Bab 39

730 45 3
                                    

"Mak su ! Kenapa mak su buat semua ni ? Apa salah abang Danish pada mak su ?,"rayu Rasiya . Keadaan semakin teruk . Dia sudah maklumkan kepada ketuanya jika dia tidak berada di rumahnya selepas 24 jam dan berada di tempat asing , pergi selamatkannya . Dan sekarang sudah 21 jam berlalu dan dia masih terikat di tempat yang sama . 

Cip yang sudah tertanam dalam badannya membolehkan agensinya menjejakinya .

Nampaknya dia terpaksa juga tunggu bantuan . Memandangkan secara tiba - tiba dia berasa loya dan pening kepala kerana bau bunga ros yang kuat di sekelilingnya menyebabkan badannya telah diletakkan dalam mood sensitif . 

"Kenapa Isya ? Kamu tak boleh tahan dengan bau bunga yang kuat itu sehingga merayu dengan saya ? Setahu saya lahkan awak ni seorang agen yang tidak berhati perut atau awak nak suruh saya tambah bunga ros lagi ,"soal Rania . Tidak mempedulikan rayuan Raisya . 

"Mak su...,"panggil Raisya dalam sedu . 

"Mak su ? Siapa Mak Su kau ? Aku Rania lah ! Professor Rania Abdul Salam ! Pakar Robotik paling masyur di dunia ,"balas Rania megah lalu membelakangi Raisya . Tiba - tiba bahunya terhenjut - henjut dan sedu kedengaran . 

"Tapi sehebat mana pun aku , dia tetap tak pandang aku ! Lelaki tua itu memang tak guna ! ," kata Rania dalam tangisannya . Dan tiba - tiba tangisannya terhenti . Dia berdiri dan berjalan mendekati Raisya .

"Maaf , I memang nak cerita panjang pasal segala - galanya tapi sebelum itu kita kena tunggu suami kesayangan dan adik ipar awak datang ,"bisik Rania sambil memegang kejap wajah Raisya . 

Raisya memandang Rania dengan pandangan pembunuh . Rania ketawa besar . 

"Kenapa ? Takut I mengorat suami awak ke ? Hahaha ,"Rania ketawa lagi . 

Kringgg ~ kringgg

"Oh , tengok itu ! Nampaknya lelaki kesayangan awak dah sampai ,"kata Rania dengan suara manja . Wanita umur 47 tahun yang nampak sangat muda berbanding usianya ? Yeah ... 

"Don't you dare to touch them !!!,"jerit Raisya kuat . Hatinya diulit risau yang mendalam . 

"Don't be like that ... I just want to have fun,"kata Rania sebelum mendekati pintu zink yang agak besar itu . Untuk pengetahuan semua , ini ialah sebuah kilang milik Rania .

"Bawa mereka masuk ,"kata Rania sebaik sahaja dia membuka pintu . Jam dikerling . 

"Wow , tepat pada masanya ! Tepat pukul 12 . 30 ,"puji Rania kepada dua orang lelaki yang dipeluk kemas oleh robot yang dua kali ganda lebih besar daripada saiz mereka . 

"Ikat mereka ,"senyuman manis Rania terus mati dan wajah membunuh terpacar di wajah anggunnya . 

Danish dan Dani diikat pada kerusi dan diletakkan bertentangan dengan Raisya kerana dikeliling Raisya telah dipenuhi dengan bunga - bunga ros . Jarak di antara mereka lebih kurang satu meter setengah . 

"Sayang ? Sayang ok ?,"soal Danish dengan nada penuh kerisauan . Siapa tak risau kalau isteri tersayang diculik ? 

"Abang , Rai ok je ,"kata Raisya juga menenangkan Danish . Lihat wajah risau Danish sahaja telah meruntuhkan jiwanya . Rania memang bijak ! Dia tahu kelemahan utama Raisya iaitu Danish . 

"Sudah - sudah dengan drama cinta korang tu ! Let 's go to our biggest topic ,"kata Rania lalu berdiri di antara Danish dan Raisya . Jari dipetik dan kerusi kayu muncul . Rania duduk bersilang kaki . 

"So, Nish! Now you know who killed your parents ... ,"kata Rania sinis . Senyuman diukirkan ke arah Danish . 

"Why, doc ?! Why you do all this? Doktor Rania yang I tahu takkan buat semua ni ,"kata Danish separuh merayu . 

"Who Doctor Rania ?! I'm Professor Rania and please! You asked me why ?! Kau tahu tak apa yang datuk kau buat kat aku ? Kat keluarga aku ? ,"soal Rania dalam jeritannya . Marah , sedih , sakit , segala rasa bercampur - baur dalam hatinya .

"What ?! I don't know what my grandpa did to you and why you hate so much,"kata Danish namun dengan nada sederhana . Api tak boleh lawan api . Itu prinsipnya . 

Dani sedari tadi hanya memerhati dan mendengar segala - galanya . Terdetik juga di hatinya perasaan ingin tahu sebab Rania cuba membunuh dirinya dan keluarganya . 

"Kau nak tahu ceritanya ?,"soal Rania dan mereka bertiga mengangguk . 


Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now