Bab 7

722 57 4
                                    

PETANG ini , semua pelajar asputri dan asputra dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas satu bulan kami berkampung di sini. Berkampung pun boleh lah.. .

Segala keperluan aku kemas masuk ke dalam beg. Gaya macam taknak balik asputri lagi je!

"ikha. Kenapa bawa balik baju kurung sekali? " soal syaza yang sedang melipatkan sejadah lalu diletakkan atas katil.

" oh ni. Haa aku nak tukar baju kurung lain. Tak seronok lah kalau baju yang sama je hehe" jawabku sambil membuat muka acah comel. tapi aku memang comel!

" macam taknak tinggal sini lagi je kau ikha. Erm" ujar nurul senada. Dengar sedih semacam je . Hekhek.

"Mana ada. Aku suka tinggal asrama ni walaupun baru setahun seumur hidup. Haha.. " jawabku pula seraya menutup mulut dengan tapak tangan. Ngantuk!

Semalam aku buat apa ya sampai boleh mengantuk macam ni? Oh.. aku layan novel.. nasib eyebag tak berkilo. Ni kalau jeha nampak ni, disindir nya aku habis-habisan. Rindu jeha !

"Alhamdulillah baguslah macam tu." sampuk siti pula dengan memberikan senyuman . Manis?

" woi teha dah kenapa ni ? " soal nurul lalu menepuk bahu teha perlahan.

Teha menangis?

" mata masuk habuk " jawab teha selamba. Macam ada sembunyikan sesuatu je ni?

"Yeke ni.. ceritalah .. " ujar husna seakan-akan memujuk.

" aku rindu dekat arwah .. . Tiba-tiba teringat dekat dia. Selalunya aku tak macam ni.. aku tak kuat wei" jawab teha sambil mengesat air mata yang mengalir. Kami berenam mendekati teha dan cuba menenangkannya.

"Siapa?" Soalku . yang lain hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Teha tersenyum hambar lantas dia membuka ceritanya pada kami berenam. Aku menjadi pendengar tegar pada ceritanya.


*flashback*

KERATAN akhbar kosmo itu diambil lalu dibaca dengan ralit. Sememangnya teha mempunyai hobi yang berlainan daripada semua anak-anak muda. Dia lebih suka membaca surat khabar serta majalah untuk mendapatkan bahan ilmuan. Dari kecil lagi, dia dididik sebegitu. Perwatakannya sangat mengagumi ahli keluarga. Ibunya selalu berpesan jika kita ingin menambah ilmu, biarlah dari sumber yang baik, insya allah semuanya akan menjadi baik.

Setiap halaman muka surat pada surat khabar itu dibaca dengan khusyuk. Sedang tekun membaca, tiba-tiba telefon rumah berdering . Lantas dia bangun dari duduk. Telefon itu diangkat dengan pantas.

"Waalaikumsalam." Jawab teha dengan tenang.

Selang beberapa minit, dia melepaskan telefon itu dari telinga.

"Tak mungkin..." kata teha dengan sebak didada.

"Kenapa ni akak? " soal adiknya, yang bernama zeti . Pelik, kakaknya tiba-tiba menangis tanpa henti.

"Abang dah takde dik.. . Abang dah takde " jawab teha dengan sedu sedan yang bertandang.

Teha mempunyai 3 adik-beradik. Yang sulung bernama Afiq Afendi , kedua teha, ketiga zeti. Abangnya menghidap penyakit leukimia sejak kecil lagi. Walaupun hidupnya sederhana, namun dijaga abang kandungnya dengan penuh kasih sayang. Walaupun dia tidak dapat menghadiri sekolah dengan kehadiran yang penuh dan banyak rintangan yang perlu dihadapi , namun itu semua tidak menghalang dia untuk menjaga abang kesayangannya. Walaupun abangnya , afiq itu menghidap penyakit sebegitu namun itu tidak menjejaskan afiq terus bekerja dan belajar. Sebelum zeti berumur 5 tahun, afiq sentiasa menjadi pendengar masalah adiknya, teha. Itu yang disayangkan teha, kerana seorang abang yang bertanggungjawab dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Sejak kebelakangan ini, afiq dimasukkan ke wad. Apabila teha ingin menjaganya di wad, namun ditegah afiq awal-awal. Biar dia seorang yang menjaga diri sendiri kerana taknak mengganggu pelajaran adiknya yang akan menjalani pt3. Ibu dan ayah juga selalu berulang-aling dari hospital ke rumah.

