Bab 26

816 54 2
                                    

5 tahun kemudian ...

Danish memandang Dani yang melintasinya . Dia tidak langsung menegur mahupun senyum kepada abang sulongnya . Dia hanya senyap . Dani masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu biliknya . Danish tidak hairan . Sudah 5 tahun perkara ini berlaku dan Danish telah buntu dengan kelakuan Dani . Danish telah cuba membantu dengan membuat temu janji dengan doktor psikologi namun Dani tak mahu dan kemurungannya agak teruk . 

Danish cuba memujuk dan akhirnya Dani setuju . Dan hari ini merupakan temu janji Dani bersama doktor psikologinya buat kali pertama . 

Danish menapak masuk ke dalam unit bahagian psikologi itu . Sudah hampir lima tahun dia tidak menjejakkan kakinya ke sini . Selepas kematian Aminah , Danish tidak lagi menerima rawatan psikologi malah Dani pindah ke sekolah lain manakala Daiyan memasuki sekolah swasta kerana mendapat biasiwa . 

Dani sekarang berusia 21 tahun , Daiyan berada 19 tahun dan si kembar berada di tingkatan 5 . Danish pula sekarang berusia 22 tahun dan pelajar tahun akhir ijazah saujana muda pentadbiran perniagaan . Lepas tamat belajar , dia akan mengambil alih tempat CEO yang memang telah diwariskan oleh datuknya kepadanya sejak dia lahir yang sekarang dijaga oleh Azrul . Azrul ada syarikatnya sendiri tapi dia membantu syarikat itu sehingga Danish tamat belajar . 

Danish telah berkerja secara sambilan sementara dia tamat belajar di syarikatnya untuk mencari pengalaman . Sikit lagi dan dia merdeka ! 

Ok , kembali ke unit bahagian psikologi . Danish melangkah masuk ke unit bahagian psikologi bersama Dani . Dia menunggu di luar sementara adiknya menghadiri temu janji dengan doktor psikologinya . 

Tiba - tiba , Danish tertangkap satu muka yang dikenali . Telah lama dia tidak melihat muka itu . Mungkin dalam 5 tahun ? Danish mendekati orang tersebut . 

"Nur Raisya Maisarah ?,"soal Danish kepada seorang gadis yang memakai kot doktor . 

"Eh , Danish Haikal ke ?! ,"soal gadis itu dengan nada terkejut . Telah lima tahun mereka tidak bersua . Sejak kes itu , mereka tidak lagi bersua . Raisya juga seperti menjauhkan diri daripada semua orang . 

Raisya tersenyum manis memandang lelaki di hadapannya . Bukan lagi ketua pelajar yang handsome dan menjadi idaman semua pelajar perempuan tapi lebih kepada seorang lelaki matang yang bertanggungjawab dan kacak menyebabkan wanita yang melihatnya tertarik . 

"Apa buat Rai kat sini ?,"soal Danish memandang Raisya . 

"Rai baru nak tanya soalan itu kat abang Nish ,"kata Raisya dan mereka berdua hanya tertawa . 

"Rai belajar kat sini . Abang ? ,"kata Raisya , membalas soalan Danish sekaligus bertanya tentang diri Danish .

"Teman Dani . Dia kat dalam itu , buat temu janji dengan doktor . Jadi bakal dokorlah ini ?,"soal Danish mesra . Teruja bertemu dengan gadis pujaannya setelah lima tahun tidak bersua muka .

"Ya , oh , kenapa dia masih tak boleh move on dengan Aminah ke ?,"tanya Raisya . Terketar - ketar suaranya menyebut nama kawan baiknya . Sebenarnya bukan Dani sahaja yang tidak dapat melupakan Aminah , Raisya juga begitu . Dia tidak pernah lupakan kawan baiknya . Raisya hanya tersenyum hambar . 

Danish memahami senyuman itu . Senyuman yang menghiasi bibir adik kesayangannya sepanjang jangka waktu lima tahun . Senyuman yang penuh kesedihan . Senyuman rindu pada insan yang tiada . Danish faham perasaan itu . Aminah itu sahabatnya dan dia amat menyayangi gadis bermata sepet itu . 

"Dia takkan lupakan Aminah . Saya pun takkan lupakannya tapi hidup harus diteruskan . Saya tak minta untuk Dani lupakan Aminah , saya cuma berharap dia dapat hidup dengan lebih baik . Doakan yang sudah pergi dan teruskan kehidupan , bukannya terus berharap yang sudah pergi untuk kembali ,"kata Danish penuh dengan kata - kata hikmah . Raisya memandang Danish . 

"Nak tahu tak kenapa Rai pilih pakar psikologi berbanding menjadi doktor biasa ?,"soal Raisya kepada Danish . Danish mengangkat keningnya tanda ingin tahu .

"Seperti Dani , Rai tak boleh move on dengan apa yang terjadi terhadap Aminah jadi Rai pilih untuk belajar psikologi untuk mengawal diri sendiri tapi sampai sekarang Rai masih gagal namun ayat abang tadi telah sedarkan Rai . Akhirnya Rai temui jawapan yang Rai cari selama ini . Mungkin abang yang sepatutnya menjadi pakar psikologi ,"kata Raisya dengan seikhlas hati . Danish yang mendengarnya membulatkan mata . Tidak sangka ayatnya meninggalkan maksud yang mendalam di dalam jiwa gadis tesebut . 

"Raisya free tak ahad ini ?,"soal Danish dan Raisya hanya tersenyum . Danish membalas senyuman Raisya . Telefon bimbit di tangan Raisya di ambil . Nombor telefonnya didailkan . Dia menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon Raisya dan membuat missed call . 

"My number," kata Danish sebelum memulangkan telefon Raisya dan berlalu pergi . 

Hubungan lima tahun yang terputus akhirnya berjaya di jalinkan semula . 

Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now