Bab 30

794 47 1
                                    

Kompang dipalu pengantin malu ... 

Tibalah hari yang ditunggu - tunggu . Hari pernikahkan Danish dan Raisya . 

"Aku terima nikahnya Nur Raisya Maisarah binti Abu Bakar dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai ,"dengan sekali lafaz , Raisya sah menjadi isteri kepada Danish Haikal bin Daniel Haziq . 

Upacara pembatalan air sembahyang berlaku dengan penuh syahdu . Raisya memakai baju kurung moden berwarna putih gading yang dihias dengan manik - manik berkilat dan Danish memakai baju melayu berwarna sedondon . Sekilas pandangan sahaja , semua orang boleh mengatakan mereka pasangan yang secocok . Yelah , seorang kacak dan tinggi , seorang lagi cantik menawan . Bagai pinang dibelah dua . 

Danish memandang Raisya penuh dengan rasa cinta . Dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya dia berjaya menikahi gadis yang menjadi idaman hati namun hari ini gadis itu menjadi miliknya , diikat dengan simpulan yang mana hanya dapat dibuka oleh dirinya . 

Tak mungkin dia mahu melepaskan gadis itu begitu sahaja setelah bertahun dia cuba untuk dapatkan gadis itu . 

Tangan Raisya diraih dan digenggam erat . Raisya yang sedari tadi sibuk memandang kamera mengalihkan pandangannya ke arah suaminya . Mata mereka bertembung , Raisya melukis senyuman manis di wajahnya dan danish membalas senyuman itu .

Klik ! 

Dani tersenyum memandang gambar yang baru ditangkapnya . Cantik ! 

Kenduri berlangsung di tengah hari . Walaupun selalunya kenduri berlangsung keesokkan harinya namun bagi Danish dan Raisya biarlah berpenatan sehari daripada dua hari . Majlis sambut menantu akan diadakan minggu depan di rumah keluarga Danish . Walaupun kesemua adik - beradiknya mempunyai ibubapa angkat yang berbeza , mereka tetap akan tinggal di rumah itu dan mungkin bermalam di rumah keluarga angkat mereka pada hujung minggu atau bila - bila yang mereka patut .

Danish memakai baju melayu hijau gelap lengkap dengan samping dan tengkolok . Raisya memakai baju kebaya moden berwarna sedondon . Jelas terlukis kebahagiaan di wajah mereka berdua . 

Dari kejauhan ada beberapa pasang mata yang memandang penuh khusyuk . 

Dari sudut belakang pelamin , Dani memandang abang sulongnya dan kakak ipar yang juga kawan baiknya . Dia tersenyum hambar . Dia gembira melihat abangnya bersama dengan insan yang disayangi . Dani yakin abangnya berhak bahagia tapi dalam masa sama dia cemburu . Dia cemburu melihat senyuman bahagia itu . Sepatutnya dia sekarang berbahagia dengan Aminah . Yelah sepatutnya Aminah sudah menjadi isterinya sejak dua tahun lepas sekiranya tunangnya itu masih hidup . 

Dari dalam kelompok manusia yang sedang menjamu selera , ada sepasang mata memerhatikan raja sehari itu . Air sirap yang diminumnya sudah lama habis namun dia masih belum berganjak . Bebola matanya liar memandang suasana sekeliling , mencari kelibat atau manusia yang berkelakuan agak ganjil namun gagal . Semuanya tersenyum mesra menyambut kenduri yang dijalankan . Sekali lagi , dia gagal menjejaki pembunuh itu . Miss Light mengeluh . 

Dari suatu tingkat menara , sepasang mata memerhati tingkah laku pasangan bahagia itu . Di dalam fikirannya , dia telah mereka dan merancang 101 rancangan untuk hapuskan pasangan itu . Senyuman sinis terlukis pada wajah wanita itu . 

Kali ini dia pasti ! Dia pasti dapat menghapuskan keturunan Ahmad kali ini . Minggu depan segalanya akan bermula ... Dia yakin ! 


Dia , Pemutar Belit Fakta (D's #3)Where stories live. Discover now