Syamimi lalu dia keluar dari rumah. Dia sendiri tidak tahu kemana tempat untuk dia pergi pada waktu malam begini. Syamimi hanya terduduk kaku tidak mampu menghalang perbuatan adiknya itu.

Dia tidak sangka Syauqi akan memberontak. Dia tidak pernah lihat Syauqi memberontak sebegini. Selama ini Syauqi akan ikut sahaja kata katanya dan janji palsu yang dikeluarkan.

"Kakak? Kenapa ni? Apa yang dah terjadi? Kenapa Syauqi berlari keluar? Bukan dah lewat ni?"

Syamimi hanya diam membisu. Bukan dia tidak mahu menjawab. Sebenarnya dia tidak tahu hendak berikan jawapan apa untuk kesemua soalan tersebut. Dia membiarkan Soalan itu berlalu seperti angin lalu.

Syabil berjalan menghampiri Syamimi yang duduk bersimpul diatas tilamnya. Sebenarnya dia tidak berpuas hati dengan reaksi kakaknya.

"Kakak kenapa ni? Kakak okay tak ni?" Syabil memdesak Syamimi supaya bercerita. Syamimi tersenyum sebelum dia menggeleng pantas kemudian dia melangkah menuju kedapur.

"Kenapa akak anggap kami ni macam orang luar?"

Soalan itu sekali lagi menyentapkan lubuk jiwa Syamimi. Dia tidak, berani mahu menatap wajah Syahir yang Syabil.

Syabil menghela nafasnya seraya dihatinya berselawat dan,berisighfar. Dia takut ada berlaku perkara yang tidak dijangka pula.

"Kak,sampai bila kak? Akak tahu tak,perbuatan,akak ni akan menimbulkan,rasa curiga adik,adik terhadap akak. Kenapa akak masih nak,terus berahsia? Terus terang sahaja pada kami."

Syabil bersuara. Sebagai anak kedua,dia sangat merisaukan tentang keadaan satu satunya kakak yang dimiliki didunia ini.

"Ni mesti tentang Syauqi?" Duga Syabil.

Syamimi tidak menjawab,tapi dia hanya berdiam diri. Penuh dengan tanda tanya dan rasa bersalah menghantui dirinya. Dimana salahnya dalam menjaga dan mendidik adik adiknya.

"Ya Allah,ya tuhanku. Engkau maha pengasih lagi maha penyanyang. Engkau yang mencipta langit dan bumi. Pentadbir sekalian alam. Maha suci Allah,sesungguhnya hanya kepadaMu sahaja aku bersujud.

Ya Allah,ya tuhanku ampunilah dosa dosaku,dosa kedua orang tuaku,ampunilah setiap kekhilafan mereka didunia ini. Ya Allah kau ringankanlah azabMu terhadap kedua orang tuaku,kau kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil.

Ya Allah kau ampunilah dosa adik adikku. Segala kekhilafan mereka sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi. Sesunggungnya hanya kepadaMu sahajalah yang Maha mengetahui segala sesuatu.

Ya Allah,engkau kasihilah adik adikku yang masih belum mengenali erti kehidupan,kau selamatkanlah mereka daripada azab azabMu yang perit. Kau timpakanlah segala kesakitan dan derita yang dirasai serta ditanggung oleh adik adikku kepadaku,ya Allah.
Kau lindungilah adik adikku dibawah perlindungan dan payung  rahmatMu, Ya Rabb.

Syamimi merenung sejadah dimana tempat dia duduk kini. Dia rasa tenang selepas menunaikan solat sunat tadi. Dia mula merasai ketenangan dari yang maha pencipta.

"Ya Allah sekiranya cara didikan dan jagaanku terhadap adik adikku adalah salah,kau tunjukkanlah aku jalan yang benar." Syamimi masih terus merenung tikar sejadah itu.

"Aku tak kuat ya Allah. Kau tariklah nyawaku sekiranya itu adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa benci dan marah adik adikku terhadapku."

Tanpa disedari air matanya mengalir. Dia tidak dapat menahan sebak didadanya. Dia menundukkan wajahnya supaya tangisannya tidak akan didengari oleh adik adiknya.

Syahir dan Syukri memeluk tubuh Syabil yang kini berdiri kaku disebalik pintu kayu yang sedikit terbuka.

"Abang Syabil,kakak nak tinggalkan kita ke?" Soal Syukri.

Syabil membatu tidak menjawab pertanyaan adik bongsunya. Dia sendiri buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Ramadhan Yang BermaknaWhere stories live. Discover now