Bab 16

844 53 2
                                    

Aminah keseorangan di rumah . Dia tak ikut orang lain ke pantai untuk berenang kerana dia ingin memasak makan malam untuk semua .

Selepas siap memasak dan menghidang makanan , hati Aminah terdetik untuk pergi berjalan - jalan di dalam rumah . Sedang dia berjalan - jalan, dia terpandang bilik dibahagian bawah. Aminah curiga kenapa mereka semua tidak boleh menggunakan bilik ni ? Kerana sikap ingin tahu, Aminah mendekati bilik itu.

Pintu bilik dipulas perlahan. Tidak berkunci. Aminah membuka pintu bilik itu. Terbuntang matanya melihat isi bilik itu. Di dindingnya digantung potret - potret yang Aminah amat tahu siapakan orang dalam lukisan itu.

Aminah melihat potret itu secara dekat. Satu persatu dilihatnya. Potret satu , Dato ' Ahmad . Potret kedua, Datin Dayang . Potret ketiga, Daniel Haziq . Potret keempat , Zuhayr Yalina. Potret kelima, Dian Hafizah. Potret keenam, Azrul Hakim. Potret ketujuh , Danish Haikal.  Potret kelapan , Dani Hadiy . Dan potret di sebelahnya , Aminah  . Ya , itu dia. Tapi kenapa semua potret ini ada di sini ?

Adakah ‘dia’?

“Arrrgh!,”Aminah menjerit apabila kepalanya terasa sakit akibat dipukul dari belakang. Aminah menyentuh kepalanya. Dia dapat merasai cecair di kepalanya.

Aminah cuba membuka matanya , cuba melihat gerangan siapa yang telah memukulnya . Namun segalanya kabur . Aminah akhirnya memejamkan matanya menahan sakit yang dirasai . Segalanya gelap .

Akhirnya , Aminah jatuh dalam kegelapan yang menyakitkan . Hilang dalam kesakitan yang tidak terhingga .

***

"

Amy ! Amy ! ,"panggil Dani , masih berdiri di hadapan pagar homestay mereka . Dia baru sahaja balik dari pantai dan terlupa yang kunci homestaynya dipegang oleh Danish .  Setelah beberapa kali memangggil Aminah , Dani akhirnya cuba membuka pintu setelah tiada tindakbalas daripada Aminah .

Pintu diketuk beberapa kali namun tetap tiada tindakbalas daripada Aminah . Dani cuba memulas tombol pintu rumahnya dan ... tidak berkunci ? Dani mencari kelibat Aminah di dapur namun hampa .. Dani hanya dapat melihat makanan sudah terhidang cantik di bawah tudung salji . Makanan tersebut masih panas menandakan ia baru sahaja dimasak .

Dani dalam kerisauan . 'Mana tunang kesayangan aku ni ?,'hati Dani tidak keruan apabila batang hidung Aminah masih tidak kelihatan walaupun sudah lima kali dia mencari meronda rumah ini .

Semua tempat dah diterokai , semua bilik dah dimasuki kecuali satu , bilik tidur dibahagian bawah ...

Dani mendekati bilik di tingkat bawah itu . Tombol pintu dipulas . Dani terpampang ...  Darah . Bilik itu penuh dengan darah . Lantainya merah dengan darah segar yang masih basah . Dani hampir pengsan .

Apa yang terjadi dengan Aminah ? Siapakah yang lakukan semua ni ? Dan kemanakah Aminah ? Pelbagai soalan bermain di fikiran Dani namun satu yang pasti , Aminah yang amat dia cintai perlu dicari . Dani mendail nombor seseorang .

"Assalammualaikum , uncle Is "

Dani kerisauan . Dia mendoakan kesejahteraan Aminah . Dia harap Aminah tidak apa - apa ...

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now