Tapi, tuhan lebih sayangkan abang . Teha tak sanggup tengok abang pergi dulu. Sepatutnya teha yang menanggung segala kesakitan abang. Desis hati teha.

Setiap hari, dititipkan doa buat abang yang bernama afiq. Walaupun raya tahun lepas tidak meriah seperti selalu. Teha rindu abang Afiq.

*end flashback*


"Tabah ye teha. Allah lebih sayangkan abang kau. Kau tak boleh macam ni, kau kena kuat . " ujar husna sambil mengusap lembut belakang badan teha .

"Kadang-kadang aku tak boleh kawal emosi. Sebab yelah, nampak orang lain dengan abang. Aku je yang takde abang. " sambung teha lagi dengan sedu sedan masih bertandang.

Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. lantas menguntumkan senyum , tawar.
Aku memandang rakan yang lain turut mengalirkan air mata.

"Abang aku pun selalu tegur aku jangan bertindak melulu fikir baik dan buruk sebelum melakukan apa-apa . Aku memang rindu sangat dekat dia. Kadang tengok video lama pun aku boleh meroyan. Ada part yang sedih, gembira. " ujar teha lantas dia senyum hambar.

"Tahun ni, sekali lagi kami raya berempat. " ujar teha lagi. " aku selalu pesan pada diri untuk kuat dan taknak nampak cengeng . Hehehe" sambung teha lagi sambil tersengih.

"Yelah teha go lucky! Jangan risau, kami sayang kau! " serentak itu kami bertujuh berpeluk. Semoga talian persaudaraan antara kami terus terjalin. Aminnn!









"JEHA! Akak rindu kamu hekhek" kataku dengan selamba mencium lembut kedua-dua pipi gebu jeha. Adik siapa lah ni comel sangat macam kakak dia. Hahaha!

"Tak rindu umi dengan abah ke Ara?" Soal umi pula. Dah mulalah tu nak tarik muka!

"Tak pernah tak rindu dekat umi dengan abah yang terchenta!" ujarku semangat lantas memeluk kedua-dua tubuh orang tua ku.

"Dah, jom kita balik rumah. Umi ada masak lauk kegemaran Ara tau!" kata umi serentak itu kami berempat masuk ke dalam perut kereta Alza berwarna ungu gelap.

"Wah tak sabarnya nak makan nasi ayam! " ujarku dengan gembira. Nasi ayam, aduhai tiba-tiba terliur pula! Aku memandang ke sebelah kanan, kelihatan jeha sudah tidur. Dah sampai mana ye tu?








"BETUL ke ngah kita akan pindah sana balik? " soal khai seraya menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket seluar nya. Segak!

"Betullah. Kalau tak percaya, cuba tanya mama dengan papa. Yelah, angah cakap kan semua auta" jawab ikhwan sambil mata itu masih tertancap pada skrin telefonnya.

Khai sembunyi senyum. Lawak tengok ikhwan muka dah macam cencorot tak dapat makan, hahah!

"Ya khai. Lusa baru kita gerak ke sana. Jangan risau, barang dah gerak dulu hahaha" ujar papa khai selamba. Melihatkan anaknya yang ikhwan sudah bermasam muka terus saja menyampuk. Duhai anak... .. .

"Oh. Baguslah macam tu. Yeay pindah sana balik! " kata khai gembira gila macam dapat coklat dari langit. Hahaha merepek.. .

Khai memandang adiknya yang leka bermain handphone . Entah bermesej dengan siapa agaknya. Mesti merajuk dengan aku lagi ni! Desis khai dalam hati.

"Angah sorry ler. Along saja je tadi." Pujuk khai lagi. Mata itu masih lagi memandang skrin handphone. Aik, merajuk lagi?

Khai tersenyum nakal, idea wink wink dah datang! Dengan pantas jari telunjuk itu menekan perut adiknya.

"oh nasi lemak satu! " latah angah ikhwan. Lantas memandang alongnya yang sudah gelak terbahak-bahak. Tak guna punya along!

Spontan mama , papa dan khai tergelak tatkala mendengar ikhwan melatah mengalahkan kaum perempuan!

"Along!!!! " jerit angah ikhwan. Nasib baik dalam kereta, tak dengar sangat.

Dengan sepantas kilat khai mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Hahaha!







Good Morning. Have a nice day! 💕
Any suggestion or promote just pm / comment.

Vote

Aku atau Dia?Where stories live. Discover now