Rania merintih pilu namun apakan daya , nasi sudah menjadi bubur . Bubur yang penuh dengan penyesalan yang nyata . Dia merenung dirinya sendiri . Pakaian yang dipakainya sekarang jelas menunjukkan dirinya sebagai banduan penjara dan ini semua berpunca daripada tangannya sendiri . Tangan yang pernah diseliputi darah merah . Tangan seorang pembunuh .
"Awaklah pembunuhnya , Rania . Awaklah membunuh keluarga awak sendiri . Jangan tuduh orang lain atas kesalahan awak ,"Rania teringat kata - kata daripada Iskandar , peguam yang turut menyiasat kesnya .
Rania sedar jika dia tidak mengikut hasutan syaitan ketika itu pasti nyawa - nyawa insan yang tidak bersalah itu boleh diselamatkan dan masih tersenyum riang . Bukan seorang atau dua yang mati di tangannya namun lebih daripada sepuluh orang .
Peristiwa dua puluh tahun lalu terlayar di mindanya , peristiwa yang menjadi sejarah titik hitam dihidupnya . Malam itu sepatutnya menjadi malam yang dinanti - nanti bertukar serta - merta . Malam itu sepatutnya menyaksikan majlis pernikahannya bukan kematian ahli keluarganya . Api yang marak semarak kemarahan di jiwanya .
Bukan insan lain yang membunuh keluarganya tetapi dirinya sendiri . Semuanya berpunca atas dasar cintanya kepada Haziq dan jika ibubapanya tidak menghalang pasti semua ini tidak akan terjadi , fikirnya . Rania sedar bahawa itu semua salah dan dia mula menuduh bakal mentuanya yang terselamat dalam kejadian itu sebagai pembunuh . Walhal dia tahu , dialah pembunuh yang sebenar .
Sekali lagi tangannya basah dengan darah apabila dia mengambil tindakan membunuh kedua - dua orang tua bekas tunangannya , Haziq . Dia mencipta fikiran bahawa kedua - dua orang tua itu yang membenci dirinya dan membakar rumah keluarganya sedangkan dia lupa dialah yang membakar rumahnya sendiri . (Aku rasa dia tak waras )
Akhirnya dia membunuh bekas tunangannya yang telah mengahwini wanita lain . Dia tahu itu hanya satu kemalangan namun dia tetap salahkan bekas tunangnya atas kematian suami dan anak perempuannya .
Kini dia benar - benar menyesal . Segala perbuatan kejinya ditangisi sayu . Jika dia tidak berbuat begitu, dia pasti tidak berada di sini , di penjara yang sepi ini . Mungkin dia tak boleh mengundur masa dan lari daripada hukuman mati yang menanti tapi dia masih boleh bertaubat kepadaNya .
Ya Allah , Dia Yang Maha Pengampun , jadi sebagai seorang hamba , menjadi kewajiban meminta ampun kerana Dia mampu mengampuni dosamu walaupun ianya seluas lautan .
"Rania , masa kamu dah tiba ,"kata pegawai penjara itu dan Rania terus bangkit menuju ke pintu lokap . Air mata dikesat lalu tangannya digari . Kepalanya disarungkan kain hitam sebelum dia berbisik ,'selamat tinggal dunia.' Tak lama kemudian tercabutlah roh daripada jasadnya .
Rania kaku , tak bernyawa . Namun terlukis penyesalan di wajah yang kian pucat itu . Kesimpulannya , berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara kerana tindakan itu mungkin akan kita sesali seumur hidup kerna masa tak dapat diputarkan kembali .
YOU ARE READING
Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)
Misteri / Thriller(siri 3) Danish mempunyai satu kisah silam yang tidak mahu diingati . Raisya menyukai Danish namun satu tragedi demi tragedi berlaku dan Raisya seperti hilang arah . Adakah berada disisi Danish itu satu pilihan yang tepat atau meninggalkannya adal...