Bab 1

1.6K 93 1
                                    

Raisya menjenguh keluar kelas . Matanya menyilau mencari putera idaman hatinya . 

"Mana dia ni ?,"kata Raisya sambil mencebikkan bibirnya . 

"Woi !,"Raisya terkejut apabila Aminah menyegahnya . 

"Terkejut aku ! Kau ni ! Main sergah - sergah orang pula ,"kata Raisya kepada Aminah . Aminah hanya tersengih . 

"Kau tengok siapa sebenarnya Isya ?,"tanya Aminah . Pandangan turut mengikuti dijatuhkan ke arah yang dipandang oleh Raisya .

Tak lama kemudian , Aminah ternampak kelibat seorang lelaki berbeju biru sedang berjalan mendekati mereka  . Seorang lelaki yang amat dia kenali . Danish . Ketua pengawas sekolah ni . Aminah memandang wajah Raisya yang sudah tidak keruan . Mata Raisya bersinar - sinar seolah - olah baharu memandang intan permata . 

Tahulah Aminah bahawa kawan baik dia ini menyukai Danish . Dia tak hairan sebab memang ramai orang yang meminati Danish . Yalah , siapa tak minat lelaki hensem yang bijak dan merupakan ketua pelajar itu ? 

Mungkin ada dan orang itu ialah dia . Bukan dia tak terpikat dengan kehenseman dan kebijaksanaan Danish malah dia pernah menyimpan perasaan pada Danish tapi tak lagi . Tak lagi sejak peristiwa itu . 

Mana mungkin dia boleh mencintai Danish sejak peristiwa itu . Biar hatinya meronta , menangis , dia tak biarkan hatinya mencintai Danish sebab dia tahu Danish perlukannya sebagai sahabat dan dia tahu hati hati Danish tidak terbuka untuk wanita selain dari yang itu . Selain dari wanita yang bergelar ibu . 

Raisya mencebik bila Aminah dan Danish mula bertentang mata . Dia berasakan dirinya tidak lagi wujud . Perasaannya kuat mengatakan bahawa kawan baiknya mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki yang dminati . Lagipun , siapa tak tahu yang Danish dan Aminah itu sudah berkawan sejak kecil dan berjiran pula itu . Hati Raisya diusik cemburu .

"Mina , ikut aku jap ,"Danish mula bersuara .

"Apa ? Ok ,"Aminah mula mengikut langkah Danish . Nasib baiklah masa prep kalau tak tak mungkin dia ikut .

Sampai di suatu kawasannya yang agak sunyi , Danish duduk bercangkung . Tubir matanya basah dengan air mata . 

"Mina , aku mimpi ibu sekali lagi Mina . Apa aku nak buat ? Aku rasa bersalah atas semua ni . Patut ke aku beritahu polis apa yang berlaku sebenarnya Mina ?,"luah Danish sambil menangis perlahan . 

"Kau tak boleh , Nish . Nanti 'dia' akan cari kau ,"balas Aminah . Aminah risau . Dia risau yang 'dia' akan mengapa - ngapakan Danish . 

Danish hanya mengangguk setuju . Walaubagaimanapun hatinya masih tidak tenang . Jawapan Aminah masih sama seperti dulu . Danish tahu jika dia memberitahu polis , apa yang akan berlaku adalah dia mengancam nyawa , sekali lagi .



Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now