Bab 30

305 26 0
                                    

Sakitnya hati terasa bisa,
Sembuhkan luka di ikuti pedihnya,
Orang kata kamu itu biasa,
Bagi aku kamu yang sempurna...



Seperti biasa, setiap hujung minggu pelajar-pelajar asrama akan pulang ke rumah masing-masing. Hari ini kami iaitu rakan-rakan asputra dan asputri ingin mengulang kaji pelajaran seperti hari sabtu lepas. Namun , 'study smart' kami terbantut disebabkan kejadian yang melanda pada diriku ini. Bila teringat kembali, kenapalah aku lalai sangat boleh tak perasan itu kacang? Padahal coklat yang mamat kerek tu bagi berperisa oreo yang baharu tu. Tak apalah ikha, nak buat macam mana benda dah jadi. Menyesal sekarang tiada guna.

Aku menongkat dagu seketika, memikirkan taktik biasa yang diguna untuk bab bulatan ini. Memang aku ada lemah sedikit pada subjek matematik. Ujian Gerak Gempur hari itu pun aku hanya dapat gred B+ . Sebelum ini, matematik aku C+ , disebabkan mamat kerek yang ajar aku math ini, aku lebih senang faham belajar dengan dia. Jadi, aku dapat B+ ni sebab dia ajar lah? Eh mungkin 50/50 hehe. Apa-apa pun itu kita yang kena usaha. Yang penting sentiasa buat latihan sampai kepala mengong sikit. Erm, macam sekarang lah.

Khai menoleh ke arahku, serentak itu dia menegur, " jauh berangan. Patutlah ada jerawat comel . Baru tumbuh ke? " soal khai bernada perli. Dia suka tengok zulaikha marah, nampak comel mungkin di situ?

Aku menjeling tajam kepadanya. Sesuka hati dia je cakap macam tu. Nanti tumbuh dekat muka dia baru tahu! Normal lah kan kalau ada jerawat tumbuh? Ish, jiwa kacau .

Khai mengerut sekejap lalu tersenyum kecil, " kalau tak faham tanya. Jangan jadi macam apa eh orang kata tu? Bodoh sombong. Haa" selamba khai berbicara.


Aku mencebikkan mulut seraya menundukkan kepala sedikit, malu ah. Dia ni memang suka buat aku malu tau.. .

" hm yelah" balasku, malas.

Mamat kerek menggerakkan kerusinya dengan ku, agar kedudukan kami lebih dekat.

" okay macam ni.." dia ambil pensel kayu dan mengajar. Setelah itu, dia memberi soalan yang lain tetapi masih dalam tajuk yang sama. Alhamdulillah, baru aku faham jalan kerjanya macam mana.

" ada apa yang nak tanya lagi tak?" soalan daripada khai seperti kata-kata perlian..


Aku menggeleng kan kepala, " thanks ajarkan" ucapku dengan ikhlas.

"No problem sis!" balas khai, lalu dia beredar ke tempat asal.



3 jam berlalu, setelah berkongsi pelbagai ilmu daripada diri masing-masing. Mereka mengemas barang dan berlalu untuk pulang ke rumah.

" terima kasih ikha dan makcik sebab sudi beri kami semua tempat yang selesa" ucap aliff , si 'ketua rombongan' hehe ewah!

" haah, selesa sangat. Sampau dapat makan tengah hari sekali hehe. Sedap sangat! " ujar hani pula, semangat . Yang lain sekadar senyum kelat. Erk.


Aku atau Dia?Where stories live. Discover now