Bab 32

709 50 0
                                    

Telah hampir tiga minggu Danish dan Raisya berkahwin . Mereka gembira bersama . Tinggal beberapa hari lagi sebelum cuti semester Raisya tamat dan Danish mula berkerja . Mereka belum berpindah atas alasan ingin bersama adik - adik Danish .

Yang tinggal di rumah itu hanya Danish , Raisya , adik - adik Danish , Azrul , Iskandar dan Johana . Selesai solat isyak , masing - masing membuat hal masing . 

"Apa kata kita buka hadiah nak ?,"soal Raisya dengan wajah ceria . Seri pengantin masih jelas terpancar di wajahnya . 

"Jom !,"ajak Danish . Hadiah yang telah di susun di ruang tamu di dekati pasangan suami isteri itu . 

Sebuah kotak berbalut gambar band The Boys Princess dicapai . Lihat daripada luar sahaja , Danish dah tahu hadiah itu daripada siapa . Pembalut di buka penuh tertib . Kelihatan dua buah kotak  yang mengandungi headphones and mp3 berjenama The Boys Princess . Daiyan secara kebetulan lalu di ruang tamu di pandang oleh suami isteri itu tajam . 

"Mmmh , orang tu mentang - mentanglah vokalis dan ahli perniagaan , semua guna yang dia ya ? Pembalut kumpulan dia , hadiah pun produk syarikat dia , lagu - lagu dalam ni pun semua lagu nyanyian dia ,"sindir Danish dan Daiyan tersengih . Bukan dia tak tahu yang alongnya itu peminat no. 1 kumpulan The Boys Princess a.k.a. kumpulannya . 

Satu kotak dicapai , hadiah yang diberikan oleh Danisha ialah baju tidur seksi ! Ish , budak itu baru 17 tahun ! Kotak lain dicapai , pelbagai hadiah yang mereka terima ; seterika , tuala mandi , set memasak , pinggan mangkuk , kain batik dll . 

Satu hadiah menarik hati Raisya . Dia tahu hadiah itu daripada Dani . Tangan suaminya digapai dan digenggam erat . Hatinya kuat mengatakan hadiah itu sesuatu yang istimewa . Dikuatkan semangatnya membuka balutan hadiah itu . 

Satu album yang sangat indah rupanya menjamu mata pasangan suami isteri itu . Di hadapannya , tertulis ,'dari Dani dan Aminah ... Semoga anda bahagia bersama '

Terdapat pelbagai gambar yang menangkap Danish yang curi - curi memandang Raisya , begitu juga dengan sebaliknya . Dari Raisya tingkatan satu pula itu . Danish dan Raisya takjub memandang gambar - gambar yang di tampal di dalam album buatan sendiri itu . Bagi mereka itu hadiah yang paling bermakna untuk mereka berdua .

Setelah puas membelek album , mereka berdua pun beralih ke hadiah yang lain . Mata Raisya tertangkap satu hadiah yang besar dan setebal 3 inci .  Raisya mengapai hadiah itu . Danish sibuk mengemas hadiah dengan membahagikan hadiah ke tiga jenis iaitu alatan dapur ; gelas , pinggan mangkuk , set memasak . Juga barang keperluan seharian ; tuala , kain batik , kain pelekat , sabun spa dan baju tidur seksi ? dan akhir sekali , barangan lain ; album , barang perhiasan , seterika , headphone dan mp 3 . 

Danish terkejut bila isterinya itu tiba - tiba terjerit . Matanya terus dipalingkan  ke arah Raisya . Isterinya dipeluk erat . Potrait di hadapannya itu amat meruntuhkan jiwanya . Lukisan di hadapannya itu kelihataan sangat nyata seperti sebuah gambar , pasti pelukisnya juga seorang yang handal namun apa yang digambarkan dalam lukisan itu amat menggerunkan . Seorang perempuan berbaju putih sedang menekup muka seperti menangis sedang meriba seorang lelaki berpakaian baju melaju putih yang bermandian darah , darah lelaki itu memerahkan baju putih perempuan itu . Di belakang mereka ada empat mayat bergelimpangan - wajah mereka seperti adik - adik Danish ; Dani , Daiyan , Danisha dan Daisy. Lukisan itu dicatkan merah sebagai latar belakang . Merah darah . 

Pelukannya dikemaskan lagi . Adik - adiknya yang mendengar jeritan kakak ipar mereka terus berlari ke ruang tamu . Daisy yang melihat lukisan itu terduduk dan Danisha memeluk adik kembarnya erat . Mata Danish bertemu dengan mata Daiyan . Walaupun muka Daiyan kelihataan selamba tanpa perasaan namun Danish tahu jauh di sudut hatinya , Daiyan penuh dendam terhadap insan yang membunuh ibu bapa mereka . 

Dani mengenggam penumbuk . Dia takkan biarkan 'dia' menganggu kebahagian abangnya sepertimana yang telah dilakukan terhadapnya . Dani berjanji akan membawa 'dia' ke muka pengadilan . 

Danish tahu lukisan itu adalah amaran oleh 'dia' . Amaran bahawa dia takkan bahagia namun sesuatu dia tersedar tentang lukisan itu , 'dia' berniat untuk membunuh dirinya dan adik - adik tapi bukan Raisya . Danish harap telahannya benar , dia tak sanggup membiarkan isterinya terluka kerananya . Biarlah hanya dia yang terluka dan cedera sebab Raisya tiada kena mengena dengan hal ini . Dia harus selesaikan hal ini secepat mungkin .

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now