Bab 25

872 52 5
                                    

'Bang!!!'

"Amy !!!"

Bunyi tembakan dan jeritan Dani kedengaran . Selepas itu , hanya darah yang merah kelihatan . Memenuhi ruangan ballroom yang luas itu . Tangan sasa Dani memangku badan Aminah yang mula basah dengan darah . 

Flashback...

"Danny , lari ! Saya hanya umpan untuk dia bunuh awak ,"kata Aminah sebaik sahaja Dani menarik lengan bajunya . Mendengar kata - kata Aminah , dia terhenti . Dani mengangkat wajahnya dan dia melihat sepucuk pistol dihalakan ke arahnya .

'Oh , trap !,'bisik hati kecil Dani .

"Hello , Dani . Seen like you will die soon ,"kata wanita berhoodie itu dengan senyuman sinis di wajahnya .

Dani menarik Aminah untuk berada di belakangnya .

"Or maybe now ,"kata perempuan itu dan

Bang !

Dani memejamkan matanya namun dia melihat satu kelibat berdiri di hadapannya dan sepantas kilat , peluru itu mengenai tubuh dihadapannya .

"Amy !!!" 

Orang itu ialah Aminah .

Ya , dia bakal kehilangan bakal isterinya .

Peluru itu tepat ke jantungnya . Tiada harapan . Dia akan mati .

"Amy ! Bangun Amy ! Danny tahu Amy masih hidup ,"kata Dani dengan tangis yang mengalir di pipinya . 

"Danny , Amy sayang Danny . Danny , cari penganti Amy tau ? Am..my nak .. Dan..ny hap..py .. Ja..ngan.. na..ngis ..tau.. Pro..mi..se..? ,"kata - kata Aminah mula tersekat - sekat . Dengan kalimah Allah , dia menutup mata dengan hembusan nafas yang terakhir . 

"Promise...,"kata Dani . Setelah itu dia sedar , 'dia' tiada disini . Wanita berhoodie telah menghilangkan diri . 

Tiba - tiba polis munculkan diri . Sebaik sahaja polis mendekati , dia cuba mengelap air mata namun suaranya yang jelas bergetar tidak dapat menafikan hakikat dia baru sahaja menangis . 

"Encik , encik ni siapa?,"soal polis itu apabila melihat Dani terduduk kaku dan memangku mayat yang penuh darah . 

"Saya tunang dia dan dia dah mati ,"balas Dani senada , jelas terpapar kehilangan di matanya . 

“Encik, ikut saya . Terdapat ambulance di luar ,”kata polis itu. Dani mengangkat Aminah dan meletakkannya di atas katil beroda milik ambulance. Dia juga masuk ke dalam ambulance itu. Apabila di suruh naik ambulance lain, dia mengatakan the dirinya tidak cedera. Ya, tidak cedera pada fizikal namun sebenarnya amat parah di rohani. Tunang dia mati di tempat kejadian kerana ingin menyelamatkan nyawanya. Dani menangis secara diam.

Dia sempat menangkap mata abangnya sebelum naik ke ambulance. Mata abangnya penuh dengan harapan tetapi dia mengelengkan kepala yang dia tahu menghancurkan harapan abangnya. Dani bersama jasad Aminah di bawa ke hospital.

Orang - orang Azrul dan Azrul sendiri pun menaiki ambulance. Ramai yang cedera akibat berlawan dengan robot besi anti peluru yang gagah lagi keras itu.

Polis dan Iskandar tiba serentak. Dari luar pagar , mereka terdengar bunyi tembakan dan bergegas masuk ke villa itu . Apabila masuk ke dalam villa itu, polis melihat beberapa orang lelaki sedang bertumbuk dan beberapa orang lagi telah jatuh kepenatan dan cedera. Wujud polis datang bersama ambulance.

Semasa polis terganggu dengan suasana di luar , ‘dia’ telah melarikan diri. Apabila masuk ke dalam, hanya Dani dan Aminah yang berlumuran darah kelihatan.

Danish sukar menerima hakikat bahawa sahabat rapatnya telah pergi. Apabila melihat reaksi Dani, Danish tahu dia telah kehilangan wanita yang penting dalam hidupnya. Wanita yang membantunya berdiri dan menghadapi rintangan hidup. Wanita yang bernama Siti Aminah. Wanita yang paling hebat dia pernah kagum. Kawan baiknya.

Danish menangis. Iskandar memeluk bahunya, memberikan Danish kekuatan. Mereka ke hospital. Di hospital, doktor telah memaklumkan kematian Aminah kepada mereka. Aminah mati di tempat kejadian. Peluru itu tepat ke jantungnya. Ibu bapa Aminah terkejut apabila mendengar berita itu.

Majlis perkebumian dilakukan ke esokan harinya. Danish memandang adiknya, Dani, satu - satunya insan yang tinggal di tanah perkuburan itu. Dia memandang tanah kubur yang masih merah. Dia terima hakikat yang tunangnya sudah pergi tapi kesedihan masih menguasai diri. Lebih - lebih lagi Aminah mati di hadapan matanya.

Semalam dia telah di soal siasat . Apabila menerangkan segala benda yang berlaku, lidahnya tiba - tiba kelu, suaranya bergetar dan pipinya basah dengan air mata. Kejadian itu bermain di fikirannya dan polis menenangkan Dani . Pihak hospital memberitahu bahawa Dani mengalami trauma selepas apa yang dia alami.

Danish memandang Dani . Dia memeluk bahu Dani , menyumbangkan kekuatan jiwa kepada adik kesayangannya. Mereka masuk ke dalam kereta dan meninggalkan tanah perkuburan itu.

Keadaan senyap hingga mereka tiba di rumah .

Tiba di rumah, Dani masuk ke dalam biliknya . Kepalanya di sandarkan di pintu. Bingkai gambar yang terpapar gambar dia dan Aminah sewaktu kecil dipeluk erat. Tangisan memenuhi ruang bilik Dani .

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now