★☆13☆★
"Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wasalamu'ala mursalin walhamdulillah hirabbail alamin. Setiap yang bernafas pasti akan merasi mati. Kullu nafsin zaa ikatun maut."
Bacaan talkin hanya sekadar memperingatkan kepada yang masih hidup agar sentiasa bersedia kerana nati itu pasti.
Syauqi mengusap tanah merah yang baru sahaja terbentuk sebentar tadi. Tidak sangka dia akan kehilangan satu satunya kakak didalam dunia ini.
Syabil memandang satu persatu wajah adiknya. Syahir,yang hanya duduk tanpa bergerak. Syauqi tidak pula sudah mengusap tanah merah itu. Syukri yang berada disebelahnya memegang erat tangannya dengan mata yang bengkak.
"Mari kita balik." Ajak Syabil namun dia juga masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
Tidak sebarang reaksi dari adik adiknya. Hanya sunyi dan sepi.
"Kesian akak dekat sana. Janganlah macam ni. Inshaa Allah nanti kita akan jumpa akak juga. Janganlah sedih." pujuk Syabil lalu cuba membangkitkan adik adiknya meninggalkan tanah perkuburan itu.
"Abang Syabil tak sedih ke?" tanya Syukri. Syabil menghela nafasnya lalu menoleh kearah tanah merah yang baru terbentuk itu.
"Abang sayang pada akak. Abang ingat pesan akak. Jangan pernah meratapi takdir yang sudah berlaku. Hanya didalam doa kita minta agar kak Mimi,mak dan abah tenang disana."
Mereka terus berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.
"Assalamu'alaikum." Rafiq menegur empat beradik yang dalam perjalanan menuju pulang kerumah.
"Wa'alaikumsalam." Salam Rafiq dibalas sopan. Malas mahu bergaduh ketika ini.
"Takziah atas kematian Syamimi. Abang harap kau semua tabah hadapi ujian ni." pujuk Rafiq. Nada suaranya tidak angkuh dan sombong seperti selalu.
Berkerut dahi empat beradik ini. Pelik dengan cara percakapan lelaki tinggi,sebaya arwah kakak mereka ini.
"Tak salah kita nak kita nak berhijrah. Mimi banyak ajar abang erti sabar,tabah,dugaan dan erti ramadhan. Sekarang abang rasa sayang nak tinggalkan ramadhan. Entah sempat,atau tidak jumpa 'sahabat' baik kita tahun depan."
Mereka tersenyum. Sepanjang hidup danembesar bersama Syamimi juga mereka banyak belajar erti ramadhan sebenar. Betapa nikmatnya ramadhan jika dihayati kehadirannya hanya setahun,sekali.
"Abang kesal tak sempat minta maaf pada arwah." Rafiq meluahkan rasa terkilannya tentang pemergian arwah Syamimi pada mereka.
"Jangalah gitu bang. Arwah dah pun maafkan semuanya. Dia dah halalkan segalanya. Dia nak pergi dengan tenang. Biarlah dia pergi dengan tenang. In Shaa Allah kita jumpa dia disana nanti." Pujuk Syabil.
Rafiq hanya mengangguk sambil mengukir senyum. Tidak sangka dia bahawa adik kepada rakan sekelasnya ini amat tabah seperti mana kakak mereka.
◇♙◇♙◇♙◇♙
Syawal menjelma. Semuanya bergembira. Biarpun, kesedihan masih tersisa dijiwa mereka, namun kenikmatan syawal masih disambut walaupun dengan kesederhanaan.
"Assalamu'alaikum!"
"Wa'alaikumsalam."
Panggilan salam itu,dijawab namun tiada sesiapa diluar rumah. Jam baru menunjukkan jam 7 pagi. Orang pasti sedang bersiap untuk pergi ke surau solat sunat aidilfitri.
"Kenapa berdiri diberanda tu bang? Cepatlah bersiap. Nanti lambat nak ke surau." sergah Syahir kepada abang,kembarnya yang masih berbaju T-shirt dan seluar bottom.
Syabil menoleh kearah adiknya yang sudah siap berbaju melayu lengkap bersamping sedang menyisir rambutnya sebelum disarung,songkok.
Baju melayu hijau pucuk pisang sedondon yang dibelikan Syamimi kepada mereka sebagai hadiah terakhir buat mereka empat beradik.
Syabil segera masuk kebilik menukar baju kerana dia sudah membersihkan diri ketika solat subuh tadi.
Mereka berjalan menuruni anak tangga rumah sebelum berjalan menuju kesurau.
"Terima kasih semua."
Mereka menoleh apabila terdengar suara itu. Terlihat Syamimi yang cantik berjubah dan bertudung putih tersenyum mandamg mereka.
"Selamat hari raya kak,tenanglah kakak disana bersama abah dan mak. Tunggu kami disyurga ya." ujar Syabil sebelum bayangan itu hilang.
"Selamat hari raya kak. Terima kasih."- Syahir
"Terima kasih untuk jasa yang tidak terbalas."-Syauqi.
"Moga jumpa disana nanti kak Mimi."-Syukri.
Kaki mereka terus ringan nelangkah menuju ke surau bagi menunaikan soalt sunat aidilfitri dengan senyuman gembira dan penuh kesyukuran.
Tamat
A/n: Story ni dah habis hingga kepenghujung. Maaf atas salah silap ketika penulisan karya 'Ramadhan Yang Bermakna' ini.
Pengajaran kisah ini mudah bagi yang memahami iaitu:
⚫Hargailah seseorang yang sering menjaga dan mengambil berat pada kita selagi dia masih bernyawa agar kita tidak menyesal apabila dia sudah pergi kelak.
⚫Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki.
⚫Tabah,sabar dan redha dengan segala apa ujian dan dugaan yang Allah limpahkan pada kita.
⚫Bersangka baiklah pada Allah dan redha dengan takdirnya.Salam berjumpa lagi.
Assalamu'alaikum warahmatuhAllah hiwabaratu.