"Kau tak akan hidup lama budak . Hari ni aku lepaskan kau tapi bukan selamanya "
Danish membuka matanya dan cuba untuk bangun tapi dia tak boleh . Bahunya luka dan penuh dengan darah .
'Suara siapa tu ? Apa yang dia nak ?'
Kepala Danish sakit .
'Perempuan ? Rambut pendek dengan kot dan but hitam ? Siapa ? Aku tak dapat lihat mukanya tapi ditangannya ada pisau tajam penuh dengan darah .. Siapa dia ?'
Danish tidak dapat lihat apa - apa lagi . Apa yang dia nampak hanya darah dan ibu bapanya bermandian darah .
"Danish anak yang baik "
Danish membuka mata . Wajah kacaknya dilitupi peluh . Lagi . Sekali lagi dia menerima mimpi yang sama cuma mimpi ini agak berbeza . Siapa perempuan itu ? Adakah dia ialah orangnya ? Orang yang membunuh ibu dan abahnya ?
Danish keliru . Tanpa membuang masa , dia bangkit . Jarum jam menunjukkan angka 5 . Dia harus mandi , solat dan bersedia untuk ke sekolah .
Selesai mandi dan solat , Danish turun ke dapur . Kelihatan Daisy baru hendak memasak . Apron dicapai dan dipakaikan ditubuh agar baju tidak kotor .
"Sayang along baru nak masak ke ? Sini along tolong ,"kata Danish mendekati Daisy yang sedang memotong bawang merah .
"Along nak tolong ? Ni tolong goreng telur . Adik nak masak nasi goreng telur mata ,"kata Daisy dengan tangan yang tangkas bergerak .
Adiknya itu terus membuat nasi goreng ayam . Danish tersenyum melihat kecekapan adiknya memasak . Memang sejak ibunya pergi , adik bongsunya ini yang melakukan kerja - kerja memasak dan mengemas . Kadang - kadang Danish kesian dengan adiknya yang masih muda itu . Baru berusia 12 tahun tapi semua kerja rumah dilakukannya sehingga tiada masa untuk bermain dengan rakan - rakan .
Usai siap mengoreng telur , Danish terus membantu menyediakan air tea 'o' panas . Selepas semuanya selesai , adik - adiknya yang lain turun dan menjamah sarapan .
"Daisy , Danisha , hari ni ada kelas tambahan ke ? Sebab maksu tanya nak ambil kamu pukul berapa sebab hari ni maksu ambil ,"kata Danish .
"Nanti Sha mesej dia ,"balas Danisha lalu mencapai tangan Daisy , mengajak kembarnya keluar kerana bas sekolah sudah sampai .
"Bye , along , angah , alang . Sha dengan adik pergi dulu ,"kata Danisha dan Daisy lalu menaiki bas sekolah mereka .
Danish turut keluar . Dia harus ke sekolah cepat kerana hari ni ada majlis penting . Sampai di sekolah , Danish ternampak kelibat kawan baiknya , Shahrul dan Aiman .
" Sharul , Aiman , good morning ,"tegur Danish mesra .
"Morning , Nish ,"balas mereka bedua mesra .
"Hei , korang ! Kau ada dengan tak yang kita akan terima cikgu inggeris baru dari New York ?,"kata Aiman dengan nada teruja .
"Orang putih ke ?,"soal Shahrul .
"Tak , orang melayu tapi dah 15 tahun menetap kat sana ,"balas Aiman lagi .
"Lelaki ke perempuan , Man ? Kalau perempuan , mesti seksi . Tak suka aku ,"balas Danish dengan wajah yang sukar ditaksirkan .
"Unfortunely , perempuan tapi seksi tu tak pasti ,"balas Aiman .
"Eh , kejap ! Camne kau tahu semua ni ?,"soal Shahrul kepada Aiman .
Aiman tersengih . Danish dan Shahrul menggelengkan kepala , sudah masak dengan perangai Aiman yang satu ni . Harap je pengawas budak ni sorang tapi aduh ! Tak tahu nak buat apa dengan perangainya yang satu itu .
"Apa ?! Biarlah ,"kata Aiman apabila melihat reaksi kawan - kawannya .
"Tak baik curi - curi dengar orang bercakap ,"nasihat Danish sebelum mereka semua memasuki Dewan Gemilang .
YOU ARE READING
Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)
Mistério / Suspense(siri 3) Danish mempunyai satu kisah silam yang tidak mahu diingati . Raisya menyukai Danish namun satu tragedi demi tragedi berlaku dan Raisya seperti hilang arah . Adakah berada disisi Danish itu satu pilihan yang tepat atau meninggalkannya adal...