Bab 29

837 45 1
                                    

"Abang Nish , kita nak pergi mana ni ?,"soal Raisya yang sopan berbaju kurung margenta itu . 

Danish hanya mengerling tempat sebelah pemandu itu denga senyuman nipis . 

"Tunggulah , abang nak kenalkan Rai dengan seseorang . Seseorang yang penting kepada abang ,"kata Danish dan kereta meluncur laju di jalan raya . 

Kereta biru kepunyaan Danish berhenti di hadapan sebuah tanah perkuburan islam . Raisya memandang Danish dengan penuh tanda tanya . Kehairanan dengan tempat yang berada di hadapan matanya . 

"Jom turun ,"kata Danish , membuka pintu kereta untuk Raisya dengan senyuman manis . Raisya hanya membalas senyuman Danish lalu keluar daripada kereta . 

Raisya hanya mengikut langkah Danish memasuki di tanah perkuburan itu . Sampai di hadapan dua buah kubur , langkah Danish berhenti . Tikar yang sudah berada di tangannya dihamparkan . Danish duduk diikuti Raisya . Mereka membaca surah yasin dan disedekahkan kepada penghuni kubur dihadapannya . 

"Ini kubur ibu dengan abah abang . Dah 7 tahun mereka tinggalkan abang . Abang nak sangat kenalkan Rai kepada mereka berdua , "kata Danish dan Raisya mengangguk perlahan , cuba memahami perasaan Danish .

"Abang nak kenalkan Rai bukan sebagai kawan tapi sebagai bakal isteri ,"kata Danish perlahan namun dapat didengari oleh Raisya . Mata Raisya membulat bagai tidak percaya dengan kata - kata Danish . 

"Apa abang Nish cakap ?,"soal Raisya meminta kepastian . 

"Rai , sudikah Rai jadi surihati hidup abang ?,"soal Danish bersungguh - sungguh .

"Rai setuju kalau ...,"kata - kata Raisya yang tergantung menyebabkan Danish berdebar .

"Kalau ?"

"Kalau ibubapa Rai setuju ,"balas Raisya dengan senyuman lebar .

"Oh , kalau macam itu abang boleh jumpa ibubapa Rai hujung minggu depan ,"kata Danish penuh semangat bercampur dengan debaran kencang di dada . 

"Boleh tapi ..."

"Tapi ?"

"Mak ayah Rai garang tau ! Lagipun Rai anak sulung ,"kata Raisya sengaja menakut - nakutkan Danish . 

"Takpe , asalkan ibu abah abang tahu yang Rai ni bakal menantu dia ,"kata Danish mengusap batu nisan milik ibunya sebelum berlalu pergi . 

Hujung minggu pun tiba . Danish telah bersiap sedia untuk ke rumah ibubapa Raisya hari ini . Dani memandang abangnya yang segak berbaju T - shirt polo itu . Di bibirnya mengukir senyuman . 

"Segak kau hari ni , long . Ada apa - apa ke ?,"soal Dani . Belum sempat Danish membalas , Daiyan sudah menyampuk . 

"Dia nak pergi jumpa bakal mentua dia tu sebab itulah hensem semacam saja itu ,"kata Daiyan tanpa mengalihkan matanya daripada kertas sekolah add mathnya . 

"Eh , mana Yan tahu ? Yan macam boleh baca fikiran along ni tahu ? Kalau mindreader memang wujud , haruslah abang syak Yan salahsatu daripadanya ,"kata Danish dalam nada gurauan . Daiyan hanya tersengih .

'Memang Yan mindreader pun , long ,'kata hati kecil Daiyan . Wajahnya dimaniskan . 

"Takpelah kalau macam itu , along pergi dulu ya . Jaga rumah tahu , Dani , Daiyan . Satu lagi jangan lupa ambil adik  ,"pesan Danish kepada dua orang adik bujangnya itu . Kedua - duanya hanya mengangguk . 

Sebelum keluar , Danish dapat menangkap perbualan adik - adik lelakinya .

"Biar Yan jelah ambil Sha dengan adik ,"kata Daiyan yag kedengaran agak nakal . 

"Nak jumpa aweklah itu ,"balas Dani , hanya kedengaran bersahaja . 

Danish menggelengkan kepalanya . Ada - ada saja adik - adik lelaki mereka itu . Baik dia cepat atau kekasih hatinya tertunggu - tunggu . 

Kereta berwarna biru itu dimasuki dan dipandu laju ke destinasi , Taman Mawar Harum . 

Tiba di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat berwarna kuning cair , Danish memberhentikan keretanya . Senyuman manis terpamer di bibirnya apabila melihat kekasih hati berada di hadapan pintu menunggu kehadirannya . 

"Jemputlah masuk ,"kata seorang lelaki berusia separuh abad yang baru sahaja keluar daripada rumah itu . 

Danish bersalaman dengan lelaki itu . Di bibir lelaki itu terlukis sebuah senyuman penuh makna . Mungkin gembira atau marah atau bimbang ? Danish tidak tahu namun dibalas senyuman lelaki itu dengan sebuah senyuman ikhlas . 

"Anak ini Danish ya ? Pak cik ni ayah Raisya , boleh panggil Pak Cik Abu je ,"kata Encik Abu Bakar ramah . 

"Ya , saya Danish tapi pak cik boleh panggil saya Nish ,"kata Danish penuh senyuman . 

Encik Abu Bakar menjemput Danish duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya . Danish duduk di sofa yang Encik Abu Bakar tunjukkan . 

"Dah berapa lama kenal anak pak cik itu ?,"soal Encik Abu Bakar . Danish tersenyum .

"Dari dia tingkatan satu lagi , satu sekolah dulu . Pastu lima tahun tak bersua , baru bulan lepas terserempak dengan dia dekat hospital ,"balas Danish . Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya . 

"Kacak juga kamu ni ya . Rupa kamu macam watak utama filem Baby Driver itu ,"puji Encik Abu Bakar dan Danish tersengih . Bukan Encik Abu Bakar sahaja yang puji dia begitu tapi adik kembarnya pun kata begitu . Terbit perasaan bangga dan syukur kepada Illahi kerana dianugerahkan wajah yang kacak . 

"Allhamdulillah , Allah bagi saya nkmat untuk menjadi insan yang mempunyai paras rupa ," balas Danish , tidak mahu dikatakan riak dengan pujian . 

"Nish , pak cik minta maaflah kalau soalan pak cik ni agak kasar tapi kamu memang betul - betul ikhlas ke berkawan dengan dia ? Kamu tak main - main kan dia kan ?,"soal Encik Abu Bakar penuh berhati - hati .  Danish tersenyum lagi . 

"Ya , saya ikhlas berkawan dengan dia , pak cik . Lagipun sebenar pak cik , saya nak tanya pak cik sesuatu boleh ?,"soal Danish . Kali in tiada lagi senyuman di wajahnya . Wajahnya serius . 

"Boleh , tanya sajalah Nish ,"Encik Abu Bakar memberi keizinan . 

"Boleh tak kalau hujung bulan ni saya hantar rombongan meminang ?"

Encik Abu yang tersenyum lebar seraya mengangguk . 



Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now