Bab 5

778 60 1
                                    

"FARRAH ZULAIKHA!" Jerit Khai dengan sekuat hati. Mukanya merah bagaikan menahan marah didada. Ergh. Gila ke apa minah ni? Nasib baik AIR MINERAL ! Kalau bukan perempuan, dah lama aku bagi kaki ! Huh?!

Khai mendengus kasar. Direnungnya Ikha dengan pandangan yang maha tajam! Kau tunggu nanti, aku balas balik!

"Rileks la Khai, dia tu perempuan. Ingat tu" Tegur Muaz.

"Dia tu headprefect! " Ujar Farhan pula. Amboi, backup nampak?

"Hei, backup hakak sana nampak?" Sindir Khai dengan mengetap gigi menahan geram.

"Hehehhehehe" Kedua-dua mereka tersengih macam kerang busuk!

Senyuman menawan disembunyikan. Hihihi, padan muka. Nak kenakan aku? Kena balik! Wek. Hey ni Farrah Zulaikha lah, pantang di cabar!

Ikha perasan yang Khai sedang merenung tajam. Namun, tetap gagahkan perkasa diri ini supaya tidak nampak lemah padanya!

Khai bangun meninggalkan kami di astaka.

Khai menapak perlahan ke tandas asputra. 'It's okay, ni hari kau. Kita tengok lepas ni Ikha! ' Bicara Khai dalam hati.








USAI sahaja mandi, rambut di sikat malas. Orang kata rambut lelaki lepas mandi lagi menarik? Boleh pakai ke fakta tu?

"Kau ni lembab tau tak. Mengalahkan perempuan mandi!" Marah Muaz seraya bercekak pinggang di sebelah katil khai. Dipandangnya khai dengan panahan tajam. Muaz Muammar ini sebenarnya memang ada sifat keibuan.

"Tu ah tu. Ini kalau fans kau tau perangai macam ni, mahu kena tinggallah kau!" Bidas Farhan pula. Betullah kata Muaz, memang lembab bila bab membersihkan diri. Orang lain dah siap, dia baru nak terhegeh-hegeh. Nak kena denda dengan headprefect agaknya!

Khai menjeling, lalu tersenyum. Boleh pula senyum ya? Padahal kena bebel tu.

"Korang geraklah dulu. Nanti aku follow. Hehehe" Ujar Khai. Lalu duduk dibirai katil. Handphone di dalam laci di ambil.

Rakan-rakan yang lain memandang dengan tidak puas hati. Khairul Syah. Sememangnya mempunyai perwatakan yang tersendiri. Tapi , Khai ni jenis kepala batu. Degil! Susah sangat nak dengar cakap orang. Kadang-kadang mereka terfikir juga, macam mana Khai ni boleh jadi famous? Oh, hensem!

Lima orang pemuda itu serentak menggelengkan kepala. Haih, nasiblah dapat kawan yang terbaik macam ni!

Allif memberi isyarat mata supaya pergi ke padang sekarang. Empat pemuda itu terus bergerak ke padang sekolah .

Allif menggelengkan kepalanya lagi. Bahu Khai disentuh, "Khai, jomlah gerak padang. Kalau lambat nanti, Ikha denda. " Ajak Allif. Pernah sekali, Ikha mendenda pelajar-pelajar yang lewat dengan menyuruh mereka tekan tubi di tengah padang bersaksikan matahari terik di atas kepala.

Khai yang terasa bahunya dipegang itu, terus memandang Allif.

"Kau pergi jelah dulu. Tak payah risau. Dah pergi sana" Usir Khai. Dengan riak wajah yang selamba.

Allif menjongketkan bahu tanda putus asa. Membazir air liur je cakap dengan dia. Lantaklah dia. Pandai-pandai bersemuka dengan ikha nanti.








"GUYS cuba tengok siapa yang datang terlalu awal tu " sindir ku yang berada di padang. Pelajar yang lain sudah beratur di hadapannya. Berderet ramai!

Khai mengangkat muka riak selamba apabila namanya di teriak kuat . Semak betul minah senget ni.

"Khairul syah" panggil aku apabila khai sudah berdiri dia hadapanku. Masa untuk menggunakan kuasa veto! Hahaha.. .

