☆☆ 5 ☆☆
Syukri bersandar di tepi dinding pagar sekolah. Dia menutup dahinya dengan tangannya;kerana cuaca agak panas tengah hari itu. Sesekali dia melihat ke arah jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 1 petang.
'Mana akak ni?' Gomel Syukri. Dia masih menunggu.
Dia terlihat kelibat seorang budak perempuan tinggi bertudung putih berjalan menuju kearah pintu pagar. Syukri tersenyum lega.
"Kak Mimi!" Syukri melambai tangan kearah Syamimi. Dia menyandarkan basikalnya di tepi dinding pagar sekolah.
"Syabil dan Syahir balik sendiri," ujar Syamimi lalu dia meletakkan beg sekolahnya didalam raga basikalnya.
"Abang Syauqi mana?" Tanya Syukri apabila tisak terlihat kelibat abangnya yang sorang ini.
"Ouh,Syauqi ada latihan nasyid. Jadi dia akan balik sekali dengan Syabil dan Syahir," Syamimi menerangkan keberadaan adik adiknya kepada Syukri.
"Jadi adik balik berdua jelah dengan akak?" Tanya Syukri sambil menolak basikalnya keluar dari kawasan sekolah sebelum ditunggang.
"Kenapa? Tak suka ke balik berdua je dengan akak?" Duga Syamimi mengusik adik bongsunya. Dia menaiki basikalnya setepah sampai diluar kawasan sekolah.
"Mana ada! Sukalah. Tak adalah abang abang yang lain usik adik manja dengan akak." Jelas Syukri sambil mengayuh basikal bergandingan dengan Syamimi.
Suasana mereka berdua sedikit sunyi. Tiada gurauan dan gelak tawa. Maklumlah hanya Syamimi dan Syukri. Mereka memiliki personaliti yang hampir sama. Yakni pendiam.
Apabila bercampur dengan si kembar Syabil Syahir dan Syauqi yang sedia banyak mulut;barulah mereka akan turut serta bergurau sama.
Syukri menaiki tangga rumah yang reput perlahan lahan sambil membawa beg sekolahnya. Semejtara Syamimi dibawah rumah menyimpan basikalnya dan adik bongsunya.
Syamimi teringat janjinya dengan Mak Saodah ingin membantunya dikebun wanita tua itu selepas sekolah.
Dia teringat akan janjinya,namun Syukri tidak boleh ditinggalkan sendirian dirumah.
"Syukri,kamu nak ikut akak pergi kebun Mak Saodah pukul tiga nanti?" Tanya Syamimi setelah melihat Syukri sedang merehatkan tubuhnya diruang tamu.
"Panaslah kak. Tapi kenapa akak kena tolong mak Saodah pula? Soalan kini dibalas soalan.
"Akak dah janji dengan dia. Lagipun dia kata nak bagi akak upah sikit." Ujar Syamimi masuk kedalam biliknya untuk bersiap menunaikan solat zohor.
Petang itu terpaksa jugalah Syukri mengikuti Syamimi menolong Mak Saodah di kebunnya. Alasan kakaknya mudah. Risau keadaanya apabila tinggal sendiri dirumah. Nak tunggu abang abangnya balik lewat.
"Akak lambat lagi ke? Adik panas ni?" Rengek Syukri sambil menarik lengan baju Syamimi.
"Ish,adik ni sabarlah sikit. Kalau panas;duduk dekat bawah pokok tu. Nanti dah siap akak panggil." Syamimi menunjukkan kearah sebuah pokok yang rendang bersebelahan kebun sayur Mak Saodah.
Syukri akur. Dia berjalan menuju ke arah pokok rendang tersebut. Mujurlah sudah disediakan bagku panjang untuk dia duduk. Lama kelamaan mata Syukri memberat dan akhirnya dia lena dibawah pokok yang rendang itu.
"Syukri! Syukri!" Panggil Syamimi sambil menggerakkan tubuh Syukri lembut.
Syukri mencelikkan kelopak matanya lalu dia memisat misatnya. Tidak sedar bagaimana dia boleh tertidur disitu.
"Akak dah siap ni. Jom balik. Nanti abang abang kamu tu sampai rumah tak masuk pula mereka nanti." Seloroh Syamimi. Syukri hanya mengangguk sahaja kata kata Syamimi. Jelas dia masih mamai.
