Bab 24

817 51 3
                                    

"Miss, are you ready? We will go to the villa now,"kata Sam kepada ketuanya.

"I am ready. Where everyone else? ,"soal wanita yang berusia di awal 30-an itu.

"In the van, waiting for you miss,"kata Sam dan wanita itu hanya mengangguk .  Sam memandang ketuanya yang sedang mengambil semua barang yang yang kemaskannya sedari tadi dan berjalan seiring dengan anak buahnya . 

"Let's see what she can do. After all these years, finally, we can detect her. The mean killer, of course,"kata Miss Light, ketua detektif kumpulan mereka . Daripada apa yang Sam dengari , ketuanya itu telah 10 tahun berada dalam unit khas ini . Daripada budak mentah hingga menjadi wanita dewasa dan ketua kumpulan . 

Pelbagai kes mereka telah selesaikan - kes pembunuhan , rompakan dan paling teruklah kes rogol - tak pernah gagal namun satu kes pembunuhan bersiri yang telah bermula lebih 20 tahun dulu masih tidak dapat di selesaikan . 

Semuanya bermula daripada kes kemalangan Dato ' Ahmad dan Datin Dayang . Miss Light masih ingat apa yang berlaku ...

21 tahun lepas...

Dia baru berusia 12 tahun namun perasaan ingin tahu kebenaran amat kuat dalam dirinya . 

Satu malam , semasa baru ingin pulang ke kelas tuisyen , gadis berusia 12 tahun itu melihat sepasang suami isteri yang berada di lewat 40-an melintasi pusat tuisyen yang dihadiri gadis tersebut . Wajah mereka terpampar senyuman indah nan bahagia . 

Wanita tersebut tersenyum ke arahnya . Dia menghulurkan coklat kepada gadis itu sebelum berlalu pergi . Gadis itu sempat menangkap kata - kata wanita yang baik hati itu ,

"Comelkan budak itu . Tengok dia buat saya rindulah dekat Dian "

Tak lama selepas pasangan itu berlalu , seorang perempuan yang berusia awal 20-an melintasi kawasan tersebut . Perempuan tersebut agak seksi . Dia memakai T-shirt ketat bersama skirt pendek atas lutut dengan boot hitam yang menutup seluruh betisnya . Namun perempuan tersebut memakai hoodie yang juga berwarna hitam , menutupi wajahnya namun gadis yang baru sahaja berusia 12 itu tahu disebalik hoodie itu terselindung rambut hitam yang panjang . 

Mata gadis kecil itu tertangkap sesuatu . Perempuan seksi itu mempunyai pisau yang terselit di pahanya . Kalau di lihat seimbas lalu , tiada siapa akan perasan namun apabila diperhatikan pisau itu wujud . Dengan rasa penuh ingin tahu , gadis kecil itu mengikuti perempuan seksi itu tanpa dia sedari . 

Dari situlah , dia , gadis yang baru sahaja berusia 12 tahun menyaksikan pembunuhan yang akan dia ingati sepanjang hidupnya . Lorong yang gelap itu tidak akan dia lalui lagi kerana bayang 'dia' masih ada . Perempuan seksi yang amat kejam . 

...

Masa itu dia masih kecil , jadi apa yang dia lihat  , dia pendam sendiri namun selepas 19 tahun , 'dia' masih mencari mangsa . Kali ini dia tidak akan biarkan perkara ini berterusan . Dia , ketua detektif unit khas , akan tangkap perempuan itu dengan tangannya sendiri . Perempuan seksi yang kejam itu .

Itu janjinya . 

Di hadapan sebuah villa...

Dani dan Azrul bersama konco - konconya masing - masing memegang senjata api . Mereka masuk secara senyap namun sesenyap mana pun mereka , 'dia' tetap mengesani kehadiran mereka yang bagi 'dia' mencerobohi kawasan miliknya . 

Ancaman . 

'Dia' memandang Aminah . Satu idea datang ke fikirannya . 'Umpan?,'  fikirannya dan ketawa jahat mula kedengaran . Muahahaha .  Aminah menggelengkan kepalanya apabila mengetahui pembunuh itu ada idea yang mungkin akan merbahayakan dia dan tunangnya .

Dani dan Azrul bersama pengikutnya yang cuba menyelinap tiba - tiba diserang oleh sekumpulan lelaki berhoodie . Azrul menyuruh Dani masuk sementara dia dan pengikutnya yang lain selesaikan sekumpulan lelaki yang baginya kurus dan mudah ditewaskan kecuali jika dia tahu mereka bukan lelaki namun robot !

Berdas - das tembakan telah dilepaskan namun tidak memberi kesan kepada robot  tersebut kerana ia diperbuat daripada besi dan mempunyai lapisan anti-peluru yang tebal . 

Manakala Dani secara sembunyi dan berhati - hati , melangkah masuk ke villa tersebut . 

Sebaik sahaja masuk ke dalam villa itu , Dani melihat ballroom yang luas dan tunangnya berada di antara dua tangga utama . Duduk di atas kerusi dengan mulut , tangan dan kakinya diikat . Sesuatu kelihatan tidak kena kerana ia terlalu mudah namun akibat terlalu risau akan kekasih hatinya , Dani meluru ke arah Aminah . Aminah menggelengkan kepalanya , menyuruh Dani menjauhinya namun tindakannya tidak diendahkan kerana Dani menganggap Aminah teruja melihatnya . 

Dani membuka ikatan di badan Aminah . Sebaik sahaja ikatan mulutnya dibuka , Aminah terus memberi amaran kepada Dani .

"Danny , lari ! Saya hanya umpan untuk dia bunuh awak ,"kata Aminah sebaik sahaja Dani menarik lengan bajunya . Mendengar kata - kata Aminah , dia terhenti . Dani mengangkat wajahnya dan dia melihat sepucuk pistol dihalakan ke arahnya .

'Oh , trap !,'bisik hati kecil Dani . 

"Hello , Dani . Seen like you will die soon ,"kata wanita berhoodie itu dengan senyuman sinis di wajahnya . 

Dani menarik Aminah untuk berada di belakangnya . 

"Or maybe now ,"kata perempuan itu dan 

Bang !





Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now