"Yea saya" jawab khai dengan nada malas melayan minah senget muka acah comel tapi gila. 'Apabenda yang kau merepek khai?' Soal akal. 'Diamlah kau. Sibuk je' bidas hati!

"Siput lagi pantas dari 'instafamous' depan saya ni" sindir aku. Saja menguatkan nada suara pada perkataan 'instafamous' . HAHAHA.

"So what" jawab khai. Mata memandang headprefect depannya ini. Lantas melihat langit.

Aku tersenyum sinis . "Lari satu padang 5 kali mulai sekarang!"

Khai ternganga. EEE MINAH SENGET ni!!!! Nasib ramai orang, kalau tak dah lama peluk minah senget ni supaya diam dari bercakap macam nenek kebayan.

'Erk khai tadi kau kata nak peluk dia? ' soal akal.

'Haah biar dia terkedu terdiam dan segala ter! ' bentak hati menjawab.

Khai membuat muka biasa. Langkah mula berlari 5 pusingan padang.

Allif dan rakan yang lain hanya menggelengkan kepala. 'Tulah tadi degil tak nak dengar kata . Kan dah kena akibatnya.' Getus hati mereka.









TUDUNG berwarna hitam bersiapkan brush itu diambil dari ampaian. Bedak wangi aku ambil lalu sapu di wajah. Siap! Haduhai simple benor teman malam ni hahaha.. .

"Wah akak ikha kita berseri malam ni. Ada apa ya? Hahaha" usik nurul dengan membetulkan kelepet di bahagian baju .

"Itulah, comel je. Taknak lah puji lebih, nanti kembang susah nak kempis! Hahaha" usik syaza pula. Yang lain dah berderai ketawa mereka meriuhkan suasana dorm balqis ..

Aku hanya tersengih menampakkan gigi putih tersusun rapi. Ececeh.. .

"Dah jom gerak. Nanti lambat nak dengar tazkirah ustaz." ajakku . Muka menahan memerah . Malu ihiks! Aku berjalan dahulu meninggalkan mereka berenam di belakang.

"Eleh.. dah malu nak cover wei!" jerit teha sambil gelak ketawa tanpa henti.








BELAKANG tubuh badanku terasa dilanggar kasar. Pantas aku menoleh figura yang melanggar tadi.

"KAU LAGI!" jeritku sedikit kuat . kami sama-sama terkejut . Apesal lah sejak kebelakangan ni asyik jumpa dia je? Semak lah.

Minah senget ni lagi. Dah lah jalan punya lembab. Eee. Geram dibuatnya!

"Kau ingat kau tu puteri raja ke sesuka hati jalan lambat sangat. Lembab mengalahkan siput!" terjah khai. Dengan tangan diseluk ke kocek baju melayu hijaunya.

"Sukahati aku lah. Hal aku, yang kau nak sibuk apa pasal?" Soalku pula. Bengang di kepala. Mata ku renung tajam ke arah mata hazelnya.

"memang sesuai digelar minah senget! " hambur khai. Biar dia rasa apa yang aku rasa!

"kau tu lagilah kerek. Takde gunanya lah jadi instafamous tapi buta penglihatan! " terjahku pula. Ingat aku nak kalah macam tu je ke? Kecoh la mamat ni.

"Cakap jelah kau jeles tengok aku dikelilingi gadis ayu. Tak macam kau buruk! " herdik khai lagi. Kali ini, mukanya tampak segala urat urat menandakan menahan amarah.

"Sekurang-kurangnya aku jaga batasan pergaulan . Kau ada? " sindirku. Dahlah kata aku buruk, lepas ni apa lagi? Hati ini tak kuat saat dia menengking begitu.

"Kisah pula aku. Kau jangan berangan lah yang aku ni 'kawan' kau. Kita ni musuh ! " kata khai lalu beredar dari situ. Satu masalah dah selesai. Lepas ni, aku buat kau jatuh hati. Heh!

Aku terpaku di sini. Seolah-olah patung cendana. Apa, kadang-kadang aku ni terlampau menghukum ke sampai macam ni sekali? Ah lantak lah! Dia sendiri kata aku ni musuh dia je. Ingat aku heran sangat nak kawan dengan mamat senget tak makan saman tu! Kita tengok lepas ni, siapa yang menang khairul syah!








Goodnight readers HPVSIF . Any suggestion or promote just pm / comment .

Vote ☆

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now