"Terima kasih Mimi tolong mak cik." Ujar Mak Saodah setelah melihat gadis ini mahu pulang.
"Sama sama mak cik." Jawab Syamimi sambil tersenyum. Dia menyalami tangan tua Mak Saodah sebelum berangkat pulang. Kemudian tangannya seperti ada sesuatu yang berada ditapak tangannya.
"Itu sedekah mak cik untuk kamu. Ambillah. Buat belanja berbuka puasa adik adik kamu." Mak Saodah mengerti kesusahan anak anak yatim seperti Syamimi dan adik adiknya.
Sudahlah dalam usia yang muda sudah menjadi anak yatim piatu.
"Alhamdulillah. Terima kasih mak cik. Semoga Allah melimpahkan rezeki pada makcik."
"Amiin."
"Saya balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Hati hati jalan."
Syamimi memimpin tangan Syukri risau keadaan adiknya yang masih separa sedar. Sewaktu sedang berjalan pulang kerumah dia terlihat kelibat adik adiknya sedang menunggang basikal pulang kerumah.
"Kak Mimi! Akak dan Syukri dari mana?" Sapa Syahir lalu memberhentikan basikalnya diikuti oleh Syabil dan Syauqi.
"Dari rumah Mak Saodah. Akak tolong dia dekat kebun." Syukri memjawab bagi pihak Syamimi.
"Dan kau mesti tidurkan?" Syauqi serkap jarang.
"Mana abang tahu?"
"Tengok kau pun abang boleh tahu. Muka bangun tidur." Ejek Syauqi mengenakan adik bongsu mereka.
"Sudahlah tu. Jangan nak start gaduh dekat sini. Jom balik." Seperti biasa Syamimi menjadi pelerai pergaduhan antara mereka adik beradik.
"Naik sekali kak. Kesian akak dengan Syukri jalan." Pelawa Syabil menyuruh Syamimi membonceng basikalnya. Manakala Syukri membonceng basikal bersama Syahir.
♡AZAN MAGHRIB BERKUMANDANG♡
"Syabil baca doa." Pinta Syamimi lalu semua orang menadah tangan.
"Allahuma lakasumna wabika 'amanna wa'ala rizkika aftaurna birahmatikaya arhama rahimin."
"Jom makan." Sorak Syahir lalu pantas tangannya mencapai pinggan nasi didepan mata.
Syauqi menampar tangan Syahir yang duduk disebelahnya. Syahir pelik dengan tindakan Syauqi lalu berkata.
"Kenapa? Orang dah lapar ni." Syahir memegang perutnya. Sudah beberapa kali perutnya berbunyi. Tidak mahu ada konsert percuma lagi.
"Belum habis lagilah abang Syahir ni." Kata Syukri yang masih menadah tangan. Semua mata memandang ke arah Syabil.
"Allahumma bariklana fima razakkana wakina 'azabanar bismillahhi wa'ala barakatillah." Sambung Syabil. Hampir terlupa dia dengan doa makan.
"Sekarang dah boleh?" Tanya Syahir ragu ragu. Mereka hanya mengangguk. Dengan pantas Syahir mencapai pinggan nasi didepan matanya.
Dia makan dengan berselera. Walaupun hanya nasi berkuah kicap dan telur. Namun mereka bersyukur.
"Alhamdulillah. Selesai sudah hari pertama puasa. Ada 29 hari lagi." Kata Syamimi sambil menyuap nasi kemulut.
"Tahun ni kita nak pakai baju warna apa. Tak sabar nak pergi pekan belanja baru raya."
Terdiam Syamimi dengan ucapan dari Syauqi tadi. Dia sendiri tidak tahu apa mahu dijawab untuk adiknya ini.
"Kau ni baru hari pertama puasa. Dah nak fikir pasal baju raya. Sabarlah dulu. Kita puasa dulu." Pintas Syabil setelah dia dapat menghidu kesenyapan Syamimi.
"Esok hari sabtu kan? Syabil tolong tengokkan budak budak ni boleh?" Tanya Syamimi.
"Akak nak kemana?" Tanya Syahir pula.
"Akak nak ikut Cik Kina uruskan butik muslimah dia dekat pekan. Petang akak balik."
"Akak kerja situ ke?" Tanya Syabil kembali.
Anggukan pendek dari Syamimi membuat mereka mengerti. Suasana makan mereka kembali sunyi.