Televisyen itu terbuka dengan sendirinya menyebabkan semua mata di ruang tamu homestay itu tertumpu kepada televisyen . Di skrin televisyen itu terpampar dua orang manusia. Seorang gadis dan seorang lagi memakai jubah berhoodie yang menyebabkan si penonton tidak dapat melihat wajahnya.
" 'Dia',"bisik Danish perlahan namun cukup untuk didengari oleh insan dikelilingnya .
Manusia yang memakai hoodie tersenyum sinis . Dia mengusap gadis disebelahnya . Tindakannya menyebabkan badan gadis itu terketar - ketar .
Gadis itu amat mereka kenali.. Aminah, insan yang dicari sedari tadi. Gadis itu duduk disebuah kerusi kayu dan diikat menggunakan tali yang besar seperti tali untuk permainan tarik tali . Latar dibelakangnya hitam dan wajahnya dipacarkan dengan cahaya lampu yang terang .
"Hahaha , kau mesti tercari - cari si gadis cantik ini ? Nampaknya kau dah tahulah kan dia dimana sekarang ... di akhir nyawanya di neraka aku !!Hahaha ,"kata 'dia' .
"Kau !!! Kat mana kau letak Aminah hah ?! Pulangkan dia , jangan sakiti dia ,"kata Dani separuh merayu .
"Pulangkan ? Hahaha...Mustahil ! Aku tak akan pulang mangsa aku kecuali dalam satu keadaan ...MATI !,"kata 'dia'. Senyuman sinisnya makin melebar apabila 'dia' melihat Daisy mula menangis . Tiada belas kasihan dan rasa kemanusiaan di hatinya .. Yang ada hanya dendam yang membara .
Dari luar rumah , seorang wanita memerhatikan segalanya . Dia memandang ahli kumpulan perisiknya yang lain . Merka mengangguk tanda mahu meneruskan misi . Wanita itu membalas anggukkan itu dengan wajah serius .
'Kali ini kau takkan terlepas 'Psiko' ! Aku pasti akan tangkap kau !,' bisik hati wanita itu . Berjanji dengan dirinya akan dia tangkap penjenayah itu .
YOU ARE READING
Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)
Misterio / Suspenso(siri 3) Danish mempunyai satu kisah silam yang tidak mahu diingati . Raisya menyukai Danish namun satu tragedi demi tragedi berlaku dan Raisya seperti hilang arah . Adakah berada disisi Danish itu satu pilihan yang tepat atau meninggalkannya adal...